Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Thursday, June 21, 2012

Utama » , , » Novel : It Our Dreams 1

Novel : It Our Dreams 1

Penulis : Elly_Strawberry

Ramai pulak orang pada pagi nih. Jenuh sesak aku nak jalan. Kenapa la tak hari lain nak orang nak ramai kat bayan lepas nih kenapa la masa aku nak balik ramai pulak.

Aish!

Bip! Bip! Bip! Telefon bimbit Putri Laila berbunyi. “ Ala....sape pulak yang hantar mesej time aku nak cari along aku nih.” Bebelnya sendirian.

Dia terus menekan ‘buka’ pada pada skrin Iphonenya.

“Along...tggu dekat dpan sana..ok..yang berbaju biru muda dan seluar jean hitam....(takut dah tak knl dah rupa along nih yang putih melepak lagi hensem dan tinggi nih bila dah lama duk kat UK tuh..he2)”

“Hish! Ape pesanan darr....ingat aku tak kenal...ker..dah ar kedekut taik hidung masin nak call aku pun.” Bisik hati Putri.

Eh! yang mana satu erk abang aku nih.. ramai la pulak yang pakai baju warna biru nih. Yang hujung berdiri kat sudut sana kot.

Putri Laila terus berlari mendapatkan seseorang dan terus memeluknya tanpa melihat wajah lelaki tersebut. Ni mesti along punya ar...getus hatinya.

“Along, I miss u so much! Putri ingat abang Putri yang bernama Megat Farish Bin Megat Mirza tak nak datang dan jemput adik yang tersayang nih!.” Putri mengeratkan lagi dakapannya. Huh!...rindunya....

Aik! Awek cun mana plak pepagi peluk aku nih. Aku tau la aku ni hensem tertarik lagi menawan. Ehh! Jap bukan tertarik tapi memang kene tarik macam ade magnet hehehe....

“Ehem...Ehem...”

Pelukkan Putri masih lagi tidak di lepaskan.

‘eh minah nie tak dengar ke eardrum die nie rosak ke haper’

Putri meraba – raba muka muka lelaki yang di sangkanya along. Kemudian turun pulak ke dada bidang lelaki itu.” Along masa bila pulak muka along ni lain. Hidung nape mancung sangat macam burung kakak tua then badan along ni nape pulak berotot macam ahli gusti jerk? “

Ehh...pompuan nih dah la peluk aku pastu boleh lagi kutuk aku kater hidung aku ni macam kakak tua. Grrr...tak boleh jadi nih.

“Ehem...adek manis, saya rase adik manis nih salah hug orang la...saya bukan Megat Farish Bin....Bin...errr..” . Belum sempat Tengku Uzair menghabiskan ayatnya Putri telah melepaskan pelukannya.

Putri melihat siapakah pemilik suara itu. Kerana suaranya lain pada yang lain. Nak tau lain macam mana? Alaa.....lain pada lain la.takkan korang tak tau kot.

Dengan perubahan suara itu terus Putri melihat wajah pemilik suara itu. Tengku Uzair pulak membuat kening sebelah kanan terangkat tinggi menandakan dia tak paham.

“Arrghh!” Putri menjerit kerana orang yang dipeluk itu bukan alongnya. Dengan tindakan drastik Tengku Uzair terus menekup mulut Putri dengan tangannya dengan sedikit mukanya di tunduk ke arah gadis yang dia tidak kenali ni kerana dia agak rendah separas bawah bahunya. Hehehe nak kata die tinggi ar tuh!

“Hey! Hey ! stop it!”.

“Are you crazy? Terjerit- jerit tengah airpot ni? Tau tak ni public place, bukannya public fon ok.” Bisik Tengku Uzair pelahan dan bibirnya didekatkan sedikit ke sisi kepala Putri.

Orang yang lalu - lalang di hadapan mereka menoleh dan membuat muka heran mendengar jeritan Putri yang kuat tadi

“Ape minah nih! Tak pasal- pasal orang tengok ...aish.”bebel hati Tengku Uzair.

“Maaf ye semua, she’s my wife then die bru smpai dari ....er...er....London dan die terkejut tengok hubby die yang putih melepak lagi hensem nih.....sebab die dah 5 tahun tak tengok saya hehehe....harap maaf menganggu sistem perdengaran korang erk.” Jawab Tengku Uzair dengan sengihan manis.

+Uzair! Ape yang kau merepek nih??....bila masa plak minah ni wife engkau?

-Nak buat camna aku dah terlepas cakap. Yang mulut ni pun gatal nak cakap.

Tengku Uzair menunduk sedikit dan melihat gadis yang dia pekup mulutnya..sudah merah mukanya akibat menahan nafas.Tengku Uzair terus melepaskan tekupan tangannya dan......

“Uhuk! Uhuk! Uhuk! I need oxygen .“ Tercungap-cungap Putri menghembus nafasnya .Eh mamat nih kalau nak bunuh aku agak- agak la. Habis tersumbat saluran pernafasan aku nih! Pastu boleh pulak die cakap aku ni wife die nak kene nih. Belum sempat dia ingin memebalas kata- kata.

Putri merasakan dadanya sempit dan amat sakit.’ Ah penyakit gila nie datang lagi’. Putri memegang dadanya yang dirasakan perit lalu dia pantas mencari inhaler dalam tas tangannya. Habis barang-barangnya berterabur diatas lantai konkrit airpot itu.

Tengku Uzair memerhatikan gelagat gadis yang gelabah mencari sesuatu itu.Muka Putri menjadi merah padam .

“Awak, awak okey ke ni?...awak cari ape? Nape muka awak merah sangat then nape awak pegang dada? “tanya Tengku Uzair dengan bertubi- tubi bila melihat keadaan panik gadis itu.

“Saya...s..a....y...a....in..ha. ..le..r.....sa.....” . Tengku mengangkat sedikit keningnya tanda die blurr lalu dia menghampiri Putri supaya dapat dengar dengan lebih jelas. Masih dilihat gadis itu mengeledah beg tangannya.

“Sa.....ki...t.....” belum sempat Putri habiskan ayatnya dia terjelopok jatuh dan pengsan disitu. Serentak itu jugak telefon Putri berbunyi.

“Weh, ape yang dah aku buat kat die sampai die pengsan!” Lantas Tengku Uzair mengendong tubuh kecil Putri Laila untuk bawa ke hospital.

Kring! Kring! Kring!

Langkah Tengku Uzair terhenti apabila mendengar telefon berdering di atas lantai konkrit tersebut.

Tengku Uzair membongkok sedikit dirinya mencapai telefon bimbit gadis itu.

“Along? Hmmm.....mungkin abang die kot...baik aku jawab.” Tengku pun menjawab panggilan itu.

“Hello! Adik kau ni kat mana? Along tunggu tak sampai- sampai pun? Kau......” belum sempat along Putri menghabiskan kata-katanya Tengku Uzair memintas .

“Hello! Bang. Saya nak bagi tau yang adik abang ni pengsan, sekarang nih die ade ngan saye dan sekarang saya nak hantar die kat hospital. Kita jumpa kat parking boleh?’ jawab Tengku Uzair dengan laju.

“What???...adik aku pengsan !!!.Okey2 kite jumpa kat parking nanti kalau aku dah smpai aku call kau, ok.” Talian terus dimatikan.

“ok.”Balas sepatah Tengku Uzair.

******************

Huh! Berat jugak minah nih. Badan je kecik tapi berat boleh tahan gak. Ape penyakit la die nih..sampai pengsan.

Sesampai ke kawasan parking, Tengku Uzair terus menuju ke keretanya.

Di tekannya pad kunci kereta lalu die membuka pintu belakang dan membaringkan Putri di tempat duduk belakang. Sesudah itu, dia membuka pulak pintu belakang yang sebelah lagi supaya angin dapat masuk. Tak la panas sangat si Putri nih.

Tengku Uzair menyandangkan tubuhnya ke sisi keretanya sementera menunggu abang gadis tersebut.

Dia menoleh sedikit melihat gadis yang di gendongnya tadi.

Hmmm....nama die ape erk tadi....Puni? Bateri? Put.....Put....Hah! Putri!..

Comel gak orangnye. Mata die agak bulat namun kecil sedikit. Bulut matanya melentik dan kulit mukanye pulak putih melepak. Keningnya tebal terletak elok telukis cantik je. Putri ni jugak mempunyai hidung yang sederhana mancungnya dan mempunyai bibir yang mengoda!

die nie ade mixture Korea ker???

Tudung yang dipakainya berwarna hijau lembut sesuai dengan warna kulitnya yang putih.

Tapi satu je yang tak kena Putri nie die rendah dah kecil. Hahaha!

Telefon bimbit Tengku Uzair yang menderingkan lagu fiction dari kumpulan Beast itu berbunyi. Tengku Uzair tersedar dari lamunannya yang dari memerhati wajah gadis itu.

Dia pun berdiri tegak dari terus bersandar . Dia menyeluk poket dan mengambil telefon bimbitnya dan terus menekan ‘terima ‘ di skrin telefon itu.

“Assalammualaikum,bro kau kat kereta mane aku dah sampai kat parking nih and then kau pakai baju warna ape? Senang sikit

Aku nak cari kau.” Tengku Uzair menjauhkan sedikit telefon dari telinga .

Ush! Kus semangat aku terbang. Ni lagi sorang punyalah kuat bila bercakap memang minta telinga aku ni cepat pekak ke hape?

Tengku Uzair mendekatkan kembali telefon ke telinganya.”Waalaikummusalam,kereta saye warna putih kat sebelah tiang tuh ade tulis ‘sila parking kat sini’ ehh bukan ‘Level CA13’. Saye pakai baju T biru muda.” Balas Tengku Uzair dengan tenang.

“Ok bro. I see yang kereta pintu terbuka kiri kanan then kau sedang sandar kat keta kan?”

“yup”

Tiba-tiba je ada orang menepuk belakang. Tengku Uzair menoleh belakang. Dia melihat seorang lelaki yang segak dan tinggi berjalan dengan kalutnya.

Ni kot along si Putri ni. Hensem gak along die nih. Hehehe, Uzair sempat lagi kau ngata orang.

”Megat Farish.” Kata Farish menyuakan tangannya untuk berjabat tangan

“Uzair.” Tengku Uzair menyambut salam Farish.

“Mana adik aku?” Dia berkata dengan cemas takut terjadi apa- apa pada adiknya.

“Tu.” Jari telunjuk Tengku Uzair di halakan tepat ke arah dalam kereta.

“Ya Allah! Apa dah jadi nih. Cepat kite bawa die ke hospital.”

“Tak bukan kita tapi Encik Farish sorang je pergi hantar die sebab Putri ade beg yang die tinggal .Nanti saye follow encik ke hospital atau call then saya akan hantar barang yang tertinggal tu ok? “

“ok.” Megat Farish terus mengendong Putri lalu di bawa ke keretanya yang terletak tidak jauh dari situ.

BARU Tengku Uzair ingin melangkah ke pintu utama airpot itu telefonnya berdering lagi. Dia menyeluk poketnya untuk mengambil telefon bimbitnya.

Dia terus menekan ‘ terima’ di skrin telefon Nokianya.

“Woiiiiiiiii! Kau kat mane sebenarnya ar? Aku tunggu kau adik punya lama. Kau cakap kau datang awal.” Ar ni lagi sorang memang nak bagi aku eardrum aku rosak. Nila kak long aku atau nama sebenarnya Tengku Helina.

“waalaikummusalam,ye,ye, orang datang ar nih tunggu jap 2 minit.”

“Oit, tak payah nak perli- perli aku datang cepat banyak beg ni!”

“Hmmmm....ok.” terus talian di matikan oleh Tengku Uzair.

Hish!singa betina ni kalau balik tak mengamuk tak boleh ke?

Tengku Helina menoleh kiri ke kanan, kanan ke kiri mencari- cari kelibat adiknya. Hish! Budak ni lambat betul la.

Tiba –tiba ada seseorang menyapa bahunya.”argh!” terjerit kecil Tengku Helina.

Tengku Helina memgurut-urut dadanya.

Tengku Uzair terus tersengih macam kerang busuk apabila tengok kak longnya terkejut.

Pap!

Satu tamparan tepat mengenai lengan Tengku Uzair.” Auw,sakitla!”Ngadu Tengku Uzair dengan nada simpati.

“Ar padan muka sape suruh buat terkejutkan orang?” Marah Tengku Helina pada adiknya.

“Ala.... orang bagi suprise sikit pun tak boleh, dah la duduk dekat Kanada tuh punya lama kat sini Uzair takde kawan nak gaduh tau tak.” Gomel Tengku Uzair dengan sedikit nada keanak-anakan.

“Eleh, besar-besar pun nak manja lagi ngan kak long.....pegi darrrr! ” Kata

Tengku Helina sambil memerhatikan wajah adiknya yang lama dia tidak jumpa.

Tengku Uzair kau masih macam dulu tapi aku jeles tul la dengan kau ni apasal kau ade mata yang coklat. Hehehe, kalau dengar kat die nie mesti kembang setalam!

“Uzair kak long pergi sana bukan suka- suka sayang kak long kene uruskan syarikat yang ayah yang ayah tinggalkan tu.” Kata Tengku Helina serentak memeluk Tengku Uzair.

Aik, tadi marah- marah ni apasal boleh bertukar jadi drama melayu nih? Tak paham betul aku dengan orang perempuan nih.

Tengku Uzair membalas pelukan kakaknya.” Kak long?” Tengku Helina melepaskan pelukannya apabila Tengku Uzair bersuara memanggil dia.

“ye, kenape?” Tanya Tengku Helina kembali dengan mengangkatsedikit kening sebelah kirinya itu.

“Uzair nak singgah hospital jap nak hantar barang kawan yang pengsan tadi.” Kata Tengku Uzair sambil menunjukkan sebuah bagasi dan sebuah tas tangan wanita berwarna coklat air kedua- dua belah tangannya.

“Tadi awal-awal nape aku tak perasan pun ade bagasi len. Adik aku ni buat magik ker? Tak pe ar ikut je die lagipun barang yang lagi satu tuh beg tangan mesti perempuan punya kan...kan...kan...tak kan la laki kot mana tau boleh buat kawan ke.” Teka Tengku Helina dalam hatinya.

“Ok.” Kata Tengku Helina sambil meneruskan perjalanannya untuk ke parking kereta tanpa banyak bertanya.

“Aik ok je?” Tengku Uzair berlari anak ke arah kakaknya kerana dia sudah ketinggalan di belakang sambil menarik bagasi Putri.

Tengku Helina terus berjalan tanpa mempedulikan pertanyaan Tengku Uzair.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella