Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Thursday, June 21, 2012

Utama » , , » Cerpen : Perajurit Cintaku

Cerpen : Perajurit Cintaku

Penulis : Intan Adelia

Aku memang suka usha orang yang sarung uniform ni, ish!! Kalau terserempak je dengan mereka ni tak berkelip mata ni di buatnya (tiba-tiba macam dapat semangat baru) Hmm, dulu masa masa sekolah rendah kalau cikgu tanya nak jadi apa, dengan lajunya aku akan cakap ‘saya nak jadi Tentera cikgu’ –

‘ hoi minah, kau berangan je tak sudah kan? ‘ terjah Wani, kawan sekelas aku

‘ aduh, kau ni kacau daunlah aku tgh syok usha abang ashkar yang baru “mencemar duli” depan aku ni haa tadi ‘

‘ eh gila ke ape kau ni, “ mencemar duli” segala, tak padan dengan kecik. Cukup-cukuplah tu, jom blah dah nak Maghrib ni ‘ tempelak Wani lagi

‘Wani, takkan kau tak kenal si Nini ni pantang Nampak abang darat (Tentera Darat) lalu juling bijik mata weh, Hahahaha ‘ tokok si Dayana

‘gila bayang dah kawan aku sorang ni, udah-udah la tu. Jom’ serentak itu Wani menarik lengan Nini bergerak menuju tempat letak kereta

Nama aku Amani, tapi kawan-kawan semua panggil aku Nini. Sekarang ni aku menetap dekat Sarawak gara-gara aku study dekat salah satu cawangan IPTA terkemuka di Malaysia (kalau korang pandai, sila teka) dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan yang membuatkan aku musykil bin ajaib punyalah banyak cawangan dekat Semenanjung tempat jin suka bertendang ni jugaklah yang aku dapat. Masa mula-mula datang sini Ya Ampun !! hanya tuhan sahaja yang mengerti perasaan ku ini plus hari-hari gua nangis beb mengenangkan nasib diri di perantauan (aceceh, bajet duduk oversea sangatlah tu padahal over the south china sea der) - hailah, kehidupan harus diteruskan walaupun..

*********************************************************************

‘Nini !! bangunlah dah pukul 5.45pagilah nnt kau terbabas Subuh pulak’ kejut Najwa, teman roommate dia sejak dari Semester 1 lagi. Najwa mengambil jurusan Diploma Pentadbiran Awam

‘Emmm, alah awal lagi ni weh. Buaya pun tak bangun lagi’ balas dia dalam keadaan mamai

Ish, aku bom jugaklah anak Pak Cik Nordin ni karang – omel Wawa dalam hati dan terus berlalu ke bilik air. Standard asramalah kan, kalau lambat nanti penuh pulak al-maklumlah kena berkongsi bak kata orang putih Sharing is Caring, Hahaha. Selesai membersihkan diri Najwa kembali ke bilik dan tekaannya tepat apabila terpandang Nini yang masih lagi terbongkang di buai mimpi

‘Shaheera Amani binti Nordin !! kenaklah kau tok eh susah gilak jak mun mok bangun pagi?? Marek siklah akhir bena kau lelap’

‘aoklah, aoklah. Kamek bangun kinek juak, kau tok nak mala jak jerit’ – marah Nini

Kalau korang nak tau, si Najwa ni kalau dah marah memang automatiknya terkeluarlah bahasa Sarawak dia tu, dulu aku pun tak paham jugak tapi dah 2tahun duduk sini nak buat karangan guna Bahasa Melayu Sarawak pun takde hal punya, Hehehe (bangga pulak dah)

Jam menunjukkan lagi 30minit pukul 11pagi tapi keadaan matahari yang dah mencanak tegak atas kepala membuatkan pelajar yang berkeliaran berpeluh. Ada yang baru habis kuliah dan ingin menuju ke Kafe untuk mengisi perut mereka yang telah memainkan rentak lagu irama Malaysia, Ngek jugak lah kau ni Nini kalau bab merapu mengarut memang kau lah juara – Haish

‘ Nini, gi makan jom? Lapar gila tahap petala langit ke 7 ni, dalam kelas tadi pun aku tak focus otak ni dah karat 2bulan cuti tiba-tiba masuk kelas memang tak functionlah’ ajak Meera

‘ Betul, betul, betul. Gue follow saje, mmg perut dah buat rentak hip-hop pagi tadi tak sempat breakfast’ kata Aziera dan Nini dan yang lain-lain hanya mengangguk mengiakan

Tiba-tiba Diyana mencelah- ‘weh !! tapau makan kat bilik lah, sure ramai gila makhluk yang menebeng dekat

Kafe tu nnt tak sanggup aku’

‘Orite Mam’ sampuk Akeela

*****************************************************************

Pejam celik, pejam celik dah sebulan Semester 3 aku lalui. Subjek yang aku carry semester ni Cuma ada Statistics, Business Communication, Report Writing, Third Language, Perbankan islam, Economics (uish ! pecah jugaklah kepala otak aku nampak gaya) Hmm, dah la senior buat gila diorang tu hujung minggu ni semua student Semester 1 hingga Semester 4 WAJIB ikut team building utk kos aku ni. Apa Celoplah, motifnya nak rapatkan hubungan sesama senior & junior. Aduh, aku dah la memang menyampah tahap babun laut kalau kena join aktiviti “mencantikkan kulit” tapi ada satu benda yang buatkan aku semangat nak ikut team building ni (drumroll) tadaaaaa !!! team building diorang buat dekat Kem Semenggo, Kuching Sarawak. Haha, Kelassss Jah I Like It # Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi – (Nini rasa author cerita ni sengallah suruh berlagu bagai pulak) SUDAHH !! cukup-cukup lah berangan tu Nini, sambung study tu karang semua ke longkang

Sedang Nini membuat ulangkaji, Najwa menjerit

‘Nini !! handphone kau berbunyilah makhluk, family kau call’ macam nak tercabut anak tekak, adoy-lah budak ni kalau dengar lagu bukannay reti nak perlahan lalu Najwa membaling patung Dibo kesayangan Nini tepat mengena sisi kanan hingga tercabut earphone yang di pakai

‘ Weh, apasala kau baling pakwa aku ni? Sakit tau tak??’ marah Nini

‘ Pakwa, pakwi. Tu haa handphone kau kat atas katil dari td asyik bunyi, family kau kot’ kata Najwa
Dengan sepantas kilat dia aku berlari mencapai handphone

‘Alamak !! abah la pulak. Mati aku kena ceramah free dari Ustaz Nordin Muhammad. Kitak lah tok, sik padah (tak cakap) dengan kamek awal-awal’ bebel Nini kepada Najwa

Serentak dengan itu, jemari terus mendail nombor milik ayahnya (missed call cukup, kredit takde studentlah katakana) – Hampeh betul si Nini * kadang-kadang Author pun 2x5 jugak kan * tak sampai 10 minit handphone Nini memainkan lagu Home yang di popularkan oleh kumpulan Westlife

‘Hello abah !!’ terus aku menerjah. Sungguh kurang sopan

‘Hah !! tadi kenapa Eera tak angkat call abah?’

Gulpp. ‘tadi orang tgh study lah, pasang MP3 kuat-kuat handphone dekat atas katil, Sorry Abah. Abah nak apa call Eera’ terang Nini

‘ Aik, kena ada sebab tu baru boleh call anak abah ni ke? Undang-undang mana Eera pakai pulak. Yelah, siapalah abah kan, tak boleh nak call selalu’ - ujar Encik Nordin dengan nada rajuk, niat ingin bergurau dengan anaknya itu

‘ Alah, Eera main-main lah, takkan nak sentap kot. Haha, Abah Eera ada benda nak bagitau ni’

‘ Apa dia? Nak balik Semenanjung ke?’

‘ Kalau boleh balik memang Eera nak balik lah abah oi tapi mesti Mama tak bagi lepas tu nanti cakap, cubalah Eera berdikari sikit dah besarkan takkan nak harap kat Mama dengan Abah pulak. Hmm, hujung minggu ni Eera kena join team building aktiviti wajib kelab under kos Eera ni, gerak hari Jumaat balik Ahad. Acu (cuba) Abah teka dekat mana?’ jelas Eera

‘ Alah, mesti dekat kawasan resort/ chalet ke kan paling cikai pun dalam kawasan kampus tu haa’

‘Abah salah !! tempat dia dekat Kem Tentera, Syok gila babas lah abah’- sambil angkat kening, lagakknya macam Encik Nordin dapat lihat reaksi spontan anaknya itu

‘ Eh, gatal pulak dia? Ni mesti ada benda ni kan. Ba.. – Nini mencelah ‘takdelah, suka-suka je dah lama tak masuk kem kan, Haha. Bye abah, kirim salam dekat Mama dengan Abang Zarul. Assalamualaikum’
Nun jauh di Shah Alam, Encik Nordin hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap anak ke 3 nya itu. Lantas dia pun melangkah ke ruang tamu dan menyampaikan salam Eera kepada Puan Azlini, Mama Eera

**********************************************************************

Petang itu, Nini mempunyai Kokurikulum dan dengan malasnya dia dan kawan-kawan yang lain menapak menuju Pusat Sukan yang terletak berhampiran gate utama kampus mereka, Dayana, Aziera dan Meera tidak sama dengan Nini dan yang lain. Mereka menyertai Kadet Bomba. Setibanya di kelas, kelihatan instructornya sedang mengedarkan kertas soalan, eperti yang di beritahu minggu lepas hari ini instructor mereka akan memberi ujian (general question, petik jari pun boleh) mereka di pecahkan kepada beberapa kumpulan tetapi bila mereka mendapat soalan, masing-masing menjulingkan mata sambil memandang antara satu sama lain

‘ Sir !! apasal soalan ni macam tak masuk akal je, manalah kitorang nak tau betul ke salah’ suara Zafirah, yang lain dah tergelak melihat gelagat rakan mereka yang selamba badak itu nasib baiklah Encik Faisal tu jenis aci redah jugak orangnya

‘eh, budak ni jawab jelah, susunkan ajelah betul salah belakang kira. Dah siap boleh balik’
Meera yang masih lagi tidak puas hati it uterus mengomel “ memanglah senang, nenek aku pun boleh buat tapi kalau salah susun markah aku jugak yang kelongkang nnt, suka hati je nak bagi soalan yang melalut macam ni”

‘ Heyy, buatlah minah yang dari tadi asyik membebel je apa kes. Ingat kau sorang tak tau kitorang pun samalah, ZERO pasal benda ni’ – marah Wani

‘ Chill lah beb, benda kecik pun nak gaduh. Takdelah susah pun (Sila susun jawatan-jawatan yang terdapat dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Dari yang terendah hingga yang tertinggi) paling bawah for sure Prebet, Lans Koperal, Koperal, Sarjan & Staff Sarjan, Pegawai Waran 1 & 2 , Leftenan Muda, Leftenan, Kapten, last sekali Mejar lah kan? Kan? Kan?’ dengan muka tak bersalah Nini memberi jawapan

Wani, Meera, dan rakan lain yang sama kumpulan tercengang melihat Nini sambil itu mereka menyalin jawapan yang telah di beri oleh Nini, setelah itu mereka mempunyai 2 lagi soalan megenai kemerdekaan dan bola sepak Negara

Apabila telah menghantar kertas jawapan, mereka pun pulang beriringan dan masing-masing menayang muka penat tetapi tidak Meera kerana dia sedang leka memerhatikan pelajar lelaki lain yang sedang bermain bola sepak dan tiba-tiba dia bersuara

‘ Kalau soalan bola sepak tadi aku tanya budak-budak bola sepak kan bagus, jawapan confirm betul semua kan?’

‘ Gila’ serentak Wani, Nini dan beberapa lagi rakan mereka bersuara

*****************************************************************************

Akhirnya, hari yang mereka nantikanpun menjelma. Selepas solat Jumaat kesemua mereka dikendaki berkumpul di Lobby Pusat Pelajar dan akan bergerak menuju ke Kem Semenggo menaiki truck 3 tan

‘ Der !! kita semua kena naik menatang alah tu ke? Unbelievable kot, seumur hidup aku tak pernah terfikir pun pasal benda ni ‘ kata Nadiah, classmate Nini sambil mengerutkan dahi

‘ Ni lah namanya pengalaman adik. Bila lagi korang nak merasa naik truck 3 tan ni ‘ celah Abang Abang Naim, Senior Semester 5 merangkap Fasilitator sepanjang team building ini berlangsung

Apabila tiba di Kem tersebut, mereka di bahagikan kepada Lapan kumpulan dengan kehadiran dua orang fasilitator. Nini dan Aziera terpisah masuk ke kumpulan 6, Meera, Wani dan Dayana kebetulan bersama dalam satu kumpulan, 2. Selain itu mereka di bekalkan dengan sebiji telur yang harus di jaga sehingga tamat ‘latihan ketenteraan’ sekiranya ada yang pecah kumpulan tersebut akan di denda. Mereka juga turut di beri taklimat tentang tatasusila & adab ketika berada dalam kawasan kem kerana di dalam kem tersebut semunya Lelaki.

‘ Farah, ni keje gila tau tak? Aku rasa seram doh tengok environment kem ni dah la semua lelaki (budak hitam) lepas tu usha macam nak telan, serupa tak pernah nampak perempuan nak je aku korek biji mata diorang tu’ ucap Hamizah

Sepanjang 3hari berkampung di dalam kem tersebut bermacam-macam aktiviti yang mereka lakukan fully Military Style – PT (Physical Training), Menembak, Abseiling (syok gila weh sambil menjerit – saya Shaheera Amani Nordin, bersedia untuk turun Tuan) Roll-call, log relay (ala-ala Explorace) termasuklah membersihkan kawasan sekitar kem berkenaan yang paling semua orang tak boleh terima bila Mejar Nizam (pegawai in charge) bagi arahan “ Bila nampak langit, dalam kiraan 5 semua MESTI berlari ” untuk pelajar yang join Palapes tu memang dah lali dengan benda ni semua.

Pada hari terakhir Nini dan 3 lagi rakannya yang mempunyai Athma telah di beri pelepasan untuk tidak mengikuti aktiviti log-relay dan di letakkan di bawah pengawasan seorang Pegawai Tentera Kapten Aizuddean. Sementara menunggu aktiviti tamat, Tuan Aizuddean memberi sedikit penerangan tentang kerjaya sebagai seorang Tentera Darat, siap promote suruh end-up dengan Army (macam best tapi realitinya hanya mereka sahaja tahu) Okey, Nini dah tersenyum sendiri apabila mendengar celoteh pegawai itu

“ Alah, Kapten ni pun macam tau je aku admire dekat abang TD” kata Nini dalam hati
Dengan selambanya si Nini tanya soalan cepucemas edisi tak berapa nak cerdik

‘ Tuan, best ke hisap rokok tu? Tak sampai 30 minit pun dah nak masuk 5 batang kot’

‘ Nak rasa ke? kalau awak nak semua nak tau, bila kami masuk hutan untuk satu operasi mungkin makan masa dua hingga empat bulan nak jumpa anak isteri dapat kurangkan tekanan ‘ terang Kapt Aizuddean

‘ Uish !! gila tabah hati meraka dan keluarga meraka kan Tuan ‘

Kapt Aizuddean mengangguk ‘ Awak tak nak try? Nnt boleh join BAKAT (Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia) seraya memandang Nini (dah kau banyak mulut sangat kan)

Dengan sepantas kilat Nini menggeleng ‘ Hmm, tak nak lah tak pasal-pasal selalu kena tinggal selalu makan hati nanti, Hahaha’ balas Nini

‘ Ber-ia je tak nak kalau dah Jodoh takkan awak nak tolak kan? Boleh kahwin bawah pedang, insan terpilih je yang dapat sepuluh dalam seratus ‘ balas kapt Aizuddean sambil mengenyit mata dan mereka semua hanya mampu ketawa melihat perlakuan pegawai itu

Perbincangan mereka terhenti di situ apabila salah satu kumpulan telah tiba. Semua kelihatan sangat letih dengan keadaan pakaian mereka basah kuyup akibat terjatuh dalam longkang semasa melakukan Tarzan Swing & Monkey Rank. Tepat jam 5petang semua pelajar berangkat pulang ke kampus walaupun penat dan ada juga pelajar yang cedera hingga di tahan dalam wad tetapi bagi mereka itu semua kenangan yang takkan dapat di lupakan sampai bila-bila

Keesokan harinya mereka semua menghadiri kuliah dalam keadaan yang amat menyedihkan apabila terdapat beberapa rakan sekelas yang terpaksa berjalan ala-ala gaya ibu mengandung akibat kesakitan otot pada tahap maksima setelah melakukan aktiviti di kem semalam

********************************************************************************

Tanpa mereka sedari Semester 4 tiba di penghujung, segala ilmu yang telah di pelajari selamat di muntahkan di dalam kertas jawapan dan sekarang tibalah masa ‘keberangkatan pulang’ mereka semua ke Semenanjung Malaysia dan secara kebetulan Nini, Wani dan Meera berada dalam satu flight yang sama AK 5208 boarding time 17535hrs KCH-KUL. Mereka ni pantang kalau dapat fly, ikut mana dan kalau nak book tiket tu secepat mungkin tapi kalau bab nak balik sambung kuliah, seminggu lepas kelas bermula baru terhegeh-hegeh nak balik
Mereka bertiga sedang menikmati hidangan Mc Donald sementara menanti penerbangan, barang-barang semua sudah di buat check-in hanya tinggal untuk cop passport di kaunter Imegresen

‘ Dey, air ni boleh bawak naik atas kan? Aku kekenyangan lepas sental Big Mac ni’ terjah Nini

‘ Alah, belasah la angkut. Selalu aku bawak naik apa cover line cemerlang cukuplah’ balas Meera

‘ Banyak kau punya cemerlang, dah la jom lepak cuci mata dah lama tak buat hobi tu, Haha’ Nini berkata

‘ Ni mesti takde keje lain dah aku rasa kalau tak usha abang pilot, abang polis tak pun abang Army. Apalah ada dekat si Army tu sampai kau gila bayang haa?’ tanya Wani

‘ Entah la Cik Syahidatul Hazwani Adeila Mohammad kamal, aku pun tak tau yang pasti aku suka tang rambut diorang yang ala-ala karpet, jalan pun nak kawad the best part is bila diorang pakai uniform hijau tak kiralah celoreng ke kemeja hijau diorang tu SMART doh nak-nak pulak kalau dapat yang muka photostate macam muka pelakon Beto Kusyairy tu kan semahunya daku cair bak aiskrim Magnum Walls, dah tak mau tanya aku lebih-lebih sebab aku malas nak jawab. Ada faham?’ jelas Nini

‘ Nghahahaha. Amek kau, dalam satu nafas saje si Nini ni attack kau weh Wani’ sampuk Meera
Dan dengan tiba-tiba satu pengumuman di buat “ Perhatian !! ini adalah panggilan terakhir untuk penerbangan AK 5208 ke Kuala Lumpur, pesawat akat berlepas sebentar lagi kepada semua penumpang pesawat ini sila masuk ke balai perlepasan pintu 3, Terima kasih”

Dan serta-merta meraka terus berlari menuju gate setelah mendengar pengumuman dan nasib menyebelahi mereka apabila masih terdapat penumpang yang belum melakukan pemeriksaan masuk ke dalam kapal terbang

‘ Weewwiittt !! Haha, kalau dah jodoh tak kemanakan? Korang nampak apa aku nampak? ‘ ujar Nini

Serentak itu Wani & Meera menyoal ‘ Apa bendanya? ‘

‘ tuh, signboard ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. Wallawey, Mat terap satu flight dengan kitalah maka dengan ini mode On Bluetooth aku semakin merebak’

Dengan tidak semena-mena Wani & Meera menepuk dahi melihat gelagat teman mereka yang satu itu (Betul-betul tahap ICU anak Pak Cik Nordin ni, hailah)

“ Si Baju hijau sedang bertugas di perbatasan peluru tak bermata harus waspada, datangnya ia tak kenal saudara, lawanlah itu satu dengan hati semangat waja tanda ku perwira.. Gagah perkasa bersedia siang malam di persada Negara ”

*********************************************************************
Sepanjang penerbangan bermulah detik-detik perkenalan antara Nini dan Abang Darat yang menjadi kegilaannya dalam diam. Sesungguhnya Jodoh itu ditangan Tuhan, takdir penentu segala mungkinkah cinta Nini berbalas? Adakah ia suratan takdir ataupun ia hanyalah satu kebetulan kerana sesuatu yang tak di sangka itu seringkali mendatangi kita tanpa sedar - Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang. Tanpa mereka sedari kapal terbang telah pun mendarat dengan selamat

“ Perhatian kepada semua penumpang, kapal terbang ini telah selamat mendarat di LCCT. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Air Asia dan harap dapat bertemu lagi dalam penerbangan yang lain”

Semua penumpang menunggu giliran untuk turun dan menuju ke tempat pengumpulan bagasi untuk mengambil bagasi milik mereka. Setelah lama menanti akhirnya beg mereka telah di jumpai dan tiba-tiba beg yang sedang di pegang oleh Nini telah di sambar oleh seseorang, dengan pantasnya dia menoleh untuk melihat makhluk yang sesuka hati mengambil kepunyaannya

‘Haaa?’ sambil membulatkan mata, “Ommo!! Mamat tentera tadi lah pulak”

‘ Hye ! jom saya tolong angkatkan beg ’ ujar lelaki itu

‘ erk?? Aaaa.. Takpelah, saya boleh angkat sendiri’

Tanpa menghiraukan Nini, dia terus mengangkat dan meletakkan beg itu atas troli

‘ Hmmm, thanks aaa.. aa.. wak’ ucap Nini dalam keadaan tergagap-gagap

Sambil tersenyum ‘ No problemo, nama saya Aidil Hakeem by the way kasih awak di terima’

‘ Hahhh??’ (Alamak, mula dah si Nini ni jadi blur-blur alam)

‘Hmm, nah ambil ni. Okey lah, saya kena pergi sekarang.’ sambil menghulurkan sekeping tisu dan terus berlalu
Di atas tisu itu tertulis – AWAK DAH CURI HATI SAYA, TOLONG KEMBALIKAN SEGERA!! 0175428232

Sambil tersenyum, Nini berkata sendiri – Sebab awaklah Perajurit Cinta idaman hati, Awww

You took my heart away when my whole world was gray

You gave me everything and a little bit more

And when it's cold at nigh and you sleep by my side

You become the meaning of my life

******************************************************************************

2158hrs| 22 Feb 2012

Cerpen ini tiada kaitan antara yang hidup/yang telah meninggal dunia, hanya untuk suka-suka & Selamat Hari Tentera Darat yang ke 79 buat semua warga Tentera Darat pada 1 Mac 2012
Ini adalah karya pertama, Segala komen & kritikan amat dialu-alukan, Terima Kasih :)
Comments
2 Comments

2 comments:

Anonymous said...

ending cam tergantung jer.

Anonymous said...

ending cam tergantung jer.

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella