Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Wednesday, July 9, 2014

Utama » , , » Novel : Bukan Kerana Benci - Bab 1

Novel : Bukan Kerana Benci - Bab 1

Penulis : Miqael Arshad

HARI ini dalam sejarah, memang tak pernah dialami sejak kebelakangan ini tetapi kenapa Maghrib tadi buat hal pula? Diri sendiri baru nak berubah, nak solat berjemaah di Surau Haji Bidin tu. Memang frust tahap gaban betul la macam ni. Sudahlah panas, ada penghawa dingin pun tidak dipasang. Katanya nak tunggu hari pertama solat terawih nanti baru hendak dipasang. Ramadan lambat lagi la. 

Heip! Panas ni, peluh pun sudah mencurah-curah bagaikan terbuang di ladang gandum. Satu badan bermandikan peluh, tahu tak? Kata mak cik yang juga makmum di surau ini, semua itu adalah petanda bahawa hari nak melimpahkan hujan. Hujan rahmat. Baguslah kalau begitu, Tidaklah semasa solat Isyak nanti berpeluh-peluh lagi. Hebatlah mak cik tu! Dia meramalkan sesuatu yang canggung bagi Amylia.

“Kamu ni tak senang duduk ni kenapa, macam terbakar saja, Amy? Cubalah kamu bawa bertenang sedikit jangan nak menggelabah sangat.” Bicara Mak Zah terhadap anak perempuan yang sedang berkerut dahi itu. Sedari tadi lagi si gadis itu seperti cacing kepanasan. Tak senang nak duduk diam. Di dalam surau kelihatan seperti tidak selesa. Apa ni? Ini rumah ibadat, janganlah terlalu kuno!

“Amy panas la mak, tu mak tengok tu, ada air cond tapi tak nak pasang. Kalau macam ni boleh banjir peluhlah dalam surau ni nanti.” Amylia memberikan alasan yang tidak relevan demi menyingkirkan dirinya dari sini secepat mungkin. Bukan dia tidak mahu tetapi dirasakan kurang selesa. Selama ni mana ada dia nak dekat dengan rumah ibadat. Solat sendirian sahaja di rumah. Mak ni buang tabiat anak anak gadisnya yang comelnya datang sini. Bukan apa, malulah… lagipun dia masih baru di sini. Ramai orang tengok. Entah siapalah gerangan si gadis kelihatan air wajahnya suci dan murni mengenakan telekung ini.

“Bukan ke mak cik tu dah cakap, air cond tu belum elok lagi.” Mak Zah cuba tenangkan anak perempuannya yang banyak songeh! Diajar untuk jejakkan kaki ke surau, macam-macam ragam pulak. Haisy! Kalau sibuk join rakan-rakan naik skuter keliling bandar, bukan main seronok. Sekarang baru padan muka. Duduk diam-diam dalam kampung ni. Mak Zah tak nak anak daranya jadi liar bergaul dengan sesuka hati. Dekat bandar tu bukan elok suasananya untuk anak dara macam Amylia ni.

“Lambat lagi ke Isyak mak? Mari la saya pulas jarum jam dinding tu kasi cepat sikit.” Amylia tidak sabar-sabar lagi. Dia nak segara bangun pergi ke arah jam dinding itu. Jangan buat pasal, nanti maknya ketuk kepala tu. Baru tahu!

“Isy kau ni!” Mak Zah dah angkat kening.

“Mak…” Amylia merayu. Kalau boleh dia nak selesa. Sepatutnya di dalam ni dia rasa lebih tenang tetapi lain pula jadinya.

“Diamlah, mak nak dengar tazkirah maghrib ni.” Bebel Mak Zah dengan nada perlahan. Bimbang juga kalau-kalau makmum lelaki terdengar pula suaranya. Maklumlah, suara perempuan juga adalah aurat. Tapi, tak adalah sampai kena jadi orang yang bisu. Huh!

Amylia duduk main jari jemarinya. Mulutnya sudah panjang sedepa macam galah buat kait kelapa. Tertekan sungguh dia tinggal di kampung ini. Hari-hari mendengar ibunya membebel. Ini semua salah ayah, sibuk suruh dia tinggal dengan mak. Mak ni pun satu, elok-elok duduk dekat bandar tu kenapa lari duduk kampung. Di kampung ni ada apa? Sukar untuk bersosial.

“Mak…”

“Mak kata diam. Dengar tu apa ustaz tu cakap. Orang perempuan wajib pakai tudung.”

“Mak… ni kan telekung, dah pakai pun.” Jawab Amylia tersengih-sengih walaupun terasa bahang.

“Itu mak tahu, tapi mak tak nak kau sekejap pakai sekejap tak. Kau ingat masuk dalam neraka tu sekejap-sekejap ke apa?” Mak Zah mahu mendidik anaknya yang dewasa kini. Inilah akibatnya kalau membesar dengan si ayah. Sibuk manjakan Amylia, ikut sahaja rentak Amylia ni sampai soal agama pun diabaikan. Memang Mak Zah marah benar cara Pak Zaki didik Amylia macam ni.

“Hah, mak, dah azan tu.” Amylia bersungguh-sungguh. Seronok benar mendengar azan berkumandang.

“Mak tak dengar pun.”

“Surau kampung sebelah dah azan la mak,” Amylia dengar azan di Surau Kampung Dusun sudah berkumandang tetapi Surau Haji Bidin ni belum lagi, bila ni? Amylia dah tak sabar nak balik.

“Kau ni kenapa Amy… alahai kau ni buat pening kepala mak aje la. Boleh tak kau tumpukan perhatian dengar ceramah ustaz tu.” Mak Zah sudah tak tahu macam mana nak kawal Amylia ni. Tadi bukan main beria-ria nak datang surau. Bila sampai sini macam-macam ragam pulak.

Ding dang ding dang!

“Amy… Off telefon tu.” Pesan Mak Zah.

Makcik-makcik lain dekat sebelah dah jeling-jeling dah mengenangkan perangai Amylia yang pelik ni. Dari tadi dia tengok anak gadis Mak Zah ni macam tak suka. Ada yang menggeleng bahkan ada yang tersengih-sengih sahaja.

“Amy…” Mak Zah terus tunjuk papan tanda yang melekat di dinding tu. Amylia pun menacap ekor matanya ke arah itu lalu membaca apa yang tertulis di situ. Erk!

'Tiada panggilan telefon sepenting panggilan Ilahi.'

Mak Zah berkerut dahi. Nakal sangat Amylia ni. Entah apalah Pak Zaki bagi Amylia makan? Adakah dedak ayam diberikannya, sehinggakan perangai Amylia pun dah macam ni? Sudah tak ingat dunia sekarang ni. Malu dibuatnya mengenangkan perangai Amylia yang bakal menjadi buah mulut orang. Di dalam surau pun buat ragam pelik-pelik. Ini dah mengaibkan.

Mak Zah ni pun satu, Amylia bukan sengaja tak nak tukar nada dering kepada ‘senyap’ tetapi terlupa. Maklumlah ini pertama kalinya dia ke sini. Dia tak ada kawan di kampung ni. Pak Zaki yang sibuk-sibuk hantar Amylia ke kampung ni walaupun berulang kali Amylia cakap tak nak. Tetapi sudah tersasul, apa boleh buat.

“Aku dalam surau ni Jiha…” Perlahan nada Amylia.

“Apa?” Terus terdengar tawa menggila di hujung talian.

“Oh… kau perli aku ke?” Bisik Amylia.

“Takde lah, mana ada aku perli kau. Aku bersyukur sangat-sangat. Perempuan ganas macam kau sedang cuba jadi feminim. Terbaik!”

“Agak kurang sopan bicara kau, Jiha. Kau pun tahu, tak lama lagi kita akan sambung belajar. Aku kena tinggal dengan mak aku selama enam bulan dulu. Enam bulan tahu tak?” Amylia tekankan perkataan enam bulan. Tempoh masa yang agak lama. Perjanjian yang dibuat oleh Pak Zaki kepada Mak Zah. Memang macam inilah keadaannya berada dalam situasi keluarga bermasalah. Mak Zah jeling-jeling sahaja. Entah apa yang dibualkan oleh si anak itu.

“Baguslah tu.” Jiha seolah-olah bersetuju.

“Apa bagus?”

“Baru enam bulan, belum mintak enam ratus tahun, ha ha ha.” Jiha kawan baik Amylia di Kuala Lumpur itu sengaja mentertawakan dirinya. Memang bertambah bengang sekarang ni.

“Baiklah, lepas Isyak nanti aku call kau balik. Dah nak solat dah ni.” 

“Alhamdulilah… sejuk perut ibu mengandung. Eh, jangan lupa kirim salam dekat abang kau yang kau cakap kacak sangat tu.” Seloroh Jiha, sempat lagi menitip salam.

“Choi!” Amylia ketap bibir kemudian panggilan dimatikan. Cepat-cepat dia pergi selak langsir, entah apa yang mahu dibuat Amylia ni. Wajahnya terjengur di celah-celah langsir itu.

“Bang…” Bisik Amylia.

Amman tidak menoleh. Si Amman ni adalah Abang sulungnya yang empat tahun berusia darinya. Baru je nak rapat sebab selama ni memang terpisah jauh. Si dara di bandar manakala dua orang teruna lagi di kampung dijaga oleh Mak Zah. 

“Pssttt…” Bisik Amylia lagi. Kali ini Azemi yang menoleh. Terangguk-angguk bertanya tentang apa. Amylia tunjuk-tunjuk pada Amman. Kemudian Azemi pun mencuit pinggang Amman yang sedang jadi hantu tanpa kepala. Tertidur mendengar kuliah Maghrib. Penat sangat kut petang tadi cari kambing hilang. Entah siapalah yang tergamak tambat kambingnya tepi parit. Patutlah cari tak jumpa. Mujurlah si kambing itu mengembek. Amman akan ajar kalau dapat kesan siapalah orangnya.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Tiba-tiba terdengar suara orang mengalunkan azan. Para jemaah terkejut lalu menoleh ke belakang. Kuliah Maghrib agak terganggu. Amman siap berdiri sambil kedua-dua belah tangan menutup telinga.

Azemi di belakangnya ketawa mengekek. Amylia pula gelak guling-guling. Mak Zah panik tengok Amylia macam kena histeria.

“Mak tak nak dengar lagi apa yang berlaku di surau tadi berulang kembali! Faham! Buat malu mak ajelah kau ni.” Bebel Mak Zah mendapat malu dengan lagak si gadis bandar itu.

“Azemi ni mak, main-main cuit pinggang. Man tak boleh la mak… mak pun tahu yang Man ni macam mana. Rasa nak terajang je dia puas-puas.”

“Amboi nak terajang kita pulak. Abang tu mak, selalu tidur dalam surau.”

“Haji Deris cakap pun macam tu jugak, tapi tak adalah dia pergi kacau abang kamu ni.” Mak Zah seolah-olah nak menangkan Azemi tetapi Azemi tetap cool. Tak ada nak melatah macam Amman. Orang lain pun kerja juga tapi tak adalah sampai berangan macam tu.

“Abang tu, entah apa yang dia berangan dalam surau pun tak tahu. Siap azan lagi tu,” Amylia ketawa lagi.

“Kau diam Amy, kau tu masih baru dekat sini. Kau belum faham situasi dekat sini macam mana lagi. Jangan kau ingat kau dah biasa dekat bandar, maka dekat sini pun kau anggap sama. Kau tunggu je la nanti…” Amman seperti mahu mencabar Amylia untuk terus hidup di kampung ini. Mak Zah dengar sahaja tiga beranak itu beramah mesra dalam suasana yang tegang.

“Saya tak tahu, apa yang Kak Amy ni nak beritahu abang. Tadi dia beria-ia sangat suruh panggil abang.” Sela Azemi sambil hirup teh o panah yang disediakan oleh Mak Zah. Mereka berkumpul di ruang tamu itu.

Amman yang bertahi lalat di dagu itu menoleh. Rambut kerinting bak kumpulan Alleycats. Idola sangatlah! Itulah abang yang dicakapkan kacak oleh Amylia kepada Jiah. Ha`ah kacak sangat. Amylia ketawa dalam hati. Dia kutuk abangnya dalam hati.

“Erm…”

“Apa yang kau nak beritahu abang?”

“Tak ada apa-apalah.” Amylia rasa malas pula nak beritahu. Dia nak masuk bilik dulu. Tidur. Sudah beberapa kali dia menguap. Segera dia bangun.

“Kau nak pergi mana tu?” Soal Amman.

“Masuk tidur.”

“Salam mak dulu!” Pesan Amman. Amylia menurut lalu dia bersalam dengan Mak Zah. Langkah itu laju masuk bilik. Mak Zah kerling Amman.

“Kenapa kau layan Amylia macam tu,”

“Mak tak tengok ke tadi? Boleh dia nak masuk tidur macam tu je, dengan Man pun dia tak salam. Man ni abang dia tahu.”

“Dia belum mesra lagi la tu.”

“Mak… masa kecik-kecik dulu relaks sahaja.”

“Lapan tahun Man…” Beritahu Mak Zah pada Amman yang kelihatan seperti sedikit kecewa. Barangkali ada kata-katanya menyentuh hati Amylia sehingga Amylia agak sedikit terasa.

Mak Zah menggeleng. Mungkin nanti Amylia akan berjaya sesuaikan diri di kampung halaman ini. Sudah lama dia tak bersama. Lapan tahun jangka wakut yang lama bagi seorang ibu yang benar-benar rindukan anak gadisnya.

“Saya masuk tidur dulu la, mak.” Azemi bersalaman dengan Mak Zah. Sudah mengantuk sebab esok nak sekolah. Nasib baik kerja sekolah sudah disiapkan. Kalau tidak, Amman pasti membebel mengalahkan Mak Zah. Bila ayah dah berpisah dengan mak, Amman seperti seorang ayah dalam rumah ni menjaga segala-galanya untuk Azemi. Mak Zah seringkali sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan warung warisan. Menjual nasi lemak dan kuih muih menyara kehidupan keluarga.

***

PERISTIWA sebelum amylia ke Kampung Parit Dalam. Masa tu Amylia dah teriak-teriak tak nak ikut Mak Zah balik tapi Pak Zaki ni suruh pulak.

“Ayah… kenapa Amy mesti tinggal dekat kampung?”

“Ini adalah perjanjian antara ayah dengan mak kau. Selepas kau tamat SPM, kau kena tinggal dengan mak kau selama enam bulan. Tapi…”

“Tapi apa, ayah?” Amylia berkerut dahi. Ini yang malas ada perkataan tapi dan tapi ni. Perkataan tapi ini selalunya mengecewakan.

“Kalau kau masih belum dapat tawaran belajar, bermakna kau akan terus tinggal dengan mak kau.” Beritahu Pak Zaki bersiap-siap untuk menjalankan tugas sebagai Peguam. Memang tugasan yang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk Amylia. Budak ni dah jadi hilang arah sebab setiap hari ayahnya akan sibuk. Kalau tak sibuk pun balik cuma sekejap. Tetapi ada satu perkara yang Amylia geram sangat. Dia dah lama perhatikan Kak Rokiah jiran sebelah macam ada hati dekat ayahnya. Nanti kalau Amylia tak ada, makin galak agaknya Kak Rokiah ni menggoda ayah. Mentang-mentang Pak Zaki ni duda!

“Tapi kan ayah… boleh tak Amy nak tanya ayah satu perkara.”

“Apa dia?”

“Kenapa ayah beria-ia sangat lepaskan mak pergi?”

“Soal ni ayah tak nak bincang.”

“Kenapa?” Amylia seolah-olah mendesak.

Pak Zaki diam dan belek-belek surat khabar semalam. Sengaja nak cari helah tak nak layan Amylia soal itu. Tapi dia ada kerja nak buat, terpaksa lipat semula. Dia dah lambat pergi kerja.

“Ayah, dah lapan tahun Amy membesar dengan ayah tanpa kasih sayang seorang ibu. Sekarang ni ayah nak lepaskan Amy pulak tinggal dengan mak? Apa ni ayah? Mak pun macam dah tak sayang Amy lagi sebab tu tak pernah sekali pun datang jenguk Amy dekat sini. Entah makan ke tidak anaknya ni. Sekarang ni senang-senang ayah biarkan Amy untuk balik ke kampung tu. Selama ni pun ayah tak pernah bawa Amy jumpa mak. Lapan tahun ayah, lapan tahun…” Amylia kesedihan dan cuba mengawal air matanya daripada mengalir. Dia mesti kuat di atas dugaan hidup ini. Inilah hakikat dan realiti kehidupan dalam keluarga yang bermasalah.

Amylia sendiri tak tahu apa salah mak sehinggakan Pak Zaki berpisah. Apa yang Amylia tahu, Mak Zah dikatakan curang. Curang apa? Pelik la, takkan Mak Zah sanggup berlaku curang, sedangkan kisah cinta mereka terlalu hebat. Amylia adalah hasil cinta mereka tetapi kenapa berakhir macam ni?

Mak… Amy takkan salahkan mak atau ayah. Kalau boleh Amy nak mak dan ayah bersatu kembali… detik hati Amylia.

“Amy tak faham.”

“Apa yang Amy tak faham ayah? Cuba ayah terangkan pada Amy, apa lagi yang Amy tak faham. Selama ni ayah pun tak pernah layan Amy baik-baik. Ayah sibuk siang dan malam, sampai Amy pun ayah tak pedulikan.”

“Kenapa Amy cakap macam ni dengan ayah? Jangan biadab, Amy!”

“Sekarang ni ayah dah mula tengking Amy, baik. Hantar Amy balik kampung sekarang jugak!”

“Baik! Sekarang juga ayah hantar. Nak sangat, kan?”

Ala… ayah ni, gurau pun tak leh seriusnya. Misai ayah tu rasa macam aku nak guntingkan aja! Amylia seperti kecewa. Ayahnya betul-betul nak hantar dia balik kampung nenek. Nenek pun dia tak berapa mesra sebab dah banyak kali raya pun ayah tak balik. Ayah kan orang bandar, mana suka hidup kekampungan ni. Amylia pun orang bandar juga.

Pak Zaki dah mula marah. Amylia mencabar kesabarannya. Kalau nak balik kampung sangat dengan cepatnya Pak Zaki akan hantar hari ini juga. Soal kerja, dia sanggup tangguhkan demi anaknya. Ni mesti kes rindu dekat mak, sebab tu buat ragam.

Amylia menarik tocangnya. Dia sudah terlanjur bicara. Apa nak buat ni? Kena call Jiha ni. Cepat-cepat dia call Jiha. Dia melompat atas katilnya lalu dicapai telefon bimbit.

“Jiha!!!”

“Wei! Kau ingat aku pekak badak ke apa nak jerit-jerit macam tu? Sakit telinga aku tahu tak! Kalau pecah speaker phone aku ni siapa nak ganti?”

“Ah! Itu aku tak peduli. Sekarang ni aku nak beritahu kau yang ayah aku nak hantar aku balik kampung. Balik kampung! Arghhh!” Amylia menjerit lagi.

“Hoi! Aku letak telefon ni kan?!”

“Sorry! Kau kena tolong aku.”

“Apa yang aku leh tolong kau? Diri aku sendiri pun tak tertolong ni.”

“Tak apalah, masalah kau tu nanti kita settlekan kemudian.”

“Amboi, senangnya kau cakap. Mana aku nak cari duit ganti bumper kereta Lamboghini yang aku langgar tu?”

“Tu kan kereta bapak kau. Apa nak kisah? Eh? Apa? Lamboghini?” Amylia terkejut mendengar jenama kereta tu. Macam tak logik la si Jiha ni. Merepek!

“Yela-yela, Proton Wira.” Perlahan sahaja suara Jiha. Bunyi macam hampa sahaja. Tapi tak apa, sekarang ni masalah Amylia diberikan tumpuan.

“Aku dah tak tahu macam mana lagi nak mengelak daripada tinggal dekat kampung tu. Kau tahulah dekat sana tu macam mana. Tu kampung tempat Jin bertendang tau. Liputan Wifi pun tak meluas. Lagi pun di sana tak ada kemajuan, tak ada mall tak ada karaoke. Tak best la.” Amylia merungut.

“Bila kali terakhir kau pergi sana?”

“Lapan tahun lalu.”

“Kalau kau ada depan mata aku, nak aje aku tarik-tarik tocang kau tu tahu tak. Lapan tahu dulu memanglah, sekarang ni selepas lapan tahun. Mesti banyak perubahan punya. Percaya cakap aku.”

“Aduhai…”

“Apa kata kau berfacebook dulu, atau kau google. Seacrh nama tempat tu. Mana tau kau nampak apa-apa perubahan ke.” Saran Jiha yang sedia maklum bahawa Kampung Parit Dalam memang macam tu sejak dari dahulu. Orang kampung sana memang keras kepala selalu menolak perubahan. Pernah pemaju datang nak buat lot rumah teres, tak mahu dijual tanahnya. Bahkan kalau ada yang nak jual, ketua kampung tu akan melenting. Ada juga yang datang nak beli tanah nak buat kilang, lagi tak nak. Katanya banyak pencemaran akan berlaku. Sungai-sungai yang jernih akan tercemar. Udara akan jadi tidak bersih. Semua itu mendatangkan masalah. Oleh sebab itu penduduk sana dianggap mundur tanpa sebarang kemajuan.

“Siapa kata kampung mak kau tak maju?”

“Kawan Amy yang cakap.”

“Itu kawan kamu yang cakap.” Pak Zaki memandu dengan penuh berhati-hati. Mereka dalam perjalanan ke Kampung Parit Dalam.

“Dulu masa ayah bercinta dengan mak kamu, ayah paling suka karipap dia. Karipap ubi campur iblis, eh! Bilis.” Pak Zaki mula bercerita sejarah silam.

“Macam mana ayah boleh jumpa dengan mak dekat kampung tu?”

“Masa tu client ayah ada masalah jual beli tanah dekat sana. Jadi ayah pergi sana untuk memastikan keadaan terkawal. Mereka nak dakwa client ayah tu kerana menipu dalam urusan hartanah.”

“Jadi, dia tipu ke?”

“Kes tu dah selesai, client ayah tu diusir dari kampung tu. Kalau mereka nampak lagi, memang mereka akan potong kepalanya.” Pak Zaki bersungguh-sungguh menceritakan peristiwa dahulu kala. Memang itulah terjadi. Masa tulah cinta berputik, cinta pandang pertama. Terlihat Mak Zah jemur kain dengan kaki satu berselipar dan satu lagi berkasut. Tocang tetap menyerlah. Sebab tu Amylia ni persis Mak Zah.

Amylia terkejut dengar penjelasan si ayahnya tu. Ganas gila orang kampung tu. Kalau begitu gayanya, ibu Amylia mungkin seorang yang ganas juga. Manalah tahu, kan? Semua itu tak mustahil. Amylia gigit jari.

“Ayah… Amy nak minta maaf sebab berkasar dengan ayah. Amy minta maaf sangat-sangat. Maafkan Amy ya sebab Amy tak berniat pun nak sakitkan hati ayah…” Amylia memohon maaf sambil berkelip-kelip mata memohon simpati. Ayahnya pun tahu yang Amylia tak sengaja. Semua itu ikut rasa sahaja. Sebagai seorang ayah, dia faham apa yang Amylia perlukan.

“Yang kamu beria-ia nak ayah maafkan ni kenapa?”

“Manalah tahu kepala Amy kena potong juga bila sampai sana nanti. Masa tu dah tak sempatlah Amy nak minta maaf dengan ayah. Amy tak nak mati sebagai anak derhaka.” Ucap Amylia sambil pegang tali pinggang keledar rapat-rapat. Ngeri dia membayangkan kepalanya dipotong dengan gergaji. Macam dalam filem horror pulak!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella