Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

TINGGALKAN PESANAN

NOVEL TERKINI

CERPEN TERKINI

Wednesday, July 9, 2014

Novel : Bukan Kerana Benci - Bab 1

Penulis : Miqael Arshad

HARI ini dalam sejarah, memang tak pernah dialami sejak kebelakangan ini tetapi kenapa Maghrib tadi buat hal pula? Diri sendiri baru nak berubah, nak solat berjemaah di Surau Haji Bidin tu. Memang frust tahap gaban betul la macam ni. Sudahlah panas, ada penghawa dingin pun tidak dipasang. Katanya nak tunggu hari pertama solat terawih nanti baru hendak dipasang. Ramadan lambat lagi la. 

Heip! Panas ni, peluh pun sudah mencurah-curah bagaikan terbuang di ladang gandum. Satu badan bermandikan peluh, tahu tak? Kata mak cik yang juga makmum di surau ini, semua itu adalah petanda bahawa hari nak melimpahkan hujan. Hujan rahmat. Baguslah kalau begitu, Tidaklah semasa solat Isyak nanti berpeluh-peluh lagi. Hebatlah mak cik tu! Dia meramalkan sesuatu yang canggung bagi Amylia.

“Kamu ni tak senang duduk ni kenapa, macam terbakar saja, Amy? Cubalah kamu bawa bertenang sedikit jangan nak menggelabah sangat.” Bicara Mak Zah terhadap anak perempuan yang sedang berkerut dahi itu. Sedari tadi lagi si gadis itu seperti cacing kepanasan. Tak senang nak duduk diam. Di dalam surau kelihatan seperti tidak selesa. Apa ni? Ini rumah ibadat, janganlah terlalu kuno!

“Amy panas la mak, tu mak tengok tu, ada air cond tapi tak nak pasang. Kalau macam ni boleh banjir peluhlah dalam surau ni nanti.” Amylia memberikan alasan yang tidak relevan demi menyingkirkan dirinya dari sini secepat mungkin. Bukan dia tidak mahu tetapi dirasakan kurang selesa. Selama ni mana ada dia nak dekat dengan rumah ibadat. Solat sendirian sahaja di rumah. Mak ni buang tabiat anak anak gadisnya yang comelnya datang sini. Bukan apa, malulah… lagipun dia masih baru di sini. Ramai orang tengok. Entah siapalah gerangan si gadis kelihatan air wajahnya suci dan murni mengenakan telekung ini.

“Bukan ke mak cik tu dah cakap, air cond tu belum elok lagi.” Mak Zah cuba tenangkan anak perempuannya yang banyak songeh! Diajar untuk jejakkan kaki ke surau, macam-macam ragam pulak. Haisy! Kalau sibuk join rakan-rakan naik skuter keliling bandar, bukan main seronok. Sekarang baru padan muka. Duduk diam-diam dalam kampung ni. Mak Zah tak nak anak daranya jadi liar bergaul dengan sesuka hati. Dekat bandar tu bukan elok suasananya untuk anak dara macam Amylia ni.

“Lambat lagi ke Isyak mak? Mari la saya pulas jarum jam dinding tu kasi cepat sikit.” Amylia tidak sabar-sabar lagi. Dia nak segara bangun pergi ke arah jam dinding itu. Jangan buat pasal, nanti maknya ketuk kepala tu. Baru tahu!

“Isy kau ni!” Mak Zah dah angkat kening.

“Mak…” Amylia merayu. Kalau boleh dia nak selesa. Sepatutnya di dalam ni dia rasa lebih tenang tetapi lain pula jadinya.

“Diamlah, mak nak dengar tazkirah maghrib ni.” Bebel Mak Zah dengan nada perlahan. Bimbang juga kalau-kalau makmum lelaki terdengar pula suaranya. Maklumlah, suara perempuan juga adalah aurat. Tapi, tak adalah sampai kena jadi orang yang bisu. Huh!

Amylia duduk main jari jemarinya. Mulutnya sudah panjang sedepa macam galah buat kait kelapa. Tertekan sungguh dia tinggal di kampung ini. Hari-hari mendengar ibunya membebel. Ini semua salah ayah, sibuk suruh dia tinggal dengan mak. Mak ni pun satu, elok-elok duduk dekat bandar tu kenapa lari duduk kampung. Di kampung ni ada apa? Sukar untuk bersosial.

“Mak…”

“Mak kata diam. Dengar tu apa ustaz tu cakap. Orang perempuan wajib pakai tudung.”

“Mak… ni kan telekung, dah pakai pun.” Jawab Amylia tersengih-sengih walaupun terasa bahang.

“Itu mak tahu, tapi mak tak nak kau sekejap pakai sekejap tak. Kau ingat masuk dalam neraka tu sekejap-sekejap ke apa?” Mak Zah mahu mendidik anaknya yang dewasa kini. Inilah akibatnya kalau membesar dengan si ayah. Sibuk manjakan Amylia, ikut sahaja rentak Amylia ni sampai soal agama pun diabaikan. Memang Mak Zah marah benar cara Pak Zaki didik Amylia macam ni.

“Hah, mak, dah azan tu.” Amylia bersungguh-sungguh. Seronok benar mendengar azan berkumandang.

“Mak tak dengar pun.”

“Surau kampung sebelah dah azan la mak,” Amylia dengar azan di Surau Kampung Dusun sudah berkumandang tetapi Surau Haji Bidin ni belum lagi, bila ni? Amylia dah tak sabar nak balik.

“Kau ni kenapa Amy… alahai kau ni buat pening kepala mak aje la. Boleh tak kau tumpukan perhatian dengar ceramah ustaz tu.” Mak Zah sudah tak tahu macam mana nak kawal Amylia ni. Tadi bukan main beria-ria nak datang surau. Bila sampai sini macam-macam ragam pulak.

Ding dang ding dang!

“Amy… Off telefon tu.” Pesan Mak Zah.

Makcik-makcik lain dekat sebelah dah jeling-jeling dah mengenangkan perangai Amylia yang pelik ni. Dari tadi dia tengok anak gadis Mak Zah ni macam tak suka. Ada yang menggeleng bahkan ada yang tersengih-sengih sahaja.

“Amy…” Mak Zah terus tunjuk papan tanda yang melekat di dinding tu. Amylia pun menacap ekor matanya ke arah itu lalu membaca apa yang tertulis di situ. Erk!

'Tiada panggilan telefon sepenting panggilan Ilahi.'

Mak Zah berkerut dahi. Nakal sangat Amylia ni. Entah apalah Pak Zaki bagi Amylia makan? Adakah dedak ayam diberikannya, sehinggakan perangai Amylia pun dah macam ni? Sudah tak ingat dunia sekarang ni. Malu dibuatnya mengenangkan perangai Amylia yang bakal menjadi buah mulut orang. Di dalam surau pun buat ragam pelik-pelik. Ini dah mengaibkan.

Mak Zah ni pun satu, Amylia bukan sengaja tak nak tukar nada dering kepada ‘senyap’ tetapi terlupa. Maklumlah ini pertama kalinya dia ke sini. Dia tak ada kawan di kampung ni. Pak Zaki yang sibuk-sibuk hantar Amylia ke kampung ni walaupun berulang kali Amylia cakap tak nak. Tetapi sudah tersasul, apa boleh buat.

“Aku dalam surau ni Jiha…” Perlahan nada Amylia.

“Apa?” Terus terdengar tawa menggila di hujung talian.

“Oh… kau perli aku ke?” Bisik Amylia.

“Takde lah, mana ada aku perli kau. Aku bersyukur sangat-sangat. Perempuan ganas macam kau sedang cuba jadi feminim. Terbaik!”

“Agak kurang sopan bicara kau, Jiha. Kau pun tahu, tak lama lagi kita akan sambung belajar. Aku kena tinggal dengan mak aku selama enam bulan dulu. Enam bulan tahu tak?” Amylia tekankan perkataan enam bulan. Tempoh masa yang agak lama. Perjanjian yang dibuat oleh Pak Zaki kepada Mak Zah. Memang macam inilah keadaannya berada dalam situasi keluarga bermasalah. Mak Zah jeling-jeling sahaja. Entah apa yang dibualkan oleh si anak itu.

“Baguslah tu.” Jiha seolah-olah bersetuju.

“Apa bagus?”

“Baru enam bulan, belum mintak enam ratus tahun, ha ha ha.” Jiha kawan baik Amylia di Kuala Lumpur itu sengaja mentertawakan dirinya. Memang bertambah bengang sekarang ni.

“Baiklah, lepas Isyak nanti aku call kau balik. Dah nak solat dah ni.” 

“Alhamdulilah… sejuk perut ibu mengandung. Eh, jangan lupa kirim salam dekat abang kau yang kau cakap kacak sangat tu.” Seloroh Jiha, sempat lagi menitip salam.

“Choi!” Amylia ketap bibir kemudian panggilan dimatikan. Cepat-cepat dia pergi selak langsir, entah apa yang mahu dibuat Amylia ni. Wajahnya terjengur di celah-celah langsir itu.

“Bang…” Bisik Amylia.

Amman tidak menoleh. Si Amman ni adalah Abang sulungnya yang empat tahun berusia darinya. Baru je nak rapat sebab selama ni memang terpisah jauh. Si dara di bandar manakala dua orang teruna lagi di kampung dijaga oleh Mak Zah. 

“Pssttt…” Bisik Amylia lagi. Kali ini Azemi yang menoleh. Terangguk-angguk bertanya tentang apa. Amylia tunjuk-tunjuk pada Amman. Kemudian Azemi pun mencuit pinggang Amman yang sedang jadi hantu tanpa kepala. Tertidur mendengar kuliah Maghrib. Penat sangat kut petang tadi cari kambing hilang. Entah siapalah yang tergamak tambat kambingnya tepi parit. Patutlah cari tak jumpa. Mujurlah si kambing itu mengembek. Amman akan ajar kalau dapat kesan siapalah orangnya.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Tiba-tiba terdengar suara orang mengalunkan azan. Para jemaah terkejut lalu menoleh ke belakang. Kuliah Maghrib agak terganggu. Amman siap berdiri sambil kedua-dua belah tangan menutup telinga.

Azemi di belakangnya ketawa mengekek. Amylia pula gelak guling-guling. Mak Zah panik tengok Amylia macam kena histeria.

“Mak tak nak dengar lagi apa yang berlaku di surau tadi berulang kembali! Faham! Buat malu mak ajelah kau ni.” Bebel Mak Zah mendapat malu dengan lagak si gadis bandar itu.

“Azemi ni mak, main-main cuit pinggang. Man tak boleh la mak… mak pun tahu yang Man ni macam mana. Rasa nak terajang je dia puas-puas.”

“Amboi nak terajang kita pulak. Abang tu mak, selalu tidur dalam surau.”

“Haji Deris cakap pun macam tu jugak, tapi tak adalah dia pergi kacau abang kamu ni.” Mak Zah seolah-olah nak menangkan Azemi tetapi Azemi tetap cool. Tak ada nak melatah macam Amman. Orang lain pun kerja juga tapi tak adalah sampai berangan macam tu.

“Abang tu, entah apa yang dia berangan dalam surau pun tak tahu. Siap azan lagi tu,” Amylia ketawa lagi.

“Kau diam Amy, kau tu masih baru dekat sini. Kau belum faham situasi dekat sini macam mana lagi. Jangan kau ingat kau dah biasa dekat bandar, maka dekat sini pun kau anggap sama. Kau tunggu je la nanti…” Amman seperti mahu mencabar Amylia untuk terus hidup di kampung ini. Mak Zah dengar sahaja tiga beranak itu beramah mesra dalam suasana yang tegang.

“Saya tak tahu, apa yang Kak Amy ni nak beritahu abang. Tadi dia beria-ia sangat suruh panggil abang.” Sela Azemi sambil hirup teh o panah yang disediakan oleh Mak Zah. Mereka berkumpul di ruang tamu itu.

Amman yang bertahi lalat di dagu itu menoleh. Rambut kerinting bak kumpulan Alleycats. Idola sangatlah! Itulah abang yang dicakapkan kacak oleh Amylia kepada Jiah. Ha`ah kacak sangat. Amylia ketawa dalam hati. Dia kutuk abangnya dalam hati.

“Erm…”

“Apa yang kau nak beritahu abang?”

“Tak ada apa-apalah.” Amylia rasa malas pula nak beritahu. Dia nak masuk bilik dulu. Tidur. Sudah beberapa kali dia menguap. Segera dia bangun.

“Kau nak pergi mana tu?” Soal Amman.

“Masuk tidur.”

“Salam mak dulu!” Pesan Amman. Amylia menurut lalu dia bersalam dengan Mak Zah. Langkah itu laju masuk bilik. Mak Zah kerling Amman.

“Kenapa kau layan Amylia macam tu,”

“Mak tak tengok ke tadi? Boleh dia nak masuk tidur macam tu je, dengan Man pun dia tak salam. Man ni abang dia tahu.”

“Dia belum mesra lagi la tu.”

“Mak… masa kecik-kecik dulu relaks sahaja.”

“Lapan tahun Man…” Beritahu Mak Zah pada Amman yang kelihatan seperti sedikit kecewa. Barangkali ada kata-katanya menyentuh hati Amylia sehingga Amylia agak sedikit terasa.

Mak Zah menggeleng. Mungkin nanti Amylia akan berjaya sesuaikan diri di kampung halaman ini. Sudah lama dia tak bersama. Lapan tahun jangka wakut yang lama bagi seorang ibu yang benar-benar rindukan anak gadisnya.

“Saya masuk tidur dulu la, mak.” Azemi bersalaman dengan Mak Zah. Sudah mengantuk sebab esok nak sekolah. Nasib baik kerja sekolah sudah disiapkan. Kalau tidak, Amman pasti membebel mengalahkan Mak Zah. Bila ayah dah berpisah dengan mak, Amman seperti seorang ayah dalam rumah ni menjaga segala-galanya untuk Azemi. Mak Zah seringkali sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan warung warisan. Menjual nasi lemak dan kuih muih menyara kehidupan keluarga.

***

PERISTIWA sebelum amylia ke Kampung Parit Dalam. Masa tu Amylia dah teriak-teriak tak nak ikut Mak Zah balik tapi Pak Zaki ni suruh pulak.

“Ayah… kenapa Amy mesti tinggal dekat kampung?”

“Ini adalah perjanjian antara ayah dengan mak kau. Selepas kau tamat SPM, kau kena tinggal dengan mak kau selama enam bulan. Tapi…”

“Tapi apa, ayah?” Amylia berkerut dahi. Ini yang malas ada perkataan tapi dan tapi ni. Perkataan tapi ini selalunya mengecewakan.

“Kalau kau masih belum dapat tawaran belajar, bermakna kau akan terus tinggal dengan mak kau.” Beritahu Pak Zaki bersiap-siap untuk menjalankan tugas sebagai Peguam. Memang tugasan yang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk Amylia. Budak ni dah jadi hilang arah sebab setiap hari ayahnya akan sibuk. Kalau tak sibuk pun balik cuma sekejap. Tetapi ada satu perkara yang Amylia geram sangat. Dia dah lama perhatikan Kak Rokiah jiran sebelah macam ada hati dekat ayahnya. Nanti kalau Amylia tak ada, makin galak agaknya Kak Rokiah ni menggoda ayah. Mentang-mentang Pak Zaki ni duda!

“Tapi kan ayah… boleh tak Amy nak tanya ayah satu perkara.”

“Apa dia?”

“Kenapa ayah beria-ia sangat lepaskan mak pergi?”

“Soal ni ayah tak nak bincang.”

“Kenapa?” Amylia seolah-olah mendesak.

Pak Zaki diam dan belek-belek surat khabar semalam. Sengaja nak cari helah tak nak layan Amylia soal itu. Tapi dia ada kerja nak buat, terpaksa lipat semula. Dia dah lambat pergi kerja.

“Ayah, dah lapan tahun Amy membesar dengan ayah tanpa kasih sayang seorang ibu. Sekarang ni ayah nak lepaskan Amy pulak tinggal dengan mak? Apa ni ayah? Mak pun macam dah tak sayang Amy lagi sebab tu tak pernah sekali pun datang jenguk Amy dekat sini. Entah makan ke tidak anaknya ni. Sekarang ni senang-senang ayah biarkan Amy untuk balik ke kampung tu. Selama ni pun ayah tak pernah bawa Amy jumpa mak. Lapan tahun ayah, lapan tahun…” Amylia kesedihan dan cuba mengawal air matanya daripada mengalir. Dia mesti kuat di atas dugaan hidup ini. Inilah hakikat dan realiti kehidupan dalam keluarga yang bermasalah.

Amylia sendiri tak tahu apa salah mak sehinggakan Pak Zaki berpisah. Apa yang Amylia tahu, Mak Zah dikatakan curang. Curang apa? Pelik la, takkan Mak Zah sanggup berlaku curang, sedangkan kisah cinta mereka terlalu hebat. Amylia adalah hasil cinta mereka tetapi kenapa berakhir macam ni?

Mak… Amy takkan salahkan mak atau ayah. Kalau boleh Amy nak mak dan ayah bersatu kembali… detik hati Amylia.

“Amy tak faham.”

“Apa yang Amy tak faham ayah? Cuba ayah terangkan pada Amy, apa lagi yang Amy tak faham. Selama ni ayah pun tak pernah layan Amy baik-baik. Ayah sibuk siang dan malam, sampai Amy pun ayah tak pedulikan.”

“Kenapa Amy cakap macam ni dengan ayah? Jangan biadab, Amy!”

“Sekarang ni ayah dah mula tengking Amy, baik. Hantar Amy balik kampung sekarang jugak!”

“Baik! Sekarang juga ayah hantar. Nak sangat, kan?”

Ala… ayah ni, gurau pun tak leh seriusnya. Misai ayah tu rasa macam aku nak guntingkan aja! Amylia seperti kecewa. Ayahnya betul-betul nak hantar dia balik kampung nenek. Nenek pun dia tak berapa mesra sebab dah banyak kali raya pun ayah tak balik. Ayah kan orang bandar, mana suka hidup kekampungan ni. Amylia pun orang bandar juga.

Pak Zaki dah mula marah. Amylia mencabar kesabarannya. Kalau nak balik kampung sangat dengan cepatnya Pak Zaki akan hantar hari ini juga. Soal kerja, dia sanggup tangguhkan demi anaknya. Ni mesti kes rindu dekat mak, sebab tu buat ragam.

Amylia menarik tocangnya. Dia sudah terlanjur bicara. Apa nak buat ni? Kena call Jiha ni. Cepat-cepat dia call Jiha. Dia melompat atas katilnya lalu dicapai telefon bimbit.

“Jiha!!!”

“Wei! Kau ingat aku pekak badak ke apa nak jerit-jerit macam tu? Sakit telinga aku tahu tak! Kalau pecah speaker phone aku ni siapa nak ganti?”

“Ah! Itu aku tak peduli. Sekarang ni aku nak beritahu kau yang ayah aku nak hantar aku balik kampung. Balik kampung! Arghhh!” Amylia menjerit lagi.

“Hoi! Aku letak telefon ni kan?!”

“Sorry! Kau kena tolong aku.”

“Apa yang aku leh tolong kau? Diri aku sendiri pun tak tertolong ni.”

“Tak apalah, masalah kau tu nanti kita settlekan kemudian.”

“Amboi, senangnya kau cakap. Mana aku nak cari duit ganti bumper kereta Lamboghini yang aku langgar tu?”

“Tu kan kereta bapak kau. Apa nak kisah? Eh? Apa? Lamboghini?” Amylia terkejut mendengar jenama kereta tu. Macam tak logik la si Jiha ni. Merepek!

“Yela-yela, Proton Wira.” Perlahan sahaja suara Jiha. Bunyi macam hampa sahaja. Tapi tak apa, sekarang ni masalah Amylia diberikan tumpuan.

“Aku dah tak tahu macam mana lagi nak mengelak daripada tinggal dekat kampung tu. Kau tahulah dekat sana tu macam mana. Tu kampung tempat Jin bertendang tau. Liputan Wifi pun tak meluas. Lagi pun di sana tak ada kemajuan, tak ada mall tak ada karaoke. Tak best la.” Amylia merungut.

“Bila kali terakhir kau pergi sana?”

“Lapan tahun lalu.”

“Kalau kau ada depan mata aku, nak aje aku tarik-tarik tocang kau tu tahu tak. Lapan tahu dulu memanglah, sekarang ni selepas lapan tahun. Mesti banyak perubahan punya. Percaya cakap aku.”

“Aduhai…”

“Apa kata kau berfacebook dulu, atau kau google. Seacrh nama tempat tu. Mana tau kau nampak apa-apa perubahan ke.” Saran Jiha yang sedia maklum bahawa Kampung Parit Dalam memang macam tu sejak dari dahulu. Orang kampung sana memang keras kepala selalu menolak perubahan. Pernah pemaju datang nak buat lot rumah teres, tak mahu dijual tanahnya. Bahkan kalau ada yang nak jual, ketua kampung tu akan melenting. Ada juga yang datang nak beli tanah nak buat kilang, lagi tak nak. Katanya banyak pencemaran akan berlaku. Sungai-sungai yang jernih akan tercemar. Udara akan jadi tidak bersih. Semua itu mendatangkan masalah. Oleh sebab itu penduduk sana dianggap mundur tanpa sebarang kemajuan.

“Siapa kata kampung mak kau tak maju?”

“Kawan Amy yang cakap.”

“Itu kawan kamu yang cakap.” Pak Zaki memandu dengan penuh berhati-hati. Mereka dalam perjalanan ke Kampung Parit Dalam.

“Dulu masa ayah bercinta dengan mak kamu, ayah paling suka karipap dia. Karipap ubi campur iblis, eh! Bilis.” Pak Zaki mula bercerita sejarah silam.

“Macam mana ayah boleh jumpa dengan mak dekat kampung tu?”

“Masa tu client ayah ada masalah jual beli tanah dekat sana. Jadi ayah pergi sana untuk memastikan keadaan terkawal. Mereka nak dakwa client ayah tu kerana menipu dalam urusan hartanah.”

“Jadi, dia tipu ke?”

“Kes tu dah selesai, client ayah tu diusir dari kampung tu. Kalau mereka nampak lagi, memang mereka akan potong kepalanya.” Pak Zaki bersungguh-sungguh menceritakan peristiwa dahulu kala. Memang itulah terjadi. Masa tulah cinta berputik, cinta pandang pertama. Terlihat Mak Zah jemur kain dengan kaki satu berselipar dan satu lagi berkasut. Tocang tetap menyerlah. Sebab tu Amylia ni persis Mak Zah.

Amylia terkejut dengar penjelasan si ayahnya tu. Ganas gila orang kampung tu. Kalau begitu gayanya, ibu Amylia mungkin seorang yang ganas juga. Manalah tahu, kan? Semua itu tak mustahil. Amylia gigit jari.

“Ayah… Amy nak minta maaf sebab berkasar dengan ayah. Amy minta maaf sangat-sangat. Maafkan Amy ya sebab Amy tak berniat pun nak sakitkan hati ayah…” Amylia memohon maaf sambil berkelip-kelip mata memohon simpati. Ayahnya pun tahu yang Amylia tak sengaja. Semua itu ikut rasa sahaja. Sebagai seorang ayah, dia faham apa yang Amylia perlukan.

“Yang kamu beria-ia nak ayah maafkan ni kenapa?”

“Manalah tahu kepala Amy kena potong juga bila sampai sana nanti. Masa tu dah tak sempatlah Amy nak minta maaf dengan ayah. Amy tak nak mati sebagai anak derhaka.” Ucap Amylia sambil pegang tali pinggang keledar rapat-rapat. Ngeri dia membayangkan kepalanya dipotong dengan gergaji. Macam dalam filem horror pulak!
Baca Selanjutnya...

Tuesday, July 8, 2014

Novel : Ukhuwah Itu Mahabbah - Bab 1

Penulis : Adlin Ilhami
Dalam mengharungi liku2 kehidupan , adakala diri kita akan terjatuh. Tidaklah semestinya diri kita berada di rangkin pertama didalam setiap ujian , ALLAH SWT berikan ujian kepada kita hanya untuk menguji keimanan kita terhadap nya , apakah kita bersedia menghadapi nya atau sebaliknya ia terpulang keatas diri kita mencorak kehidupan kita yang terbaik atau tidak , perjalanan kehidupan tidak seperti di alam novel mahupun dialam fantasi tetapi hakikatnya ia adalah reality dalam kehidupan tidak seperti kita melihat di kaca TV ataupun cerekarama , mereka hanya berlakon kan semula , padahal segalanya yang ada di alam ini itulah di namakan alam kehidupan ( alam bilha`yah) . Dan di dalam kehidupan itu ada seribu cerita yang harus aku tempuhi, ada kala nya ketawa, kesedihan, semuanya bermain perasaan semua itu aku perlukan keimanan kepada nya.keimanan kepada yang maha ESA .

Dalam aku mengejar impian, ada seribu kesusahan dan kepayahan.keteguhan hati perlu kuat dan tabah , kecekalan hati serta jiwa turut bermain dengan seribu perasan , Tika itu datangnya perasaan yang ada setiap insan yang merinduinya , insan mencintainya , insan yang ingin mendapat kebahagian serta kasih sayang dari Nya. ia adalah cinta , cinta ILAHI yang perlu ku dan jua kalian mencarinya , walaupun ia sukar seperti yang aku tuliskan Cinta bagaikan panahan dari busur pemanah mungkin jua cinta itu seperti buih dilautan ataukah menjadi air tidak bisa dicincang Namun siapakah yang mampu meleraikannya Cinta kerna ALLAH.

Mahabah illallah…Kalimah yang sering ku kedengaran dan sering jua dilakarkan dalam penulisan . Dalam karangan ABU MUSLIM AL KHAULANI berkata “orang bercinta kerana ALLAH berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya .” abu muslim menyambung kemudian aku keluar hingga bertemu ubadah bin al-samit ,lalu aku menyebut kepadanya hadis mu`az bin jabal ,

maka ia menyatakan nya “aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada tuhannya yang berfirman cinta ku berhak orang yang bercinta kerna ku , cinta berhak orang yang saling tolong menolong kerna ku , cinta ku berhak untuk orang yang berkunjung kerna ku , orang yang bercinta kerana ALLAH berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya .” yang jelas manusia itu perlukan cinta dalam mencintai dan dicintai dalam kehidupan , aku kuatkan lagi dengan firman ALLAH “ katakanlah jika kamu mencintai ALLAH maka ikutlah aku nescaya ALLAH mencintai mu dan mengampunkan dosa –dosa mu , ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang .”Apakah seruan itu hanya untuk cinta kepada ILLAHI atau cinta kepada sang pencari cinta.

Bab 1 (Pencari ILMU )

Malam itu terlalu gelap dan tiada cahaya memantul , hati ku pula kerungsingan memikir satu permasalah . sambil tangan ku menaip sesuatu dihandphone ku dan mesej ku dihantar untuk seseorang yang aku sangat –sangat mencintai nya dan menyayanginya salam ibu. Arisa teringat kan wajah ibu.sangat –sangat rindu ..malam itu juga akibat pulang dari program ku .aku terus menarik gebar dihadapan ku dan menutup seluruh badan ku .

“arisa!.”

kedengaran suara dari luar pintu , kakak senior ku , kak jibah aku memanggil nama panggilan nya buat pertama kali aku melangkah kaki ku ke teratak ini “ye kak jibah ..” nak rehat kejap , boleh tak ? .” suara ku kedengaran dan ada sahutan dari kakak senior yang lain , apa ni malam-malam bising dah ? .”

kak nony menyambung , mungkin jugak kak nony tengah mentaalah madah-madah untuk esok harinya . Ukhti nony kuat orang nya . Tabah dalam segala ujian . Mungkin kerana dia lahir dalam keluarga yang bersederhana .yelah ,..bising tau .” kakak ibtisam mencela . aku bingkas menuju ruang dapur berhampiran bilik kak senior aku .

“dah bangun wahai puteri arisa .”

aku menguap dan tangan kak nony dengan pantas menutup bibir ku . “kak nony ..sayang terima kasih .” sama-sama adik arisa ..” di teratak ini aku memanggil nama mereka dengan panggilan yang terbaik biar ukhuwah itu berpanjangan. mungkin kerna ku benar mencintai mereka . aku menyayangi mereka seperti

aku menyayangi diriku sendiri .

Entah ku rasa seperti berada di kalangan bidadari syurga ketika memasuki teratak ini .Patutlah ia dinamakan “teratak saadah hasanah” kerna itu jua aku terasa bahang ukuwah itu menjalar di darah ku . “er , pergi mandi ..busuk .” arah kak jibah sebagai amirah dalam rumah ku .

”Ye baiklah kak jibah tersayang .”

“Ah !” sudah dia main sastera pulak .” Kak ibtisam menyambuk.Tercetus hela tawa antara aku dan mereka.

Malam itu aku seperti mahu mencari sesuatu dialam maya .lantas tangan ku dengan pantas menekan yahoo messenger di laman kegemaran ku . Dengan secara tidak sengaja .sesorang yang aku amat mencontohi nya sebagai seorang penda`ei dan juga sebagai mas`ulah halaqah ku ketika berada luar dari tempat pengajian ku membuzz – aku

Kak Naqibah: Salam dik arisa Arisa91: wasalammualaikum …yer kak marlisa Sihat ke?

Kak Naqibah: Sihat, alhamdulilah ala ku li hal, ada apa –apa ke?

Arisa91: ana rindu sangat ukhuwah antara akak dan ana.

Kak Naqibah : yeke…ada seseorang yang kirim salam dekat anti hatiku semakin rencak menari dan terasa dentungan di dada kian berkocak , mungkin tertanya siapa orang itu , aku membuzz kembali

Arisa91: erhm…sape kak ?

Kak naqibah : mama mashitah . dengan serta merta hati ku berkocak dengan kuat . Terasa hampir tercabut jantung ku .mama mashitah , nama itu sering aku mengingati .dia ialah ibu angkat ku ketika aku berada dalam program anak angkat seuniversiti .

Arisa91 : ya ALLAH dah lama tak jenyuk rumah mama kan

Kak naqibah ; ye ..kak tau dik arisa sekarang buzy kan , takpe lah akak kirimkan salam adik kepada mama ya , akak nak out ni ,

aku kembali sign-out account yahoo messenger ku dan menutup laptop aku , malam itu aku tidur dengan keringat airmata kerna rindukan ibunda yang tercinta .

Yang jelas hidup ku kini bergantung atas tanggungan dari kakak senior ku, terasa serba salah hati, tak kurang tu aku secara mendadak dengan tiba-tiba aku memarahi mereka tiada sebab aku melenting. Mungkin juga iblis menganggu ku . Dengan serta merta aku berpaling dan memeluk tubuh seseorang dihadapan ku .



Kak ibtisam!” “Ye ..Akak tau anti letihkan jadi anti terpaksa.” pujuk kak ibtisam meredakan .entah apa gangguan yang menganggu aku selepas aku pulang dari universiti .malam itu sahabat ku menemani ku sehingga pagi menjelma. . “Selamat pagi , sobahunnur .” sapa sahabat ku ifah atau afifah , sekuliah dengan ku . dah sihat ke putri ? , selagi lagi dia berseloroh .aku bangun memgibas tempat tidur ku dan tersengih melihat telatah dia . kenapabuat muka macam tu tak cantik lah , nanti tak ada orang suka tau .” dia mengarah kearah ku . biarlah tak ada orang pun .” ku mencubit bahu kanan nya .Dia terjerit sedikit tidak pun dia menutup mulutnya takut kakak senior mendengar . dia tempat ku luahkan rasa kekadang jika aku dilanda masalah dialah yang membantu dan sebaliknya jika dia didatangi masalah ku cuba menyelesaikan . begitu kuat ukhuwah aku dengan nya . tanpa kusedari airmata ku membasahi pipiku . sapu tangan berwarna biru laut aku mengilap pipiku tanpa disedarinya .

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10) "Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari) Arisa terus bermain dengan ayat-ayat tentang ukhuwah . Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya.Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini. Tunjang ukhuwah menuju cinta kepada ILLAHI ,

ku memegangnya sebagai azimat untuk ku . pagi itu dengan hati berbunga aku meyelami wajah mereka dengan ketenangan tidak lah aku cuba merosakan pagi yang indah itu . aku memeluk tubuh akak jibah , hana , ibtisam dan sahabat ku afifah . kenapa lah dengan puteri ini ?.” panggilan manja kepada ku ..renungan mata dari kak jibah terasa gerun . tiada apa –apa , kak jibah .” pagi ini ana nak manja dengan akak senior takut tak sempat pulak . “hey.” kak hana ,dari tadi berdiam sepi tiba-tiba menegur minda ku . “awak ada masalah ke ? .”Tanya kak hana , walaupun dia bukan jurusan agama namun aku menghormati dia sebagai kak yang paling tua dalam teratak ini . ye kak hana , kenapa ? .”

ku kembali menyoal kak hana yang masih bersuapkan nasi lemak yang ku baru membelinya tadi . “seperti mahu pergi jauh je .” ku terpana . ku ingin merahsiakan tentang itu . biarlah mereka tahu akan perisitiwa semalam tetapi bukan akan rahsia ini . “ah`ha ..arisa dipilih masuk ke Program Penulisan .”.ku membohongi nya , ku serba salah dalam keadaan seperti ini . “Baguslah kalau macamtu .awak boleh ajar akak jugak .

Akak dulu pun kena jugak buat macam tu best tau.tapi masalah itu memang arisa tak boleh lari tapi sampai sekarang akak tak tahu nak buat cerpen atau novel ” Kak hana menceritakan tentang pengalamannya. aku hanya mengangguk sahaja . Langkah k uterus menuju ke bilik Air yang berdekatan tempat tidur kak jibah dan kak hana . “puteri cepat makan , nanti terlambat pulak .” arah kak ibtisam .aku dengan tergopoh gapah menghabiskan sisa-sisa makan tu . ku melerik jam ditangan ku ternyata jam ku menunjukkan sudah terlewat untuk sesisi kuliah pertama ku . “ya ALLAH ..ifah cepat –cepat , kita dah terlambat lah .”

aku menjerit memanggil afifah dari bilik ku .“ana dah keluar ni .” afifah menyahut panggilan ku . bergema rumah sewa ku dengan gelak tawa dari kakak senior ku ”tulah , tadi dok sembang sakan , la ni baru kalut .” akak ibitisam berseloroh dengan bahasa ibunda ku . aku mencebik muka kearahnya . Dengan berhati-hati ku membawa kereta viva ku dengan cermat kerna disebelah ku adalah sahabatku sebagai matahari .

Menunjuk arah kepada ku . Agar aku tidak tersungkur . Tiba disimpang kanan kereta ku pandu terus membelok ke banggunan fakulty sahabat ku dan memecut ke luar menuju parking kereta , tempat pertama singgahan ku makmal perubatan dan klinik Doctor Amirah Baharuddin dan ku menunggu di bilik penunggu . seorang wanita berpakaian serba putih dan bercermin mata tanpa bingkai , dia perlawa ku memasuki , aku melangkah masuk dan berhadapannya .hanya dia sahaja yang tahu rahsia ini .

“Maaf bagi kamu tunggu.” doctor muda itu meletak cermin mata nya diatas meja dan mata nya bertembung dengan ku. Aku hanya tersenyum sahaja . “baiklah, mari kita mulakan memandang kamu lepas ini ada kuliyyah kan .” ku hanya mengangguk sahaja. Selesai pemeriksa, doctor tu memberi ku satu fail berisi maklumat tentang penyakit ku . “Lepas ini kamu mesti bawa kan Fail ini kepada doctor Hairi di hospital besar tu .”

ku memgambilnya dan meminta diri . Hanya beberapa saat ku tiba di tempat kereta dan meletakkan fail tu di belakang boned kereta .ku terus menuju ke kulilah ku.ketika itu seorang pensyarah muda dan aku barangkali tidak memgenalinya dan hanya ku tepandang wajahnya bergerutu. “awak !, kenapa awak datang lewat.” Tanya pensyarah tu .wajah ku merah padam , menahan malu teramat sangat . “maaf professor , tadi saya ada hal .” ku menjawab tersekat suara ku tidak bisa keluarkan . saat itu jua ku terlihat wajah seseorang yang melihat ku “baiklah , awak boleh kembali ketempat awak , lain kali jangan ulanginya .” ku kembali ketempat ku dengan perasaan malu .inilah kali pertama ku dimalukan dihadapan sahabat sekuliah ku .

Anti pergi mana ?.” Tanya afifah melihat wajah ku ,dia tahu disebalik wajah yang dilitupi dengan purdah dia tahu bahawa ku tidak pernah berada dalam keadaan seperti tadi .

" Ana..Pergi berjumpa dengan doctor amira.” ku menjawab tersekat2.anti sakit ke ? dia kembali bertanya , saat pensyarah melihat wajah ku tertunduk .

awak! .”

sekali lagi aku seperti terpana .ku dengan bingkas bangun dan menghadap kearahnya ape nama awak ? dia kembali bertanya . aku dengan kaget menjawab dengan tenang .

arisa !.” kalu awak sakit boleh berehat di ruang rehat .” nada dia berbicara kelihatan rendah sekali tidak seperti tadi Kawan awak disebelah boleh teman kan awak .”

dia mengarah afifah bangun bersama ku .afifah melihat ku dengan kebinbungan . Tidak lagi sahabat yang lain mereka mengetahui akan aku hanya demam biasa bukan rahsia itu . Ku berjalan keluar dari kuliah itu dengan langkah lemah , tangan ku dipimpin oleh afifah . ku melihat wajahnya sungguh merasa simpati terhadap ku “.maaf sahabat kerna terpaksa membohongi .”

Daun pintu bilik rehat di tolak dengan perlahan dan tubuh ku terasa berada di atas tilam yang empuk, saat itu aku menyebut kalam ALLAH .Hanya afifah yang mendengar bisikkan kecil tu .hanya dia sahaja. “anti !ana keluar dulu ye.” ku mengangguk kepala ku ,

terasa pinar di mata dan aku kembali ke alam mimpi . aku dibisik dengan kalimah ALLAH dan . mendengar sahabat ku memanggil nama ku . ku membuka mata ku , Rupanya bukan sahaja afifah bersama ku malahan kak senior ku semua nya berada bersama ku termasuk pensyarah tadi .

“bagaimana dah bagus ?.”

Tanya pensyarah tu

“dah tersangat bagus terima kasih pensyarah .” ku memgukir senyuman di wajah pensyarah wanita , baru ku tahu yang dia baru sahaja di pindah kan kesini . salah ku jugak kerna pergi lewat .Dia sebagai ma`sulah ku dalam usrah dan halaqah ku ,

Perkenalan ku ditambah lagi dengan kedatangan anak2 lecture tu . Wajah mereka seiras dengan nya dan tangkas dalam pergaulan .Pasti mereka diajar dengan didikan sempurna dari lecture. Namanya mashitah sama seperti nama ibu angkat ku keringat aku ditambahkan kenalan dari pengalaman ku baru mengubah segalanya .cinta ibarat spt pohon yang rendang yang tumbuh dari akarnya kemudian menjelma daun2 menutupi ranting2 kering. begitu jua ukhuwah kerna bermula satu perkara menjadi perkara yang terbesar dalam kehidupan nya . akarnya spt iman daunnya spt takwa kedua itu perlu dalam kehidupan mungkin ini adalah cinta cinta yang diukir dari liqa mahabah

.ya aku yakin tentang itu . Tiba-tiba wajah itu seperti berada di minda ku ya ALLAH sisihkan ia , jangan engkau biarkan aku berada bukan seperti yang engkau inginkan .

Ya Rabbana,

Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir Dikala aku sedang mencari-cari cintaMu Mengapa rindu ini harus ada Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalanMu Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..

ku terus menuju ke bilik air dengan perlahan menahan sakit di dada ..hanya malam itu diantara ku dan jua pencipta . hanya ku dengan nya . Dalam sujud ku , ku bemohon semoga ku memperolehi sesuatu yang berharga buat ku .

Ya Rahman,

Mungkin inilah ujian untukku dariMu Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan Mungkin inilah juga dugaanMu Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa Walaupun aku sedar Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu.. …ampunkanlah segala dosa dalam diri … disebalik tubuhku yang diselaputi dengan kain yang indah , mungkin kain yang aku pakai menjadi kain yang terakhir bagiku . ku mengagahi beristikarah dihadapannnya ,

mudah-mudahan ia memberi petunjuk buat ku . aku yakin akan kecintaan terhadap ya rabbul izzati . aku dan program dan cinta pagi itu dengan hati berbunga ,

aku dan afifah terus menuju ke destinasi pertama ku iaitu rumah ALLAH .terasa tenang dan damai di jiwa ku ,
ketika itu program ku baru berlangsung mereka membuat keputusan bahawa masjid sebagai medan dakwah untuk bersama menimba Ilmu ,

kesibukan ku tidak menbuat ku leka tetapi membuat hati bertambah yakin akan cinta dari ILAHI .

ku mengasihi setiap hamba yang datang berpusu2 menjejaki kaki mereka untuk mengambil ilmu sebanyak yang mungkin . tambahan pula, ketika itu terlalu ramai anak muda yang ingin mengambil ilmu disitu , justeru itu mereka membuat keputusan hanya mengadakan program disetiap rumah ALLAH .Sedangku leka dengan mahabah syababal-islam ,

teman ku mengetuk aku dari mimpi

“arisa ! .”

“ana fikir inilah yang terbaik untuk anak muda ni .” aku akui ini program pertama aku dan sahabat ku anjurkan .

“Ya, ana fikir macam tu juga mungkin dengan cara ini .kita dapat menghadirikan hati mereka mencintai ilmu agama

afifah tersenyum mungkin kerna dia terlalu asyik dalam mengikuti ilmu agama .Aku bahagia Teramat sangat dan kerana teman ku sentiasa bersama ku . Kalau tiada mereka bermakna program ini harus ku gilap lagi .



Baca Selanjutnya...

Novel : Complete Of Me! - 1, 2, 3

Penulis : SILENCER



Bab 1

“NAH!!” Afiqa menghulurkan sehelai tisu kepada Katrina. Air mata merembes laju menuruni lekuk pipi gadis itu.. Afiqa yang melihatnya sekadar menggeleng.
“Sudah-sudahlah tu, Rina oii.. Tak guna kau menangis sebab lelaki tak guna tu!” nada suara Afiqa sedikit meninggi.. Menzahirkan rasa geramnya.. Katrina menjeling tajam pada Afiqa.. Bahu rakannya ditumbuk halus..
“Aduh! Sakitlah! Kasar betul..”
“Padan muka kau.. Jangan kutuk dia lagi!” marah Katrina.
“Buat apa kau nak bela lelaki macam tu.. Bukannya dia sayangkan kau pun..” bicara Afiqa spontan.. Tidak menyedari apa yang telah diungkapkannya sendiri.. Katrina semakin sebak. Tangisan dan raungannya semakin menjadi-jadi.. Resah Afiqa jadinya.. Bahu rakannya pantas diusap-usap lembut..
“I’m sorry..” Afiqa cuba untuk memujuk, namun tidak menjadi pula apabila tangisan itu masih lagi sama nadanya.. Aduh! Kau punya pasallah ni!
“Okey.. Aku mintak maaf, Rina.. I’m so so sorry..”
Berkepul-kepul tisu dicapai Katrina.. Dilap pula pipinya yang basah.. Nafasnya yang tidak teratur itu, ditarik dan dihembus berulang kali sehinggalah dia kembali tenang. 
“Kau memang kawan tak guna, Fiqa!” bahu Afiqa dicubit Katrina perlahan.. Bak kata orang cubit-cubit manja.. Afiqa tergelak halus dengan perangai rakannya itu..
“I think, I need some space to have peace in my mind… by going to some place, maybe?” 
Lambat-lambat Afiqa mengangguk setuju.. Dah okey ke kawan aku ni?
“Baguslah! Daripada kau duduk memerap aje dalam banglo bapak kau tu, baik kau keluar sikit.. Kasi tengok dunia ni, macam mana.. Biar mata kau terbeliak tengok, masih banyak lagi lelaki….” 
Afiqa menghentikan biacaranya selepas sedar akan ketelanjuran akan ayatnya yang mungkin akan mengundang kembali tangis gadis itu.. Huh.. Nightmare aku nak melayannya..
“Kau nak pergi mana?” Afiqa mengajukan soalan lain pantas. Gelas jus oren di atas dulang yang terletak elok di atas meja kopi, dicapai lalu dihulurkan pada Katrina..
“Oh.. Tak surelah… Nanti-nantilah aku fikir..” Afiqa mengangguk sahaja.. Segala rancangan rakannya akan sentiasa disokong..
“Ikut suka hati kaulah.. Asalkan kau bahagia!”

KACA matanya dibetulkan posisinya agar dapat dibetulkan dengan kedudukan yang selesa. Matanya merenung tajam pada skrin komputer di rumahnya.. Satu persatu ayat dibacanya, kemudian diulang lagi.. Mahu mencari ideanya yang sudah hilang itu.. Page itu discrollkan ke atas sedikit lalu bacaannya diulang lagi.. 
Usai membacanya, bibirnya laju mengungkapkan kata dengan sendirinya.. Ha! Dah dapat idea! Papan kekunci laju menulis itu dan ini mengikut setiap gerak tari jarinya itu.. Sekejap jari itu menari ke kiri kemudian ke kanan.. Dan begitulah sebaliknya. Tiba-tiba, jarinya terhenti menulis… Dahinya berkerut-kerut seperti menahan kentut seribu lamanya untuk dilepaskan…
“Kemudian… kemudian.. kemudian apa, ya? Ha! Kemudian, Syarul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan….”
Ting tong! Ting tong!!
“Kejap! Sebelum mengungkapkan… mengungkapkan..”
Ting tong!
“Mengungkapkan.. argh! Dah tak ingat! Siapa tu?!!” marah Afiqa. Berang apabila ada orang yang menganggunya ketika konsentrasinya pada penulisannya..
Ting tong!!
Afiqa merengus! Dah lebih loceng ni..! Kakinya menapak laju ke arah pintu utama.. Loceng itu masih juga belum berhenti daripada berbunyi.. Afiqa melepaskan dengusan yang kasar! Nasib tak ada keluar asap dari hidung aku ni! Kalau tak, memang dah aku bakar pintu ni!
Pintu rumahnya dibuka.. 
“Siapa?” mata Afiqa berlari-lari mencari mana orang yang bermain dengan locengnya tadi. Ligat sekali mata itu mencari, namun hampa bayang satu orang pun tak kelihatan. Takkanlah hantu kut! Matanya tertacap pada pagar rumahnya apabila dirinya dirasakan bagaikan diperhatikan seseorang..
“Lari!! Lari!!” bising sekali suara budak-budak yang bertempiaran berlari ke sana sini saat mata Afiqa tajam membunuh anak mata anak-anak kecil itu.. Huh! Budak-budak ni.. Memang sengaja nak cari pasal! Macam tak ada tempat lain nak main!
Pintu itu ditutup Afiqa kembali. Kerusi di hadapan komputer ditarik lalu duduknya dilabuhkan di situ.. Nafasnya ditarik dalam-dalam.. Mencari kembali moodnya untuk menulis.. Dia perlu fokus kembali.. Tangannya diregangkan seketika.. Ayat terakhir diulang bacaanya..
“mengungkapkan.. yang, I love you? Hesy! Apa ni.. Tak syok langsung.. Takkanlah ayat dia jadi, kemudian, Syahrul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan yang I love you? Hisss.. Tak patut..” jari Afiqa rancak mengetuk-ngetuk perlahan atas meja kerjanya. Jauh sekali angan itu terbang. Mahu mencari di mana hilangnya ayatnya tadi..
“Ahh! Dah dapat! Mengungkapkan yang…”
Ting tong!!
Afiqa merengus kasar.. Hiss.. Siapa pulak tu? Kalau budak-budak tu lagi... siaplah.. Aku kejar sampai hujung kampung nuh!
“Siapa?” Pintunya dibuka.. Kelihatan ada seorang wanita yang sekian berabad juga, berdiri di hadapannya.. Dahi wanita itu berkerut-kerut.. Entah kenapa, datang rumah orang dengan dahi berkerut macam tu sehinggakan dia sendiri mahu berkerut-kerut juga dahinya.
“Cari siapa?” Afiqa menyoal sopan..
“Mak cik cari anak-anak mak cik.. Tadi, mak cik nampak dia ada main dekat sini..” wajah Afiqa sedikit berubah.
“Oh.. anak mak cik ke tu? Tadi, dah berlari ke sana.. Tapi, ke mana saya tak pasti.” Balas Afiqa sopan.. sisa geramnya ditahankan saja.. Alah, depan mak dia aje.. Nanti kalau jumpa budak tu, aku seligi kepala budak-budak tu nanti!
“Oh.. Ya, ke? Kalau macam tu.. tak apalah. Mak cik pergi dulu.” Afiqa mengangguk sambil tersenyum manis, memandang pemergian mak cik itu.. Pintu rumahnya mahu kembali ditutup.
“Tumpah se air.. Tumpah dua air.. Numu neja ne kia, sapene dikeair.. Habbatum, merademmmm….” bulat mata Afiqa saat melihat Sulaiman yang datang dari arah pintu pagar rumahnya sambil memetik gitar dan menyanyi lagu hindustan itu..
“Suka tak?” soal Sulaiman tersengih panjang.. Giginya terserlah.. Afiqa sekadar memberi senyuman sinis..
“ Suka? Suka sangat.. Thanks.. Terharunya..” balas Afiqa meluat. Nada suaranya seprti ditahan-tahankan sahaja.. Sulaiman tersenyum penuh makna, sangkanya akan kata-kata Afiqa itu semuanya benar.. Topi di kepalanya, dibetulkan..
“Dah tak ada apa-apa kan? Fiqa nak masuk.. Bye!” balas Afiqa seraya mahu menutup pintu rumahnya namun segera dihalang Sulaiman..
“Tunggulah dulu.. Kenapa awal sangat? Baru aje jumpa.. Tak puas lagi..”
“Tapi, Fiqa dah puaslah! Dahlah! Fiqa ada banyak benda lagi nak buat!” pintu itu mahu ditutupnya lagi.. Saat pintu rumahnya mahu ditutup, Sulaiman lantang memanggil namanya. Afiqa merengus kasar..
“Hih.. Apa lagi?” bentaknya namun matanya membuntang apabila budak-budak dan mak cik tadi berdiri di hujung pagar rumahnya sambil mengangkat tinggi kertas yang dibawa mereka.. Matanya memerhati satu persatu perkataan itu..
“I Love You!” sambung Sulaiman.. Lantas, sebuah kotak dikeluarkannya.. Badannya didudukan dan kotak itu dibuka.
“Sudi tak… Fiqa kahwin dengan Man?” 
Afiqa tergelak kecil.. Lebih kepada ketawa mengejek..
“Ah.. So sweet of you, Man.. Thanks.. But, no!!!”
Dummm!!!
Pintu rumahnya ditutup sekuat hati.. Kahwin? Oh.. Please.. Dia tidak pernah lagi memikirkan tentang itu semua.. Tubuhnya disandarkan di pintu.. Degup jantungnya berdegup tidak kena pada temponya.. Kenapa berdebar sangat ni? Huh! Takkanlah…
Afiqa menggeleng.. No! Jangan harap aku jatuh hati pada si Man tu! No! Akalnya yakin, jantungnya berdebar hanya kerana belum pernah ada mana-mana lelaki yang meluahkan perasaan mereka padanya.. Biarpun, dia hampir-hampir dulu, tapi itu sudah sejarah.. Nyatanya, dia belum pernah melaluinya lagi.. Huh.. Just rilekslah.. Tak ada apa-apa pun. Kakinya mahu disambung kembali ke arah meja kerjanya..
Ting tong!
Ah!! Once again.. Matanya mengerling sekilas pada pemukul bola lisut yang disandarkan pada rak kasut di tepi bahagian pintu utamanya.. Pemukul bola lisut itu dicapai..
“Kau nak apa lagi, Man? Nak aku sumbatkan pemukul ni ke dalam mulut kau?!” marah Afiqa saat pintu itu dibuka.. Geramnya semakin menjadi-jadi.
“Wehh.. Apahal ni?” soal gadis itu terkejut dengan sergahan yang tidak disangka-sangkakannya..
“Eh.. Rina?”
Afiqa sempat melirik pada temannya yang sangat santai pakaiannya.. Gadis itu siap membawa bagasi lagi… Bagasi? Nak buat apa?
“Ada apa ni?” Katrina tersenyum panjang.. 

“CEPAT, Fiqa!! Cepat!!” Katrina termengah-mengah berlari sambil membawa bagasinya.. Penat betul! Tak cukup tanah rasanya, dia berlari.. Penat!!
“Sabarlah!” Afiqa membetulkan gengamannya pada beg bimbit yang mahu dibawanya.. Sengal rasanya sendi dilengannya.
“Hiss.. Tak boleh! Dah lambatlah!” Katrina berpatah kembali, berlari semula ke arah Afiqa.. Lengan gadis itu ditarik Katrina laju agar membuntutinya.. Panggilan terakhir penerbangan ke Bali sudah diumumkan menyebabkannya semakin melajukan lariannya..
“Sabar.. Sikit aje lagi.. Dah nak dekat tu!” 
Sesampainya mereka di kaunter, mereka terus check-in segera.. Semuanya diuruskan oleh Katrina.. Kalau disuruh Afiqa? Jangan harap dengan nafasnya yang turun naik ni.. Nak bercakap pun susah.. Mahu semput jadinya.. Sesudahnya, dia hanya berdiri sahaja di sisi bagasi-bagasi itu.. 
“Dah siap! Fuh! Lega!” Katrina menayangkan kedua-dua passport di dalam tangannya sambil tersenyum manis. Bunyi riuh rendah yang secara tiba-tiba di KLIA itu menarik perhatian mereka.. 
“Ada apa tu?” soal Katrina.. Lehernya memanjang melilau ke sana sini.. Afiqa yang berdiri bertentangan dengannya turut mahu memusingkan badannya namun.. malangnya bahunya tiba-tiba dilanggari seseorang dari arah belakang..
“Ouch..” Afiqa mengaduh.. Bahunya yang sudah sengal semakin sengal dirasakan.. Lelaki yang terjatuh akibat terlanggarnya, direnung.. Lelaki itu lantas berlari meninggalkan Afiqa begitu sahaja.
“Apa kena dengan mamat tu?! Bukannya nak mintak maaf!” bebel Afiqa.. Sakit hati! Sakit jiwa! Biadap betul lelaki tu! Bahunya diurut-urutkan, mahu menghilangkan rasa sengal di bahunya.. Sedang ralit matanya, memerhatikan bahunya, matanya terhenti pada sesuatu objek di lantai itu..
Apa ni? Pen? Pen itu dicapai lalu dibeleknya.. Matanya terhenti pada satu arah.. Ada namalah.. Airish..
“Siapa lelaki yang langgar kau tu?” soal Katrina mendekati ke arah Afiqa.. Bahu rakannya diusap lembut..
“Okey, tak?”
“Okey, je..” balas Afiqa sambil tersenyum.
“Siapa lelaki tu?” Afiqa menjungkitkan bahunya..
“Tak tahu…”
“Apa tu?” mata Katrina menuju ke arah pen yang dipegang Afiqa.. 
“Pen.. Lelaki tu punya, mungkin.. Terjatuh tadi lah tu..” Katrina merampas pen yang dipegang Afiqa.. Pen itu turut dibeleknya.. Matanya terhenti lama pada nama yang terpapar di pen di situ. Kemudian, kepalanya mendongak memandang akan banyak manusia yang sedang mengejar seseorang yang agak jauh dari mereka.. Matanya menikam tajam pada Afiqa.
“Oh My God, Fiqa… You’re so lucky..”
“Kenapa?” soal Afiqa tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Katrina.
“Pen ni!”
“Yeah.. So, what dengan pen tu?”
“It’s belongs tu Airish!”
“Airish? Who is he?”
“Airish! Lelaki yang popular di Malaysia ni!” 
Afiqa termenung.. Pen yang berada di tangannya dilihat lama.. Airish? Tak pernah kenal pun.. Sesekali di benaknya terfikir akan adakah dia yang tak up-to-date ke, atau kawannya yang gila?

“I’M so sorry, Fiqa.. I only got this, for us..” Katrina melabuhkan duduknya di sebelah Afiqa yang berada di hujung tingkap. Afiqa sekadar melemparkan senyuman manis..
“It’s okey! Alah, no worries.. Lagipun, economy class is not too bad.. Still okey..” 
“Serious?”
Afiqa mengangguk yakin.. 
“Time aku nak booking this tickets, semuanya dah penuh untuk first class. So, only this left. Jadi, aku ambil ajelah.. Tak sangka pulak, ramai yang nak pergi bali bulan ni!”
“Mungkin musim orang putus cinta kut..” usik Afiqa.. Katrina sempat membalasnya dengan menghantar jelingan tajam buat rakannya..
“Kau perli aku, eh?” 
Afiqa menggeleng sambil tersengih. Sengihannya akhirnya mati tatkala, memandang wajah serius Katrina. Marah ke kawan aku ni? Afiqa pantas turut memandang ke hadapan, arah yang sama dilihat oleh Katrina.. Matanya membulat tiba-tiba.. Kepalanya digeleng.. Oh, tidak!!
“I think, this vacation will be the tragic one!” Katrina mahu bangun tapi lengannya ditarik Afiqa.
“No! Jangan buat kecoh kat sini, Rina! You can’t do that..” Afiqa memberikan peringatan. Suaranya ditekankan sedikit.
“Siapa yang mula dulu! Dia kan? So, this is not my fault!” Katrina pantas melangkah ke arah ruangan di mana letaknya ruangan first class. Wajahnya dimimikkan serius.
“I’m sorry, miss. Only first class passenger can go through..” halang seorang pramugari apabila menyedari Katrina yang mahu menapak ke arah ruangan itu.. Afiqa sekadar membuntuti Katrina dari belakang, bimbang akan rakannya akan melakukan sesuatu di luar jangkaan nanti..
“Do I look care about it? If you want me to buy this whole aeroplane, I still can afford it! Now, move aside! I have something to settle down, right here!” Katrina memberi amaran.. Naik gerun juga pramugari dengan amarah Katrina itu.. Apatah lagi melihat wajah berang gadis ini..
“I said, get aside!!” terus ditolak pramugari itu.. Laju langkah Katrina dihalakan pada gadis yang duduk di bahagian hadapan untuk ruangan kelas pertama itu.. Afiqa membantu pramugari tersebut bangun..
“I’m so sorry.. Don’t worry.. I’ll comfort her, right away..” Afiqa terus mengikuti jejak langkah Katrina..
“Rina! Stop!” bisik Afiqa perlahan di telinga Katrina.. Malangnya, Katrina hanya berlagak umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan pula.. Wajah perampas kekasihnya dipandang dengan penuh dendam.. Tubuh Katrina berdiri tegak di sisi kerusi Maria itu.. Gadis itu kelihatan khusyuk merenung sekeping pamplete.. Dengan kasar, pamplete itu dirampas Katrina lalu dikoyakkan.. 
“What you’re doing?!” bentak Maria.. Agak kaget dengan tarikan daripada Katrina tentang pamplete yang dipegangnya..
“What I’m doing? Buta ke? Aku berdiri depan kau ni!.. perempuan bodoh!” serpihan kertas-kertas yang dikoyakkan tadi, dihembuskan kuat ke arah wajah Maria.. Berang Maria jadinya.
“What? Bodoh?! Hello! Watch out, when you want to talk! I’m not that type.. Lagipun, siapa yang bodoh sekarang ni? I ke? Kalau I bodoh…” sinis mata Maria mengerling pada Katrina yang sedang bepeluk tubuhnya.
“tak adalah aku hilang BOYFRIEND aku, kan!” sambung Maria lagi.. Perkataan boyfriend itu sengaja ditekankan tinggi.
“Kurang ajar, kau!” rambut Maria ditarik kuat Katrina.. Begitu juga dengan Maria.. Mereka saling tarik menarik.. Semua orang di dalam kabin first class, semuanya memandang pada mereka yang sedang bergaduh sakan.. Pramugari-pramugari yang ada, sibuk untuk menolong meleraikannya.. Kecoh seketika suasana di situ.. Masing-masing begitu khusyuk memerhati drama babak istimewa ini.. Afiqa segera menarik bahu Katrina.. Keadaan yang semakin tak terkawal itu begitu membimbangkannya.. 
“Rina.. Dah.. Let’s go!” akibat daripada pergaduhan antara Maria dan Katrina, Afiqa ditolak tidak semena-menanya.. Tubuh Afiqa terdorong ke belakang.. Afiqa yang tidak dapat mengimbangkan badannya terus terjatuh..
“Arghh!” jerit Afiqa.. Jeritan kecil itu menghentikan pergaduhan yang sedang hebat berlangsung tika itu.. Katrina berpusing ke belakang.. Matanya membulat.. Berliter-liter air liurnya ditelan..
“Sakit tahu, badan aku! Asyik kena tolak aje, hari ni!” omel Afiqa geram.. Tangannya yang berada di lantai, mahu ditolak ke atas, untuk menolak tubuhnya agar bangun berdiri pantas.. Tapi, tolakkannya tidak menjadi apabila dirinya terperasankan sesuatu. Ini bukan lantai ni… Lantas, diraba-rabanya lantai itu.. Kenapa lantai ni tak flat?
A’ahh.. Bukan lantai lah tapi rasanya macam… paha seseorang! Oh My… Nafas Afiqa bagaikan tersekat-sekat menahan perasaanya sendiri.. Wajahnya diraupkan.. Wajah seseorang di sebelahnya tidak mahu dipandang.. 
“I’m sorry..” paha yang diduduki Afiqa tadi, lantas digosok-gosok kembali..
“Sakit?” soal Afiqa seraya tersenyum.. “Sorry..” 
“Airish?” Katrina menyoal.. Bibirnya melongo luas.. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.. Airish sekadar mengangguk dengan wajah masam mencukanya.. Langsung tiada sebarang senyuman diberikan.. 
“Dah! Jom!” Afiqa lantas menarik lengan Katrina agar mengikutinya.. Wajahnya sudah cukup merah.. Bahang di wajahnya masih jelas terasa.. Apa yang berlaku tadi, bagaikan diulang tayang kembali.. Afiqa menggeleng laju.. 
Ah!! Malunya!! 
Bab 2

“RINA.. Kau bawak laptop, tak?” tenang Afiqa menyoal.
“Laptop?” wajah Katrina berubah.. Serba salah gadis muda itu. Afiqa yang melihat tingkah aneh rakannya bergerak ke hadapan sedikit..
“Rina..”
“Yess..”
“Don’t tell me that…” ayatnya dibiarkan bergantung. Wajah Katrina yang pucat sedikit sudah memberikan gambaran padanya akan apa yang sebenarnya berlaku..
“Why you’re doing that?!” marah Afiqa.. 
“I’m sorry, Fiqa.. But, I nak datang sini sebab nak enjoy!”
“Yeah, I know it already.. But, the one who wants enjoy here is you!”
“So?”
“So? So what?”
“Siapa nak temankan aku nanti kalau bukan kau… takkan kau nak berkepit aje dengan laptop tu.. Kalau macam tu, baik tak payah datang sini..” perlahan sahaja suara Katrina.. Wajah gadis muda ini tertunduk sayu.. Afiqa mengigit bibirnya..
“Okey.. Look, Rina.. I’m sorry.” Ucap Afiqa lembut.. Intonasinya beransur reda, daripada tadi..
“Tak boleh ke kau berhenti aje, menulis untuk sementara waktu.. Bukan senang tau, aku keluar dengan kau, macam ni..” Afiqa diburu perasaan serba salah.. Nafasnya dihembus lembut.. Selembut angin laut yang menyapa mereka tika ini. Topi yang diperbuat daripada jerami di kepalanya dibetulkan.
“Okey.. Aku mintak maaf. My bad.. Can’t we just forget it and…” tangan Katrina diraih Afiqa.. Wajah temannya dipandang.
“enjoy!!” Katrina mengangguk laju. Kakinya terus berlari mengajak Afiqa sekali ke arah gigi air di situ.. Seronok mereka bermain-main bersama.. Kedengaran gelak tawa mereka menghiasi setiap detik perbualan mereka. Angin laut begitu lembut dan segar menyapa tubuh mereka.. 
Waktu begini, memang ramai yang turun bergembira menikmati pemandangan cantik di Bali.. Ramai yang sedang berjemur di sana, yang mandi laut dan ada yang sedang hangat bercinta membawa pasangan mereka berjalan-jalan sana-sini.. 
“Huh!!” keluhan Katrina menyentakkan Afiqa yang sedang leka tadi..
“Kenapa?”
“Taklah.. Seronok betul tengok pasangan tu! Mesti diaorang bercinta gila-gila kan..” Afiqa menoleh ke arah yang ditunjukkan Katrina itu. Matanya mencari-cari di mana pasangan tersebut kerana di sini banyak sekali yang berdua!
“Siapa yang kau cakapkan ni? Perempuan beramput perang dekat sana tu ke?” Afiqa memuncung mulutnya menunjukkan ke arah pasangan yang sedang berjalan ke arah mereka tika itu. Mata Katrina membulat tiba-tiba..
“Woi, Maria!!” tempik Katrina.. Afiqa terkejut.. Itu bukan ke… Perempuan yang dekat flight tu? Alamak… Kenapa aku tak perasan tadi.. Aduh! Habislah..
“Rina!!” Afiqa pantas mengejar Katrina dari belakang.. Maria yang sedang elok melentokkan kepalanya pada bahu lelaki muda yang kacak bergaya itu mengangkat wajahnya menentang pandang pada Katrina.
“You ni kan!! Memang betina tembaga tahu!!” lurus telunjuk Katrina menghala tepat pada wajah Maria.. Maria tergelak halus..
“So?? Apa salahnya?” soal Maria sinis..
“What? Apa salahnya? Hey, you tahu kan Ryzal cintakan, you.. Habis kenapa you berkepit dengan lelaki ni! You, tak patut buat macam ni pada boyfriend I tahu!” marah Katrina.. Berang sekali dia pada orang yang tidak setia ini.. Walaupun, teman lelakinya tidak setia padanya, tidak bermaksud perempuan ini pun, akan melakukan perkara yang sama pada ex-boyfriendnya! 
“Dah nama pun boyfriend you..So, I tak naklah rampas, kan..” senyuman sinis terukir di bibir Maria.. Katrina mengempalkan penumbuknya.. Mahu kena perempuan ni.. Aku bagi karang! Setahun kau koma nanti!
“Tak nak rampas you, kata?! Sekarang ni, I dah putus dengan dia disebabkan you, tahu?!!”
“Oh, yeah? Congrates, then..” Maria melangkah pergi.. Lengan lelaki tadi, dipaut manja..
“Eeee!! Tak boleh jadi ni..” Belakang Katrina diusap lembut Afiqa.. Bimbang dengan emosi rakannya yang tidak menentu sekali..
“Rina.. Calm down, please.. Let her go.”
“What do you mean? Let her go? No way!! Now, it’s the right time! Remember, chances does not come twice…” Afiqa tercengang.. Revenge? Katrina pantas menyauk segempal tanah laut yang basah..
Pircchhhh!!
Terbahak-bahak Katrina mentertawakan Maria.. Habis belakang badannya terkena pasir laut yang basah itu..
“Oh my… Arghh!! What you’re doing on my shirt?!!” tengking Maria sekuat hati.. Belakang bajunya diraba.. Argh!! Penuh dengan pasir.. Matanya terarah pada Katrina dan Afiqa yang sedang enak ketawakan dirinya..
“Apa you nak buat ni?” soal pemuda di samping Maria.. Maria hanya mempamerkan senyuman manisnya.. Tangannya turut melakukan perkara yang sama.. Kali ini, Maria menyauk pasir laut yang basah dengan kedua-dua tangannya. Lagi banyak dari yang disaukkan Katrina.
“Not need to worry.. just a simple meeting with an old friend!” balasnya lembut.. Terus pasir yang disauknya dilemparkan terus pada Katrina..
Katrina terkejut. Habis, pasir laut itu terkena pada seluruh tubuh bahagian hadapan serta wajahnya.. Berpasir wajahnya.. 
“Ni dah lebih ni.. You tahu tak berapa lama I kena buat facial nanti!!” Kali ini, Katrina menggengam pasir yang kering pula lalu dilemparkan sekali lagi pada belakang Maria.. Maria tersentak.. Rasa bagaikan makin melekit di belakangnya.. Terus, diraba-raba..
“Oh my god..” Maria kaku.. Pasir-pasir yang kering yang dilemparkan tadi, habis melekat pada belakangnya.. gigi Maria diketap. Terus, pasir yang sama dicapai sebelum tubuhnya dipusingkan ke belakang..
“Hai!” Maria terkejut saat wajah Katrina terjengul di hadapannya tiba-tiba..
“Nah!! Kita buat facial sama-sama, okey?! Baru fair.. Fair and square.!” Kini, wajah Maria sudah penuh diseliputi dengan pasir-pasir laut yang basah.. Berasap kepalanya.. Giginya dikancing kuat.. Berombak-ombak nafasnya menahan gegaran yang maha hebat.. Afiqa yang melihat dari jauh, naik gerun juga menyaksikan pertempuran dua wanita gila ni..
“You ni…. memang,… nak kena!!!” Katrina lari bertempiaran.. Kuat Katrina menempik, takut dengan amarah Maria yang tidak terkawal itu.. Tangannya penuh membawa pasir sana sini mengejar Katrina.. 
“Fiqa!! Tolong aku!!” Katrina pantas menyusup ke belakang Afiqa.. Pinggangnya dipegang kejap oleh Katrina.. 
“Tepi!!” arah Maria pada Afiqa. Afiqa sekadar menurut..
“Jangan, Fiqa!!” saat tubuh Afiqa ke kanan, Katrina turut mengikutinya.. Badannya ditundukkan sedikit.. dan apabila tubuh Afiqa ke kiri pula, Katrina juga menurut.. Maria merengus kasar.. Lalu, dia berlari dari belakang, tangannya sudah melayang ke udara mahu melemparkan pasir yang penuh di tangannya.. Dengan pantas, tubuh Afiqa dipusingkan Katrina menghadap Maria..
Pircchh..
Habis basah baju Afiqa.. Afiqa merenung seketika tubuhnya… Ternganga dirinya saat terperasankan bahawa bajunya yang basah adalah di bahagian dadanya.. Terserlah sedikit dek bajunya yang berwarna putih dan jarang tika itu.. Nafas Afiqa sudah tidak teratur.. Wajah Maria direnung tajam..
“Oppss! Silap sudah.. Tapi, it’s okey.. Take it as a gift!” Maria menapak ke belakang sedikit demi sedikit.. Melihat wajah bengang Afiqa membuatkannya sedikit takut sebenarnya.
“Apa? As a gift? Hah?!!” Laju tangan Afiqa menyauk sama pasir-pasir laut itu.. Katrina juga membuat perkara yang sama..
“Jom! Kita ajar perempuan gedik tahap petala langit nak mati ni!!” Afiqa mengangguk setuju.. Terus, mereka berdua mengejar laju Maria yang sudah berlari jauh itu.
“Arghhh!!!” Maria menempik kuat sambil berlari.. Mukanya dipusingkan ke belakang.. Membuntang matanya apabila jarak memisahkan antara mereka semakin dekat.. Lantas, lariannya semakin dilajukan.
Afiqa mengeluh.. Naik lenguh kakinya berlari di atas pasir-pasir ini.. 
“Cepat, Fiqa!! Cepat!!” laung Katrina yang sedikit di hadapannya.. 
Afiqa sudah letih.. Lariannya sudah tidak kencang seperti awal-awal tadi. Namun, digagahkan jua.. Katrina agak jauh daripadanya mengejar Maria yang semakin jauh darinya, pasti.. 
Afiqa memberhentikan langkahnya seketika.. Mahu menghilangkan penat.. Nafasnya tercungap-cungap.. Mahu menyerap oksigen sebanyak mungkin. 
“Fiqa!! Cepat!! Jangan berhenti, minah gedik ni dah jauh dah!!” kuat Katrina menempik.. Afiqa menarik nafas dalam-dalam.. Lariannya disambung kembali.. Pasir laut yang basah tadi digantikan pula dengan pasir kering.. Lariannya bersambung sambil matanya difokuskan ke hadapan, mencari lokasi di mana keberadaan Maria.. 
Sedang ralit matanya, mencari jejak Maria matanya tidak terperasan akan seseorang yang melintasinya.. 
“Tepi!! Tepi!!” amaran dikeluarkan Afiqa laju.. Kuat suaranya menempik.
Belumpun sempat Afiqa memperlahankan lariannya… dan.. 
Dumm!!! 
Segalanya sudah terlambat…
Afiqa membuka matanya yang terasa pedih.. Matanya susah untuk dibuka. Tubuhya terasa seperti melekap pada sesuatu.. Terus, diraba-raba.. Kat mana aku ni? Ligat, tangannya meraba-raba sana sini.. Tak rupa macam pasir pun.. Bukan ke aku jatuh ke tadi? Rabaanya disambung..
“Woii!! Apa ni?!!” Terkejut Afiqa dengan jerkahan itu.. Badannya segera dinaikkan.. 
“Buta ke?!!” marah suara itu.. Macam suara lelaki.
“A’ah..” jawab Afiqa selamba.. Suara itu seperti sudah diam. Sentap ke?
“Separa buta.. Mata saya masuk pasir..” jawan Afiqa jujur.. Membetulkan jawapannya tadi.
“Kenapa kau tak buta aje, terus?! Lagi bagus!” Afiqa mengetap bibirnya.. Siapa mamat ni? Kenal pun tak, tiba-tiba nak doakan orang buta pulak.. Aku doakan dia cacat nanti lagi bagus!
“Eh.. Awak!! Awak ada lagi ke? Awak!!” tempik Afiqa laju apabila suara lelaki itu diam sahaja.. Tangannya meraba-raba sana sini.. Gelap pekat pandangannya.. Tak nampak apa-apa.. Ya Tuhan.. Beginikah perasaan orang buta. Aduhai.. Seksanya.. Aku tak nak buta!
“Awak!!”
Sepi…
“Awak!!” 
Suasana makin sunyi.. Hanya kedengaran derapan angin sahaja menyapa halwa telinganya.. Afiqa semakin berdebar-debar.. 
“Awak!! Jangan tinggalkan saya!!” Entah kenapa Afiqa rasa mahu menangis pun ada.. Mana lelaki tadi.. Hanya dia sahaja yang boleh tolongnya.. Rasanya saat dia lari ke sini, orang semakin kurang.. Entah kat sini, ada orang ke tidak.. Seram sejuk Afiqa jadinya..
“Awak!! Tolonglah!!” tempik Afiqa sekuat hati..
“Hihhhh..Apa lagi kau nak? Hah?!!” Afiqa menarik nafas lega.. Tangannya meraba-raba lelaki itu..
“Woii!! Kau memang kerja peraba ke?” Afiqa tersenyum malu..
“Tak adalah.. Saja aje, nak raba sikit.. Takut suara tadi, suara hantu aje..”
“What?! Kau ingat aku hantu ke?”
“Alah.. Biar ajelah.. Hantu ke, lanun ke, apa ke.. Yang penting tolong saya.. Mata saya masuk pasir ini.. Tolonglah.. Tangan saya semuanya melekit dengan pasir-pasir ni..” rayu Afiqa..
“Hih.. Macam budak-budak main pasir-pasir.. Kau buat istana pasir ke?”
“Hih.. Banyak soal pulak! Tolong dah lah.. Sibuk pulak!” marah Afiqa..
“Sombong betul minah ketiak ni..”
“Minah ketiak awak kata?!”
“Yelah.. Bau ketiak kau tu busuk!” 
Pantas, Afiqa mengangkat ketiaknya, lalu dihidu.. Biasa aje.. Habis, kenapa dia kata ketiak aku busuk? Oh my.. Akalnya seperti menangkap sesuatu.. Bajunya diraba-raba bahagia dada.. Masih basah! Mesti dia cakap macam tu, nak suruh aku angkat ketiak aku.. Lepas tu, dia bolehlah…. Tak sanggup nak cerita.
“Eee!! Gatal!!” pasir-pasir di sekelilingnya dicapai dan dilemparkan sana sini.. tidak nampak di mana lelaki itu berada.. So, lempar ajelah mana-mana yang patut.
“Woi! Apa ni?! Main kasar pulak..”
“Awak tu yang miang keladi tahap gaban kenapa?!”
“What? Miang keladi tahap… what? What was that?”
“Tak guna betul!” omel Afiqa geram.
“Dahlah! Menyesal aku datang sini! Baik aku biarkan kau buta aje, kat sini..” Afiqa kaget.. Ha.. Buta? Tak nak!! Wajah cemas Afiqa semakin ketara..
“Awak!! Tolonglah.. Okey.. Saya mintak maaf.. Awak tak gatal..” Afiqa mengalah.
“Apa?”
“Awak tak gatal!!” 
“Ha? Saya tak jelas..”
Afiqa mendengus.. Pekak pulak..
“Awak tak gatal..” mendatar aje suaranya.. 
“Macam tu lah.”
“Macam tu, macam tu, macam tu! Tolong saya ni..” ejek Afiqa..
Lantas, lelaki tersebut membantu Afiqa membuang pasir di matanya.. Lembut mata Afiqa ditiupnya.. Lalu, wajah itu disapu-sapu menghilangkan pasir di sekitarnya.. Namun, lelaki tersebut bagaikan leka seketika melihat wajah menarik Afiqa dari jarak yang dekat..
Lelaki tersebut tersenyum herot.. Hehehe.. Bukan senang nak sentuh perempuan bertudung litup ni.. Lalu, wajah Afiqa diusap-usap lembut.. Ternyata, usapan di wajahnya menyentakkan Afiqa.. Ni apa pasal lain macam aje ni? Perlahan-lahan matanya dibuka..
“Apa awak buat ni?!!” terus tubuh lelaki di hadapannya ditolak sekuat hati..
Lelaki tersebut jatuh tertidur di atas tanah.. Mata Afiqa dibuka seluas-luasnya.. Sebaik sahaja, matanya membuka, matanya bagaikan mahu terbuntang pula..
“Airish?!!”
Wajah lelaki itu direnung lama.. Segenap inci wajah itu ditilik.. Adakah aku cakap tadi dengan… dengan dia?



Bab 3

HULURAN tangan Afiqa disambut dengan sebal oleh Airish.. Matanya tajam merenung wajah Afiqa yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah dengan apa yang terjadi.
“Jom.. Ikut saya..” ajak Afiqa.. Airish tercengang.. Berani betul dia ni! Namun, langkahnya tetap diiukut menuju ke arah air laut itu..
Afiqa pantas, menyauk sedikit air laut itu dan disapukan ke arah baju kemaja Airish.. Terkejut Airish seketika dengan tindakan spontan gadis ini..
“Saya mintak maaf.. Habis kotor baju awak ni.. Habis, pasir ni melekit kat sini.. Saya tak sengaja..” ujar Afiqa.. Matanya setia pada kotoran yang terdapat pada dada Airish itu.. Ligat, tangannya mengosok-gosok sekuat hati.. Namun, kotoran itu tetap tidak tertanggal..
“Hish.. Tak tanggallah.. Bak sinilah.. Saya basuhkan. Esok, saya hantarkan..” Airish kaget.. Bibirnya tergelak kecil..
“Kenapa gelak?”
“Do you know who you’re talking with?” mata Afiqa mendongak menentang pandang pada anak mata Airish yang sedari tadinya galak merenung Afiqa..
“Entah..” Bahu Afiqa dijungkitkan sedikit..
“Kawan saya cakap awak ni artis popular.. But.. it seems too impossible.. Quite unlogical..” ucap Afiqa selamba..
“What?!!” kuat suara itu bertanya sehinggakan mengejutkan Afiqa yang ligat menyental akan kotoran di baju Airish..
“Kenapa? Salah ke apa yang saya cakap?” 
“Memang sahlah salah! Aku ni artis tahu.. Pelakon popular!! I’m star!!” ucap Airish sambil tersenyum bersama lagaknya.. Pantas, lagaknya diserlahkan lagi dengan menggayakan dirinya seperti sedang shooting untuk mengambil gambar bagi cover majalah saja. Tubuhnya dipeluk kemas..
Ternyata, gelagatnya hanya mengundang tawa besar sahaja oleh Afiqa.
“Artis? Tak nampak macam rupa artis pun.. dengan rambut serabai macam tu..” omel Afiqa.. Sempat lagi, matanya menilik Airish seketika. Kacak memanglah kacak, tapi macam tak sesuai aje jadi artis.. Afiqa masih ragu-ragu..
“Hey!! Watch out, when you’re saying… Rambut aku okey aje tahu.. Ni.. jadi macam ni disebabkan kau, tahu tak!! Habis rambut korea aku!!” terkejut Afiqa mendengarnya.. Tawanya pecah sekali lagi..
“Omo!! Omo!! Omo!! Korea? Korea sesat kat bali?”
Airish bercekak pinggang..
“Kau tak percaya ke?”
Afiqa menggeleng..
“Aishhh… susah betullah!”
“Apa yang susahnya? Nak suruh saya basuhkan tak kemaja tu?” Airish menjeling sahaja Afiqa di sebelahnya.. 
“Huh! Tak payah! Nanti kau santaukan aku pulak..”
“What? Santau?”
“Yeah.. When you’re find out soon, that I’m an artist, maybe you’ll do it.. Kan?”
“What? Do you think I’m kind of that person?”
“Who knows?? Bila peminat fanatik, semuanya boleh jadi..”
“Tapi, itu kalau peminat fanatik.. Tapi, aku tak usah kata fanatik, minat pun tak!! Nak suruh basuh tak?”
“Huh! Sorry naik lorry, tak payah..”
“Eee!! Kangaroo bawak anak, aku pun tak nak!!” Afiqa terus meninggalkan Airish bersendirian di sana.. Huh.. Artis? Dalam mimpilah! Airish melirik senyuman sejurus sahaja Afiqa meninggalkannya.. what’s your name, little girl.. It’s not fair if you know my name, but I’m not.. But… just forget it!!
Airsih pun turut meninggalkan tempat itu sekali.. Jauh matanya memandang sekeliling sama seperti seseorang yang sedang memerhatikan segala aksi mereka tadi.. Segala aksi tadi bermain di mindanya..
“Booom!! Meletop!!” bibirnya mengukirkan senyuman.. Bersiap sedialah Tengku Airish Shah!! 

AH!! Leganya.. Afiqa menepuk-nepuk halus pipinya.. Segar bugar rasa badannya sejurus sahaja mandi.. Rambutnya dibungkus dengan tuala sebelum menghampiri Katrina yang tertiarap di atas katil..
“Kau buat apa ni?” soal Afiqa.. 
Matanya sempat menjeling majalah yang dibaca Katrina.. Khusyuk sangat dia menelaah buku tu.. Apa yang ada? Afiqa cuba melirik seketika akan artikel yang dibaca Katrina.. Siapa lelaki tu? Dadanya tiba-tiba berdebar kencang.. Peristiwa petang tadi bermain lagi di mindanya.. Maksudnya…
“Airish?” Katrina mendongak memandang Afiqa..
“Kenapa? Salah ke aku baca? Pelik?” Afiqa menggeleng..
“No.. What I mean is, he’s an artist?” Katrina mengangguk..
“Yeah.. Kan aku dah bagitahu kau..”
“I thought it was just a lie..” Katrina bangun terduduk menghadap rakannya..
“A lie? How could you say that? He’s popular, you know..”
Afiqa mencebik..
“Popular apanya.. Aku tak pernah pun nampak dia kat drama ke or filem ke dekat Malaysia ni?”
“Memanglah sayang oii.. But, he’s popular in here, Indonesia.. Tapi, dia baru aje datang dekat Malaysia.. Macam baru berjinak-jinak lah in our own industry..” Afiqa tercengang..
“Buat apa nak beralih ke Malaysia pulak? Menyibuk aje.. Berlakon ajelah dalam sinetron dia tu..” omel Afiqa bersahaja..
“Hello! He’s Malaysian..”
“What? Malaysian?”
“Yeah.. Malaysian..”
Afiqa terdiam.. Jadinya betullah aku terserempak dengan artis tadi? Macam tak percaya aje? Pen Airish di atas meja dipandang.. Kata-kata Airish tadi diingat kembali..
“Huh! Tak payah! Nanti kau santaukan aku pulak..”
Bibirnya mengukirkan senyuman nipis.. Santau… macam menarik aje.. Hehehe..

SEBAIK sahaja mereka sampai di KLIA, mereka terus menghala ke ruangan bagasi, untuk mengambil beg mereka.. 
“Ah!! Tak puas betul.. Menyesal pulak just booking three days..”
Afiqa sekadar tersenyum.. Dah tak larat nak lama-lama kat sana.. Letih betul.. Bahunya ditepuk-tepuk sedikit bagi menghilangkan rasa sengalnya..
“Mana beg aku ni?” bebel Katrina.. Sibuk matanya memerhatikan sekeliling ruangan itu.. Bayang begnya maih belum kelihatan..
“Ha! Itu pun beg aku..” Afiqa terus mencapai bagasi biru terangnya.. Katrina mencebik..
“Tak aci! Tunggu aku dulu! Cari beg aku sekali!”
“Huh.. Yelah.. Oh.. Tu!! Kat sana..” lurus Afiqa menunjukkan keberadaan bagasi merah jambu Katrina.. Katrina mengangguk sahaja.. Kakinya pantas bergerak ke sana.. Sedang tangannya mahu mencapai bagasinya, ada tangan lain yang turut mencapai sama bagasi merah jambunya..
“Eh, apa ni! Ni beg saya..” Katrina mendongak.. Berubah air mukanya tatkala wajah Maria terjengul di ruang matanya..
“Kau lagi!! Hey! Ni beg aku tau.. Jangan nak menyibuk..”
“Hello! Beg I warna merah jambu macam ni jugak okey.. Ni beg I!!” putus Maria.. Afiqa menggeleng sambil tergelak kecil..
“Tengoklah nama kat bagasi tu.. Yang kau punya Rina, kau ada tulis nama kan?” cadang Afiqa.. Katrina mengangguk setuju.. Tag nama dicari..
“Hah!! See! This is mine!” tag namanya dibuang dari sampulnya lalu ditayangkan di hadapan Maria..
“Buta ke? Tak nampak lagi? Nak zoom besar mana?” Maria merengus lembut.. Rambutnya diselak ke belakang.. 
“Huh!!” Terus, Maria berlalu mencari begnya di hujung sana.. Jauh daripada mereka berdua.. Katrina tersenyum kemenangan. Malulah tu, minah kerek ni..
Mereka berdua terus meninggalkan ruangan bagasi dan menuju terus ke arah laluan susur keluar daripada KLIA itu..
“Eh.. Airish?” ucap Afiqa spontan apabila tubuh Airish menyapa matanya.. Lelaki itu bergerak ke arah laluan susur keluar VIP.. 
“Airishlah!! Jodoh betul.. Asyik jumpa aje ni.. Tak sempat nak ambik autograph.. Tapi, tak apalah kan.. Kau kan dah ada pen dia.. Kira halallah tu.. Tak dapat autograph dapat pen dia pun jadilah..” omel Katrina bersahaja.. Kaca mata hitamnya diselitkan di atas rambutnya.. 
Kata-kata Katrina menyentakkan Afiqa.. Yess! Pen! Beg tangannya dibuka lalu dicari mana pen tersebut.. Katrina yang melihat tingkah aneh rakannya bersuara..
“Kau cari apa?”
“Pen Airish tu..”
“Kenapa kau nak pulangkan ke? Hesy, tak payahlah..”
“Jumpa!!” Afiqa berjalan terus membuntuti ke arah laluan susur keluar VIP, mengejar kedudukan Airish yang agak jauh ke hadapan.. Katrina yang melihat rakannya menuruti langkah Airish, pantas diikutinya jua..
“Airish!! Excuse me… wait… wait..” laung Afiqa.. Pen Airish digengam kuat..
“I’m sorry miss.. Please use the other line.. This line is only for the VIP passenger..” halang pegawai di situ.. Afiqa menggigit bibir bawahnya..
“No.. It’s like this.. This is belong to him.. I must hand in to him!”
“Please miss.. Go over there..”
“Aisyhhh!! Susah betul.. Hey, pak cik!!” nada Afiqa mulai berubah.. Panggilannya juga turut berubah.
“Rileks, Fiqa! Biar aku yang uruskan.. Kau pergi masuk..” lantas Katrina terus, menghentakkan kuat kasut tumit tingginya ke atas kasut pegawai di situ.. Terjerit pegawai itu menahan kesakitan.. Melongo Afiqa jadinya..
“Cepat, Fiqa!! Masuk!!” Afiqa menurut.. Langkahnya semakin dilajukan mengejar Airish yang bersama dengan beberapa orang.. Mungkin bodyguard dia barangkali..
“Miss!! You can’t go in there!!”
“Hey!!” tangan pegawai itu dicapai Katrina, menghalangnya mengejar Afiqa.. Terkejut pegawai itu jadinya.. Lantas, pegawai itu merentapkan tangannya kasar.. Tanpa sedar, tangan pegawai itu hampir tersentuh di bahagian dada Katrina.. Katrina terkejut.. Wajahnya tergamam habis.. Idea jahatnya menjelma.
“Tolong!!! Help me!! Help me!!” tempik Katrina kuat.. Pegawai itu mulai cemas..
“Miss.. Miss.. I didn’t mean to do that..” terang pegawai tersebut.. Namun, Katrina tidak mengendahkannya..
“Tolong!! Lelaki ni cuba meraba saya.. Tolong!!” orang ramai yang lalu lalang semakin ramai menyaksikan drama sebabak yang dimainkan Katrina dengan jayanya.. Ada orang yang berbisik sesama sendiri.. Ada orang yang sanggup berhenti daripada berjalan semata-mata mahu melihat apa yang berlaku.. Pegawai itu semakin cemas jadinya.. Semakin ramai orang yang melihat mereka..
“Miss.. Please, don’t be like this.. Okey.. I’m so sorry..” pinta pegawai muda itu..
“What’s going on, here?!!” Katrina dan pegawai tersebut pantas mengangkat wajah mereka serentak.. Liur ditelan sebanyak mungkin.. Kelat rasanya tekak Katrina.. Alamak…

AIRISH memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Lisa.. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin.. Matanya sempat melirik akan begitu banyak wartawan-wartawan daripada stesyen telivisyen mahupun akhbar-akhbar tempatan berdiri di belakang Lisa.. Wajah Lisa yang sedang berpeluk tubuh itu dipandang..
“Hey, darling…” Airish mendekat.. Tangannya didepakan mahu memeluk tubuh gadis genit ini.. Begitu banyak sekali cahaya-cahaya lampu yang menyimbah ke arahnya.. Merakamkan akan aksi-aksinya.. So, dia mestilah tonjolkannya.. Namun, langkahnya kaku saat Lisa mengisyaratkan agar Airish memberhentikan langkahnya..
“Why?”
“Why? You asked me, why?” 
Airish tidak faham.. Lisa tersenyum sinis.. 
“Don’t act like you don’t know anything, dear..”
“Know about what? Act like what? I don’t understand..” jujur Airish meluahkan kata.. Lisa mengetap bibirnya.. Tas tangannya dibuka lalu dikeluarkan beberapa keping gambar.. Lantas, gambar itu diberikan pada Airish..
“How would you find about this?” soal Airish kaget.. Gambarnya bersama Afiqa di Bali tempoh hari semuanya dirakam.. Bermula daripada insiden Afiqa jatuh menghempap badannya sehinggalah insiden di mana dirinya membantu menghilangkan pasir di mata gadis itu..
“Why? Are you scared? Takut rahsia you bocor?”
“What… should I? Ni bukan salah I pun..”
“Huh!! Bukan salah you?? Habis, salah perempuan ni?”
“….maybe..” jawab Airish lambat-lambat..
“You ingat I bodoh? What both of you doing there?” bentak Lisa kasar..
“Lisa.. Please.. Can we talk about this later?” lengan Lisa diusap Airish lembut.. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di sini.. Apatah lagi, di hadapan pelopor-pelopor idea yang maha gila yang bisa menghilangkan segala peluang untuknya mengembangkan bakatnya di Malaysia nanti.. Lisa menolak kasar tangan Airish dari menyentuh kulitnya..
“Kenapa? Because there’s a lot of reporters here? Let them be! Now, tell me!!” 
“Airish..” Serentak Airish dan Lisa mengangkat wajah.. Suasana semakin bingit, haru-biru jadinya.. Flash-flash kamera semakin galak menyimbahi wajah Afiqa pula.. Riuh suasana di KLIA di sini.. Afiqa melajukan lariannya..
“This!! I just wanna give this.. You left it..” selamba sahaja Afiqa bereaksi.. Pen Airish dihulurkan.. Airish sekadar menjeling cuma, pandangannya kembali pada Lisa.. Mata gadis itu kelihatan berkaca-kaca..
“Airish? Dah serapat tu ke?” lembut suara Lisa menyapa.. Suaranya sedikit sebak.. Pandangannya mulai kabur…
“Pen? Wow.. How times, did you guys met?” Airish dan Afiqa terdiam.. 
“At first, I really hopes that it was a lie.. But, now I’m wrong..” Tergamam Afiqa seketika.. Wajah Lisa yang penuh dengan air mata dipandangnya.. Tidak sangka di sini berlaku pergelutan.. Kalau tidak, memang dia tak akan datang tadi.
“Hah?!! I asked you, Airish!! Answer me..” hambur Lisa kuat.. Pandangannya dialihkan pada Afiqa di sebelah Airish.. 
“Airish.. From now on,….” Lisa menarik nafas..
“we’re end here.” putus Lisa.. Berubah air muka Airish.. Mata Afiqa membulat besar… 
“Lisa!!” laung Airish memanggil Lisa yang jauh meninggalkannya.. Langkahnya terus mengejar Lisa.. Afiqa mengigit bibirnya.. Airish ni.. Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang kat sini? Kini, semua mata-mata wartawan memandang dirinya.. Tubuh Afiqa menjadi tumpuan kini pada semua yang ada di situ..
“Miss!! Please, give a words.. What had happened?” pinta semua para wartawan-wartawan di situ.. Afiqa diburu resah.. Lalu kepalanya ditundukkan hormat..
“Anyonghaseyo!! (Hello)”
“Miss.. Are you Airish girlfriend?”
Afiqa terdiam seketika.. Persoalan apa ni?
“Bang-gap-sum-ni-da. (Nice to meet you)” Afiqa beransur mahu beredar..
“Miss… Please answer it..” halang mereka..
“Mi-an-ham-ni-da.. (I’m sorry)…”
Sempat Afiqa memerhati sekeliling.. Suasana bertukar sedikit sunyi.. Kenapa? Pelik ke jika dia berbicara sebegitu? Huh.. Baguslah.. Kepalanya kembali, ditundukkan sedikit..
“Annyonghi kaseyo.. (Goodbye)…”
Terus, Afiqa berpatah kembali ke arah di mana Katrina berada.. Wartawan-wartawan di situ kelihatan sedikit tercengang..
Baca Selanjutnya...
 

Kafeteria 1 »

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

close button

Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella