Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Sunday, March 25, 2012

Utama » » Berhati-hati Kirim Karya Ke Penerbit

Berhati-hati Kirim Karya Ke Penerbit

BAGAIMANAKAH perasaan anda sebagai penulis novel, apabila manuskrip novel ditolak oleh penerbit sedangkan anda sudah mengirimkan keseluruhan manuskrip itu melalui emel atau secara pos. Jika dipos biasa, kemungkinan anda boleh meminta penerbit memulangkan manuskrip itu.

Tetapi bagaimana jika anda mengirimkan melalui emel? Sebagai penulis baru, tidak salah jika anda berasa curiga atau bimbang jika novel itu di ‘copy’ semula oleh penerbit dan kemudian diterbitkan dengan nama orang lain.

Bagaimanapun sebagai penulis yang sudah lama menceburi bidang ini, saya berharap sangat penerbit tidak melakukan perbuatan seperti ini dan fahamilah jerih payah penulis menghasilkan novel yang memerlukan banyak masa dan tenaga.

Untuk mengatasi perkara seperti ini, saya menasihatkan mereka yang baru menulis hanya perlu menulis synopsis dan dua tiga bab awal novel berkenaan sekiranya mahu menghantarkan manuskrip ke mana-mana penerbit.

Sebelum mengirimkan manuskrip novel sama ada secara bertaip atau melalui emel, pastikan dahulu anda menghubungi editor penerbit terlebih dahulu dan berbincanglah bagaimana yang sepatutnya mengirimkan manuskrip novel anda itu.

Mengikut kebiasaan, anda boleh mengirimkan manuskrip novel yang bertaip kepada penerbit. Sekiranya pihak penerbit sudah bersetuju untuk menerbitkan setelah melalui proses penilaian, kebiasaan pihak penerbit akan meminta penulis mengirimkan manuskrip novel secara email untuk memudahkan proses “type setting” , ‘Lay-Out’ dan sebagainya.

Penulis yang baru berjinak-jinak menulis novel dan ingin mengirimkan manuskrip kepada mana-mana penerbit harus waspada dengan perkara ini walaupun ia jarang berlaku tetapi kebimbangan tetap ada kerana menulis novel memerlukan komitment yang tinggi.

Bayangkanlah berbulan-bulan anda menghasilkan sebuah novel, apabila dihantar ke penerbit, manuskrip ditolak tetapi beberapa bulan kemudian mansukrip anda itu diterbitkan tetapi dengan nama orang lain. Tidakkah anda berasa kecewa.

Untuk memastikan novel anda diterbitkan, sila ikuti bengkel-bengkel yang diadakan oleh penerbit kerana dengan cara ini anda boleh bertanya terus kepada pihak penebit, apakah kreteria yang diperlukan sebelum menghasilkan novel bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Comments
2 Comments

2 comments:

qminz said...

pernah jadi ker kes penerbit tipu penulis? *tibe2 rase takut plak*

Eliza Ab said...

erk, yelah q.min.z. pernah jd mcm tu ke??

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella