Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Wednesday, March 21, 2012

Utama » , » Reviews Pilihan Minggu Ini Edisi 001 - Kougar

Reviews Pilihan Minggu Ini Edisi 001 - Kougar


Kougar 
Shaz Johar
ISBN: 9789671038406
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Mei 2011

Halaman: 322
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

Seperti Ajib, aku rasa menyampah dengan watak utama novel ni. Kisha. Oh, please! Wanita yang digambarkan wanita moden yang konfiden, berkerjaya tetapi lemah. Lembik. Seriously, aku rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala si Kisha ni. Geram betul!

Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan si Kisha ni. Nak kata bodoh tapi lagaknya macam pandai tetapi caranya, gayanya agak merapu. Mana la ada perempuan yang boleh relaks je bila kena rogol? Setakat sedih, menangis, sembap mata then everything is back to normal. Hai! Kita berbicara pasal hilang dara kot tetapi Kisha boleh jadi se-selamba gila. *rolledeyes*

Aku juga kecewa dengan cara Kisha meladeni rumah tangganya. Tak suka kata terus tak suka. Menjadi isteri, Kisha seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal hati dan nafsunya sendiri. Bukannya sekali 'makan luar' malah banyak kali tetapi dalam hati minta Tuhan lembutkan hati suami sendiri. Logik kah?

Sejujurnya aku suka isu yang ingin diketengahkan oleh penulis. Kisah gadis lanjut usia yang mencari cinta dan akhirnya terjatuh hati pada lelaki yang lebih muda. Berperang dengan diri sendiri dalam mengejar cinta dan mentaliti masyarakat yang melihat wanita tua berpasangan dengan anak muda; kisah si anak ikan. Tak mahu digelar anak derhaka, makanya menerima perkahwinan aturan keluarga. Kisah penderaan selepas kahwin yang sememangnya realiti dan makin berleluasa dalam norma masyarakat kita. Cuma sayangnya isu dan idea itu tidak disampaikan dengan lebih baik [teringat Tabu, penulis juga gagal mengetengahkan isunya, tetapi cerita itu lebih bagus daripada yang ini].

Apa yang menyelamatkan cerita ini adalah laras bahasa yang kemas. Plot yang smooth hinggakan tak sedar yang kita sudah di penghujung cerita. Tetapi yang lain, novel ini lebih menggambarkan kepada wanita bertunjangkan nafsu tetapi gagal dalam menguruskan emosi sendiri. Atau mungkinkah aku yang selama ini sering disogokkan dengan kisah wanita berhati besi, gagal untuk menerima kenyataan ada wanita yang sebegini? Ya, mungkin.

Not recommended for others! Sorry!
Daripada : GobokArina
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella