Nama Pena : Iman Lily
Shafiqah Izreen
menonong laju menuju ke wad yang menempatkan sahabatnya, Iznani atau
dipanggilnya Nani selepas dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas di wad
kecemasan dan trauma. Tanpa sedar, dia terlanggar seseorang ketika keluar dari
lif tadi namun , dia tidak sempat minta
maaf sebab terlalu bimbang akan keadaan Nani yang pengsan ketika dibawa ke
hospitalnya tadi. Tidak kisahlah orang yang dilanggarnya tadi kata dia tak ada
sivik yang penting sekarang ni Nani!
“Nani, macam
mana sekarang dah okay sikit ke?”
Tanya Shafiqah kepada Iznani yang terbaring atas katil hospital kerajaan di
bandar Johor Bahru itu.
“ Dah okay sikitlah daripada tadi. Doktor
cakap aku kena apendiks, sebab itulah
aku sakit perut kat bahagian kanan teruk gila. Aku dehydration juga sebab banyak muntah dengan cirit-birit semalam.”
Jawab Iznani panjang lebar dengan suara yang begitu perlahan kerana begitu
lemah.
Sebenarnya sudah
dua hari Nani sakit perut yang teramat. Apabila Shafiqah membawanya ke klinik
sawasta hari itu, doktor di klinik itu
bagi tahu yang Nani hanya kena gastrik dan ada ulser sikit. Sememangnya Nani
memang mempunyai gastrik, namun tidak disangka pagi tadi ketika dia menjenguk
Nani dalam bilik ketika dia mahu pergi kerja, dia menemui Nani yang badannya terbujur kaku
di lantai berhadapan bilik air. Terus dia meminta pertolongan teman serumah
mereka Yaya dan Zaza untuk mengangkat Nani ke kereta dan dibawa ke hospital.
Yaya dan Zaza atau ada urusan penting
pagi ini jadi mereka terpaksa meninggalkan Shafiqah Izreen menemani dan
menguruskan Nani di hospital.
Ketika Shafiqah
Izreen sedang sibuk memberi SMS kepada Yaya dan Zaza bagi memaklumkan keadaan
Nani, datang sekumpulan doktor yang
terdiri dua lelaki dan seorang perempuan menghampiri katil Nani.
“ Baru admit ya? “ Tanya doktor lelaki itu yang
wajahnya agak handsome dipandang
berpakaian formal dengan kemeja lengan panjang warna biru muda yang dilipat
lengannya hingga ke siku dan berseluar slack
hitam dan tidak menyarung jubah putih seperti dua orang doktor lagi. Yang
menampakkannya doktor, pada name tag
yang dipakainya. Dr. Adam Zafril itu namanya.
“ Ya, doktor
baru ja.” Jawab Nani lemah.
“ Dah berapa
lama sakit perut, Cik Iznani?” Tanya doktor itu lagi.
“ Dah dua hari.”
Jawab Nani lagi. Dalam hatinya, kenapalah doktor ni tanya soalan yang sama doktor kat emergency tanya tadi.Bosanlah nak jawab
banyak kali.
“ Cik ni siapa?”
Tanya doktor itu kepada Shafiqah Izreen.
“ Saya kawan
Nani.” Jawab Shafiqah sambil mengukir senyuman nipis kepada doktor muda itu.
“ Bagi saya
periksa Cik Nani ya dulu.” ujar doktor itu kepada Shafiqah seperti meminta izin
daripada Shafiqah untuk memeriksa Nani.
“ Baiklah,
doktor.” Jawab Shafiqah sambil bangun dari kerusi untuk beralih bagi memberi
peluang kepada doktor yang bernama Adam Zafril itu.
“ Cik Iznani
punya apendiks belum pecah lagi tapi
kalau tak dibedah segera nanti banyak pula komplikasinya. “ Terang doktor muda
itu panjang lebar. Kemudian, seorang lagi doctor lelaki sibuk menulis sesuatu
di fail yang terdapat di meja itu. Kelihatan mereka berbincang sesama sendiri
dalam bahasa Inggeris.
“ Jadi bila
kawan saya boleh operate ,doktor? “
celah Shafiqah.
“ Seberapa
segera. Kita tunggu sahaja dewan bedah panggil.” jawab Dr. Adam Zafril tenang.
“ Harap Cik
Iznani bersabar menunggu.” ujar Dr. Adam Zafril sebelum berlalu ke katil
sebelah.
“ Nani, kau dah
bagi tahu mak kau, kau masuk wad?” tanya Shafiqah Izreen kepada Iznani.
“ Aku tak nak
mak aku risau, lagi pun mak dengan abah aku tak ada sini. Pergi London tengok
Izara, adik manja aku tu. “ jawab Iznani lemah sahaja.
“Oklah, kalau
kau dah cakap macam tu. Hmmm.. Nani, aku minta maaf ya sebab hantar kau kat
hospital kerajaan ja, aku tahu kau
mampu pergi private tapi hospital ni
ja yang ada dalam kepala otak aku tadi.” Ujar Shafiqah Izreen panjang lebar
dengan wajah yang kelihatan agak bersalah.
“ Eh, kenapa kau
cakap macam tu? Aku tak kisahlah Iqa. Lagi pun buat apa nak habiskan duit kat
swasta kalau ada yang lebih menjimatkan.. he he he. “ ujar Iznani dengan ketawa
kecil bagi menghilangkan rasa bersalah sahabatnya itu.
“ Aku bersyukur
kau, Yaya dan Zaza ambil berat sangat dengan aku.” tambah Iznani lagi sambil
memegang erat tangan Shafiqah Izreen.
“ Mestilah
kitakan teman serumah aka sahabat!” ujar Shafiqah Izreen dengan wajah yang
ceria.
Sebenarnya,
dalam diam Dr. Adam Zafril mendengar perbualan dua teman itu.
***
Adam Zafril
kelihatan sedang mengingati sesuatu
dengan wajah yang berkerut umpama berfikir sesuatu yang serius sahaja. Kotak
memorinya menyelongkar di mana raut
wajah itu pernah dilihatnya sebelum ini.
Pertama kali dia
terlihat gadis itu ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam lif dan badannya
terasa seperti dilanggar seseorang dan dia sempat melihat gadis yang melanggarnya
itu hanya berlalu tanpa meminta maaf.
Ketika dia
menerima satu kes baru apendiks, dia terkejut kerana terserempak lagi dengan
gadis itu dan terus mindanya berfikir di manakah wajah gadis itu pernah
dilihatnya sebelum ini. Seakan pernah bersua namun tidak pernah berbicara.
***
Shafiqah Izreen
membantu Iznani baring ke katil setelah menemankan Iznani ke tandas sebentar
tadi. Alhamdulilah Iznani telah selamat dibedah. Mujur pembedahan itu mampu
berjalan lancar meski pun, apendiks Iznani hampir pecah. Shafiqah Izreen
bersyukur sangat kerana sahabatnya selamat.
“ Nani, kau nak
makan tak? Kalau nak aku belikan? “ tanya Shafiqah Izreen kepada Iznani yang
baru meletakkan kepalanya ke bantal.
“ Boleh juga,
lagi pun bubur yang hospital sedia tadi aku tak lalulah nak makan. Kau belikan
aku Mee Hoon Sup ya.” jawab Iznani lembut sambil membetulkan tudung dikepalanya
itu.
“ Ok, aku pergi
beli ya. Kalau apa-apa kau call aku
ea,” ujar Shafiqah sambil berlalu meninggalkan katil sahabatnya itu.
“ Adik, bagi
akak Mee Hoon Sup satu dan Nasi Goreng Daging Merah satu.” ujar Shafiqah Izreen
kepada gadis berusia hujung belasan tahun itu.
Shafiqah Izreen
menghayun langkahnya ke meja yang terdapat di kafe itu.
Adam Zafril yang
sedang menunggu pesanan minumannya terpandang gadis yang menjadi mainan di
kotak memorinya ketika ini. Sejurus minuman yang dimintanya siap, dia terus
menuju ke meja yang dipilih gadis itu yang ketahui namanya sebagai Iqa. Itu pun
ketika dia ‘mencuri’ dengar perbualan pesakitnya dan gadis itu semalam.
“ Hai, tunggu order ke?’’ tegur Adam Zafril sambil
melabuhkan punggungnya atas kerusi tanpa disuruh oleh Shafiqah Izreen.
“ Ya, doktor
seorang ja ke?” ujar Shafiqah Izreen
sambil menutup majalah Mingguan Wanita yang dibelinya tadi. Apahal pulak doctor
ni mesra semacam tegur aku, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.
“ Yup. Nak makan
tapi tak ada member.” Jawab Adam
Zafril sambil menyedut Milo Ais yang dipesannya tadi.
Entah macam
mana, Shafiqah dengan selambanya berkata,
“ Kalau doktor nak,
saya boleh temankan doktor makan sekejap sementara tunggu order saya tu siap.” Isshhh...kenapa gatal sangat mulut aku ni offer diri nak teman dia makan sekarang, ngomel Shafiqah
Izreen dalam hati dengan wajah yang cuba dimaniskan. Nampak sangat tak ikhlas
aku ni, bisik Shafiqah Izreen dalam hati lagi.
Adam Zafril
bagai orang yang mengantuk dioffer
bantal terus melangkah untuk memesan sesuatu untuk dimakan tanpa memberi kata
setuju kepada Shafiqah Izreen.
Dari jauh Shafiqah
Izreen hanya memerhati doktor muda. Dia sedang menganalisis fizikal doktor itu
dari jauh. Lelaki ini memiliki ketinggian lebih kurang 170 cm, berkulit cerah,
wajahnya memang seratus peratus Melayu tulen tak ada darah lain yang bercampur
dalam dirinya, dan rambutnya yang disisir rapi menyerlahkan lagi ketampanan
yang sedia wujud di wajahnya.
Dari jauh juga,
Adam Zafril tahu gadis itu sedang memandangnya bagai orang dikehendaki pihak
berkuasa!
Ketika Adam
Zafril melangkah semula dengan sepinggan nasi dan lauk pauk, Shafiqah Izreen
cepat-cepat membelek telefon bimbitnya seolah-olah sedang menanti panggilan
daripada seseorang, mungkin teman lelakinya. Entah mengapa ada sedikit rasa
berbeza dihati Adam Zafril apabila menafsir perkara itu.
“ Nama awak
apa?” tanya Adam Zafril kepada Shafiqah Izreen yang sedang membaca majalah
Mingguan Wanita itu sambil menyuapkan nasi putih yang berlaukkan asam pedas
ayam dan sayur kobis goreng sahaja.
“ Shafiqah
Izreen.” Jawab dia pendek dengan mata yang masih ditumpukan pada bacaan
sedangkan dia langsung tidak fokus apa yang dibaca. Macam mana nak fokus kalau
dihadapannya kini seorang doktor lelaki yang mampu menggugat iman seorang
wanita.
“ Awak satu
kerja dengan Iznani ke?” tanya Adam Zafril lagi ingin tahu lebih lanjut tentang
gadis yang berada di hadapannya kini. Sempat ditelek wajah itu, yang berbentuk
bujur sirih, berkulit cerah, bermata sedikit sepet dan disempurnakan dengan
seulas bibir yang mungil. Tudung sarung bercorak abstrak dikepalanya
menambahkan lagi kecantikannya.
Perrrghhh..doktor
ni soal aku macam aku ni patient dia ja, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.
“ Satu tempat
kerja ja tapi kerjanya tak sama, dia lawyer
saya ni kerani cabuk ja, doktor.” jawab Shafiqah Izreen tenang dan
merendah diri. Sempat dia melihat lauk
yang diambil doctor itu. Simplenya, kalau akulah mesti ada sambal belacan,
ulamlah, biasalah doctor mesti jaga makan ya tak, ngomel Shafiqah Izreen dalam
hati.
Adam Zafril ketawa
mendengar jawapan si gadis. Hatinya rasa geli hati mendengar ‘’term’’ yang digunakan oleh Shafiqah
Izrreen. Shafiqah Izreen pelik melihat respon Adam Zafril, aku buat lawak ke,
ngomel Shafiqah Izreen dalam hati lagi.
‘’ Mana awak
dapat istilah ‘kerani cabuk’ tu? Tak patut betul istilah itu diguna pakai. Kerani pun pekerjaan juga,” balas
Adam Zafril .
“ Term tu dah wujud lama dah pun doktor,
saya rasa tak ada masalah pun dengan term
tu.” ujar Shafiqah Izreen sambil menutup majalah yang dibacanya tadi.
Tiba-tiba datang gadis yang mengambil pesanannya tadi menghantar makanan yang
sudah siap dimasak.
“ Ok, tapi saya
kerja apa pun sama, tujuannya menyumbang sesuatu kepada masyarakat.” ujar Adam
Zafril tenang.
Adam Zafril
menghabiskan minumannya sambil memeriksa mesej-mesej di telefon bimbitnya yang
berjenama Apple itu.
“ Oklah doktor,
saya minta diri dulu. Takut Nani dah lama menunggu.” ujar Shafiqah Izreen
kemudian bangun daripada kerusi yang didudukinya tadi dan mengambil palstik
yang berisi makanannya dan Nani.
“ Oklah kita
jalan sama-sama,” balas Adam Zafril sambil berdiri untuk menyaingi Shafiqah
Izreen.
Doktor ni nak
jalan sama-sama dengan aku, biar betul bisik Shafiqah Izreen dalam hati dengan
wajah yang cuba dibiasakan.
***
Mereka berdua
pun jalan beriringan menuju ke wad yang menempatkan Iznani. Sepanjang
perjalanan itu, ada juga beberapa rakan Adam Zafril yang menegur dan mereka hanya
tersenyum penuh tersirat.
Iznani terkejut melihat Shafiqah Izreen
berjalan beriringan dengan Adam Zafril masuk ke dalam wad.
“ Patutlah lama,
rupanya pergi dating,” ujar Iznani
kepada Shafiqah Izreen yang sedang menyediakan makanan yang dipesannya tadi di
atas meja khas itu diiringi senyuman penuh makna.
“ Mana ada, aku
cuma teman dia makan ja tadi itu pun sebab mulut aku yang gatal ni offer diri
teman dia makan,” ujar Shafiqah Izreen sambil meletakkan jari telunjuknya di
mulutnya.
“ Alah, tak
apalah mana tahu boleh jadi suami nanti,” balas Iznani selamba sambil
menyuapkan Mee Hoon Sup ke mulutnya menggunakan sudu.
“ Banyak kau
punya suami, jauh panggang daripada api.” balas Shafiqah dengan muka yang tidak
puas hati diusik begitu.
“ Kau ingat ni
zaman Mak Dara ke, nak kahwin kerjanya kena sama taraf. Sekarang ni zaman dah
moden okay, jodoh tak kira profesion
yang penting chemistry.” bidas Iznani
sebelum meminum air yang disediakan Shafiqah
Izreen tadi.
“ Okay, sekarang aku tak terlibat dengan
jodoh macam ni ya. Cepatlah makan, nanti sejuk pulak dah tak sedap makan.”
balas Shafiqah Izreen sambil tangannya ligat mengemas barang-barang Iznani
kerana petang nanti sahabatnya itu akan discaj.
“ Kau tak makan
ke?” tanya Iznani sambil memerhatikan Shafiqah Izreen yang memasukkan pakaian
kotor ke dalam beg.
“ Tak. Belum
lapar lagi. Kau makan dulu,” balas Shafiqah Izreen tanpa memandang wajah
Iznani.
“ Ke kau dah
kenyang tengok doktor handsome tu
makan tadi? He he he.” ujar Iznani sambil ketawa mengekek.
“ Tak ada
maknanya kenyang tengok orang makan Cik Nani.” balas Shafiqah Izreen dengan
memandang tepat ke muka Iznani.
***
Sudah lebih
seminggu Iznani discaj dari wad. Selama itulah Shafiqah Izreen menjaga Iznani, sanggup
dia mengambil cuti lama untuk menjaga Iznani yang baru sahaja mengalami proses
pembedahan. Segala makan dan minumnya Shafiqah Izreen yang sediakan bagi
memastikan proses penyembuhan luka pembedahan sempurna dan cepat, pantang
larang orang tua turut dipraktikkan walau zaman dah moden.
Yaya dan Zaza
sibuk dengan tugas masing-masing sebagai Eksekutif Akaun dan Pegawai Pemasaran
menyukarkan mereka untuk mengambil cuti lama.
Shafiqah Izreen
dan Iznani sedang berehat di depan televisyen LCD di ruang tamu rumah sewa
milik mereka berempat dengan melayan Sinetron Putri Yang Ditukar. Tiba-tiba
telefon bimbit Shafiqah Izreen yang berjenama Nokia itu berbunyi menandakan ada
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima. Shafiqah Izreen terkejut melihat
nombor pengirim yang asing baginya.
0126466779
Hi,
sihat ke?
Siapa pula yang
ni yang tanya aku sihat ke tak ni, dahlah tak bagi tahu dia tu siapa, ngomel
Shafiqah Izreen sendiri.
“ Wei, mak cik apahal kau membebel sorang-sorang?” tanya Iznani yang berada
di sofa hujung sana kepada temannya itu sambil matanya yang jelas fokus kepada
babak yang berlangsung dalam sinetron itu.
“ Ni ha, siapa
entah hantar SMS tanya aku sihat ke tak, pelik betul,” balas Shafiqah Izreen
dengan muka yang ‘kepelikan teramat’.
“ Tanyalah siapa
orangnya,” balas Iznani.
“ Nak tanyalah
ni,”
Terkejut
‘cipanzi’ Shafiqah Izreen melihat balasan SMS itu,
0126466779
Saya
Adam Zafril, doctor yang merawat kawan awak hari tu.
Shafiqah Izreen
pelik macam mana Dr. Adam Zafril mempunyai nombor telefon bimbitnya yang
sememangnya private baginya. Namun
tidak sempat dia membalas apa-apa tiba-tiba si pengirim SMS dah telefon dulu.
Kalut dibuatnya Shafiqah Izreen.
Shafiqah Izreen keihatan ragu-ragu untuk menjawab panggilan
tersebut namun, dijawabnya juga dengan nada yang cuba dibiasakan walhal jantung
berdenyut laju!
“ Hello,
assalamualaikum.” ucap Shafiqah Izreen lembut menjawab panggilan itu.
“
Waalaikumusssalam,Shafiqah malam ni saya nak ajak awak dinner dengan saya dekat Restoran Remaja dekat Bandar Baru Uda pukul 8.30. Saya tunngu awak kat sana. Ok, saya ada kes kat OT ni. Malam nanti kita jumpa.” jawab
Adam Zafril panjang lebar.
“ Choop! Ada
saya kata saya setuju nak keluar dinner
dengan doktor?” balas Shafiqah Izreen menguji.
“ Kenapa tak
boleh? Awak ada suami,anak yang perlu dijaga?” ujar Adam Zafril selamba.
Terdiam tak
terkata Shafiqah Izreen dibuatnya.
Adam Zafril
terus bersuara apabila Shafiqah Izreen terdiam di talian.
“ Okay fine, diam tandanya setuju, kita
jumpa malam ni. Saya nak cepat ni ada patient
yang menunggu saya.Okay, bye.
Assalamualaikum.” ucap Adam Zafril terus mematikan talian.
***
Shafiqah Izreen
termanggu seketika selepas Adam Zafril menamatkan perbualan mereka tadi.
Otaknya ligat memikirkan macam mana nombor telefon bimbitnya dimiliki oleh
lelaki itu. Lantas, Iznani yang sedang lena di sofa panjang dikejutnya
serta-merta.
“ Nani oh Nani, bangunlah!”
kejut Shafiqah Izreen sambil menggoyang-goyangkan badan Iznani.
“Nak apa? Aku
ngantuklah.” jawab Iznani lemah.
“ Kau bagi number phone aku kat doktor tu ea?” tanya
Shafiqah Izreen dengan muka yang penuh curiga.
“ Ya.” Pendek
sahaja jawapan Iznani dengan mata yang masih terpejam dan tanpa ada riak
bersalah.
“ Kenapa kau
bagi? Bila masa dia mintak?
“ Masa tu kau
pergi tolietlah. Dia cakap dia lupa
nak minta nombor kau jadi mintak dengan
aku. Iqa, doktor tu baiklah, aku nampak keikhlasan dalam diri dia. Apa salahnya
kenal-kenal, mana tahu boleh buat suami. He he he.” jawab Iznani panjang lebar
sambil duduk menghadap Shafiqah Izreen yang mencuka menahan geram.
“ Suka hati kau
ya. Doktor tu nak buat suami aku? Tak ada maknanya okay!” ujar Shafiqah Izreen masih dengan raut wajah yang sama.
“ Alah,
janganlah marah aku. Aku sayang kau ‘ketat-ketat’ janganlah marah aku.” ujar
Iznani memujuk Shafiqah Izreen dengan gaya yang sengaja dimanjakan.
‘’ Buat salah
baru cakap sayang bagai,” ucap Shafiqah Izreen.
“ Aku memang
sayangkan kau, Yaya and Zaza! Eh, doktor tu nak apa? Dia ajak kau keluar ya?’’ tanya
Iznani teruja.
“ A’ah. Malam ni
kat Restoran Remaja. Suka hati dia ja nak paksa-paksa orang, sekeh baru tahu,” jawab
Shafiqah Izreen dengan muka yang geram.
“ Alah pergi jelah, mana tau dia nak lamar kau jadi wife dia ke,he he he,” ujar Iznani
mengusik temannya itu.
“ Wak lu...tak kenal nak jadi bini,” pintas Shafiqah Izreen.
“ Tak kenallah
nak bagi kenal, Iqa.” giat Iznani.
‘’Kau jangan nak merepek bukan-bukan ya, ikut
aku malam ni sebagai hukuman!” ujar Shafiqah Izreen dengan nada yang sedikit tegas
yang disengajakan.
“ Buat apa aku
kena ikut, buat kacau daun ja,” jawab Iznani pelik.
“Itu hukuman
yang dijatuhkan Cik Shafiqah Izreen kepada Tuan Lawyer Iznani Iskandar atas
kesalahan sengaja memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.
Titik!” ujar Shafiqah Izreen tegas
sambil berlalu ke dapur.
***
Seperti yang
dijanjikan Shafiqah Izreen memenuhi janji mereka, eh bukan, janji Adam Zafril
sebenarnya. Kalau ikutkan dia tak kuasa dia nak melayan tapi disebabkan
menghormati pelawaan orang, dia terima dan Iznani diheretnya sama.
Malam itu dia
berpakaian ringkas sahaja, t-shirt lengan panjang berjenama Nike, jeans hitam
dan tudung sarung bercorak abstrak yang senada dengan t-shirtnya itu. Sapuan
bedak asas, lip balm dan blusher menyerlahkan lagi kecantikan
semulajadi yang dimiliknya.
Di sebuah meja
yang berdekatan televisyen menjadi pilihan Adam Zafril. Dia tidak terkejut
melihat Shafiqah Izreen datang bersama Iznani teman serumahnya.
“
Assalamualaikum, doktor. Lama ke tunggu?” ucap Shafiqah Izreen kepada Adam
Zafril yang ringkas dengan t-shirt merah hati yang terpapar logo Ferari sambil
melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan Adam Zafril.
“
Waalaikumussalam, baru ja sampai.” Jawab Adam Zafril tersenyum manis buat sambil
memandang jam tangannya yang berjenama Polo itu.
Shafiqah Izreen
melabuhkan punggungnya diiringi Iznani yang duduk di sebelahnya. Tiba-tiba mereka ditegur oleh
seseorang.
“ Hai, sayang! You tak cakap pun nak makan kat sini?” Hafiz, tunang Iznani menegur
mereka. Hafiz ditemani dua lagi temannya. Dia sempat menghulurkan tangan untuk
berjabat dengan Adam Zafril dan tersenyum manis buat Shafiqah Izreen yang cukup
dikenalinya.
“ Hai, sayang!
Iqa yang ajak teman dia datang sini. You
baru nak makan ke? “ ujar Iznani mesra.
“ Yup. You nak join I ke?” tanya Hafiz
pula.
“ Boleh juga, I pun tak nak kacau daun ni.” jawab
Iznani riang disertakan senyuman manis buat Shafiqah Izreen dan bangun dari tempat duduknya.
“ Iqa, aku makan
dengan Hafiz ea, nanti aku balik dengan dia.” ujar Iznani kepada Shafiqah
Izreen yang kelihatan resah wajahnya. Shafiqah Izreen hanya diam dan tersenyum
manis buat Iznani dan Hafiz yang berlalu meninggalkannya dan Adam Zafril
berdua.
“ Itu Hafiz,
tunang Nani.” ujar Shafiqah Izreen kepada Adam Zafril yang masih memandang
pasangan sejoli itu.
“ Oh, ya ke.
Lama ke dia orang dah bertunang?” tanya Adam Zafril pula sambil memandang wajah
gadis yang berada di depannya kini.
“ Baru sebulan.
Tahun depan kahwinlah kalau tak ada aral melintang.” jawab Shafiqah Izreen
tenang.
“ Ok. Hmmm..awak
nak makan apa?” tanya Adam Zafril sambil melihat menu yang diberikan oleh
pelayan restoran itu tadi.
“ Ikut doktorlah
saya tak kisah.” jawab Shafiqah Izreen selamba. Sebenarnya dia geram dengan
Iznani yang meninggalkan dia berdua dengan doktor muda itu.
Datang seorang
pelayan mengambil pesanan mereka. Adam Zafril memesan dua gelas Fresh Orange,
Nasi putih, Ikan Siakap Tiga Rasa, dan Tom Yam Campur.
“Kenapa
doktor mintak number phone saya
daripada Nani?” tanya Shafiqah Izreen kepada Adam Zafril setelah pelayan itu
berlalu.
“Saja.” Jawab Adam Zafril pendek.
Saja dia boleh kata, aku rasa macam nak sekeh ja kepala dia sekarang ni, ngomel
Shafiqah Izreen dalam hati.
“ Izreen, umur
awak berapa?” tanya Adam Zafril.
Shafiqah Izreen
terkejut kerana nama Izreen begitu mesra dibibir doktor handsome itu.
“ 22. Kenapa
panggil saya Izreen?”
“ Muda lagi.
Kenapa tak boleh?” tanya Adam Zafril kembali.
Dia ni nak makan kasut agaknya, aku tanya,
dia tanya soalan pulak, bebel
Shafiqah Izreen dalam hati.
“ Bukan tak
boleh tapi macam pelik pulak, sebab
tak ada orang panggil saya nama tu.” jawab Shafiqah Izreen dengan menopang
dagu, selamba tak cover ayu langsung!
“ Okay, kalau macam tu, biar saya
satu-satunya manusia yang panggil awak Izreen.” ujar Adam Zafril dengan
menopang dagu juga!
Terkesima
seketika Shafiqah Izreen dengan aksi selamba
Adam Zafril, manakan tidak mata mereka saling tepat memandang. Jantung berdegup
laju dan muka pastinya blushing gila!
Serta-merta
posisi Shafiqah Izreen berubah posisi dengan duduk tegak seperti biasa. Gaya
selamba cuba dilakukan namun, kelihatan kaku. Adam Zafril hanya tersenyum nakal
melihat aksi gadis manis dihadapannya ini.
“ Kenapa doktor
ajak saya dinner malam ni?” tanya
Shafiqah Izreen bersahaja.
“ Saja.” jawab Adam Zafril pendek, jawapan
sama yang diberi dengan soalan pertama tadi.
Nampaknya ada
orang nak makan kasut aku agaknya malam ni, ngomel Shafiqah Izreen dalam hati
lagi kerana geram jawapan yang diberi tak kukuh langsung!
Tiba
dua orang pelayan menghantar pesanan mereka. Adam Zafril membaca doa makan dan
Shafiqah Izreen hanya mengaminkan sahaja.
“
Jomlah makan. Lepas ni saya nak tanya banyak perkara dengan awak.” ujar Adam
Zafril bersahaja.
Mereka
berdua pun menikmati makan malam itu dengan penuh selera tanpa diselangi
perbualan langsung. Hanya suara pelakon-pelakon drama bersiri Vanilla Coklat
yang kedengaran yang sedang ditayang.
“Ralit
awak tengok drama tu, follow ke?”
tanya Adam Zafril apabila melihat mata Shafiqah Izreen yang begitu ralit
melihat lakonan Izara Aishah.
“
Tak adalah follow sangat,
kadang-kadang ja tengok.” tanya
Shafiqah Izreen dengan matanya yang memandang wajah Adam Zafril yang sedang
menikmati Tom Yam Campur.
“
Izara Aishah ni pelakon barukan?’ tanya Adam Zafril sambil menyedut Fresh
Orange yang menyegarkan itu.
“
A’ah.. tapi tak adalah baru sangat, sebenarnya dia dah banyak berlakon cuma
baru sekarang popular. Doktor kenal juga artis ya, saya ingat jadi doktor ni
hiburan terus entah ke mana,” ujar Shafiqah Izreen sambil menyuapkan nasi
berlaukan Ikan Siakap Tiga Rasa dan bersupkan kuah Tom Yam itu.
“
Apa awak ingat doktor-doktor ni nerd
sangat ke? Kami pun nak tengok entertainment
juga sekali-sekala, at least dapat
release tension,” jawab Adam Zafril
sambil mengelap mulutnya yang sedikit comot dengan tisu.
“
Tak adalah doktor, saya tengok kerja sebagai seorang doktor ni umpama dah tak
tengok dunia luar, oncall sentiasa,”
tutur Shafiqah Izreen lembut.
“
Tak jugak, Izreen. Masa untuk berhibur dengan keluarga dan kawan-kawan ada saja
kalau saya pandai ‘curi’ masa tu. Tapi inilah pengorbanan yang perlu dibuat
oleh seseorang bila dia memilih doktor sebagai kerjaya, sebab patient is our priority.” jawab Adam
Zafril panjang lebar.
“
Sebab itulah orang kata, kerjaya sebagai doktor ni mulia.” tutur Shafiqah
Izreen lembut sambil mengelap mulutnya dengan tisu tanda selesai menyudahkan
makan malamnya bersama doktor muda yang berusia 28 tahun itu.
“
Alhamdulilah kalau orang cakap macam tu, maknanya masyarakat menghargai kerja
doktor.” ujar Adam Zafril dengan menghadiahkan senyuman manis buat gadis yang
berjaya mencuri hatinya selepas setahun kematian
tunang tersayang akibat penyakit SLE yang dihidapinya.
“
Okaylah doktor, saya pun dah habis
makan. Saya minta diri dulu ya. Lagi pun esok saya dah mula kerja. Doktor pun
mesti dah penatkan. Terima kasih sebab belanja saya makan malam ni.” ujar
Shafiqah Izreen lembut sambil mengeluarkan kunci keretanya daripada beg
tangannya itu.
“
Ada saya kata awak dah boleh balik?” tanya Adam Zafril selamba badak dengan
mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan sebelum menyedut Fresh Orange
hingga habis.
“
Tak ada, tapi saya nak balik juga,” jawab Shafiqah Izreen berani.
“
Nanti dulu, awak jangan nak lari daripada saya.” balas Adam Zafril sambil mengeluarkan duit daripada dompetnya dan
menuju ke kaunter bayaran.
Shafiqah
Izreen hanya diam sahaja tanpa membalas apa-apa dan menyibukkan diri dengan
membelek telefon bimbitnya itu.
“
Jom kita pergi tempat lain untuk berbual.” ucap Adam Zafril sejurus kembali
daripada membuat pembayaran.
“Kat
sini tak boleh berbual ke doktor?’’ tanya Shafiqah Izreen yang sememangnya
sudah berdiri.
“
Ikut ja lah jangan banyak tanya boleh,” jawab Adam Zafril dengan jawapan yang
menyakitkan hati.
Shafiqah
Izreen sudah membuat muka menyampah dan mencebirkan bibirnya. Entah macam mana
dia boleh bersahaja dengan lelaki ini sedangkan ini merupakan kali pertama dia
keluar makan dengan seorang lelaki!
Mereka
berdua memang pelik, sebab tadi boleh berbual mesra tapi sekarang berubah pula
intonasi suara masing-masing.
Shafiqah
Izreen hanya membuntuti langkah lelaki itu keluar dari restoran yang cukup
dikenali penduduk Johor Bahru itu. Dia menuju ke Proton Saga BML kepunyaannya
yang di parkir di tepi jalan itu
manakala, Adam Zafril menuju ke kereta Mitsubishi Lancer miliknya yang diparkir
di hadapan keretanya.
“
Awak follow saya,” ujar lelaki itu
sebelum memuatkan tubuhnya ke dalam keretanya.
Shafiqah
Izreen tidak menjawab sepatah pun. Dia menghidupkan enjin keretanya dan
mengikut arah tujuan destinasi lelaki itu.
***
Menghadap laut dan kapal-kapal di Danga Bay
menjadi pilihan Adam Zafril. Suasana sepi antara mereka yang kedengaran hanya deruan angin malam. Masing-masing hanya
memandang ke arah laut.
“
Saya tak tahu apa niat doktor terhadap saya sekarang ni.” ujar Shafiqah Izreen
memecah suasana sepi antara mereka.
“
Please don’t call me, doctor. I’m not
your doctor but I’m Adam Zafril.” Jawab Adam Zafril sambil memandang wajah
Shafiqah Izreen disebelahnya yang sedikit rendah dengan ketinggian 163 cm.
“
Niat saya terhadap awak, baik , so
awak jangan risau.” tanya Adam Zafril pula.
“Ya
ke? Boleh percaya ke ni?Kalau tak panggil doktor nak panggil apa?” tanya
Shafiqah Izreen ingin tahu.
“
Boleh percaya, jangan risau, Izreen. Panggil ja nama saya, tapi kalau nak lagi
mesra panggil ja abang, kan mudah.” usik Adam Zafril.
“
Abang? Tolonglah tak payah nak berabang-abang sangatlah lagi pun doktor bukan
abang saya lagikan pula sepupu saya.”
Jawab Shafiqah Izreen selamba dengan muka bersahaja.
“
Saya lagi tua daripada awak, “ pintas Adam Zafril.
“
Okay, Zafril.” ujar Shafiqah Izreen
sambil memusingkan badannya menghadap Adam Zafril.
Ketawa
kecil Adam Zafril melihat respons serta-merta gadis disebelahnya.
“
Mak awak apa khabar? Dah sihat sepenuhnya?” tanya Adam Zafril bagi memecah
kesunyian yang melanda mereka buat seketika.
“
Mak saya sihat alhamdulilah. Sihat sepenuhnya? Maksudnya awak tahu mak saya
pernah sakit sebelum ni?” tanya Shafiqah Izreen penuh tanda tanya dengan
panggilan ‘awak’ yang mesra dibibirnya
“
Saya one of the houseman yang pernah incharge mak awak dulu? Awak tak ingat
ke muka saya, Izreen?” jawab Adam Zafril lembut dengan riak menguji ingatan
Shafiqah Izreen.
“
Ya ke? Maaflah saya dah lupalah Zafril, banyak houseman yang incharge
mak saya dulu, jadi mana nak ingat. Macam mana awak boleh ingat saya ni?” ujar Shafiqah Izreen
lembut dengan mengukir senyuman manis buat Adam Zafril.
“
Mak awak ditahan di wad lebih kurang dua bulan dan awaklah yang jaga mak awak
siang dan malam tanpa jemu, mustahillah saya tak ingat muka awak,Izreen,” jawab
Adam Zafril panjang lebar dengan matanya melihat kapal-kapal yang berada di
situ.
Dua
tahun lepas ibunya, Puan Sabariah disahkan menghidap kanser usus tahap 4 dan
menjalani pembedahan di hospital akibat komplikasi dengan paru-parunya dan luka
pembedahan ibunya ditahan dekat dua bulan di wad dan selama tempoh itulah dia
dan kakaknya bergilir-gilir menjaga ibunya namun, selepas kakaknya menyambut semesternya
dialah yang menjaga ibunya siang dan malam dan wad itu bagaikan rumah kedua
buatnya. Dunianya ketika itu hanya ibunya.
“
Kira famous jugak muka saya ni,. He
he he.” Ujar Shafiqah Izreen diiringi ketawa kecil.
“Mahu
tak famous, awak dengan Staff Nurse
saya tengok macam kawan ja. Macam mana mak awak sekarang, Izreen?” tanya Adam
Zafril sambil mereka berdua melabuhkan punggung atas kerusi yang diletakkan di
situ diiringi ketawa kecil.
“
Mak saya sihat alhamdulilah. Saya pun macam tak percaya Zafril, mak saya masih
dipanjangkan umurnya sehingga hari ini. Bayangkanlah mak saya disahkan kanser
tahap 4 dan selalunya agak mustahil nak pulih tapi kuasa Allah mengatasi
segala-segalanya, doktor.” Jawab Shafiqah Izreen ceria dan keilhatan bersahaja
bagaikan sudah kenal lama dengan doktor muda tanpa rasa canggung.
Ketawa kecil dia
mendengar apa yang diperkatakan oleh Adam Zafril. Memang sepanjang dia
“menghuni” wad pembedahan itu hampir dua bulan siang dan malam, jururawat yang
bertugas di wad itu sudah mengenalinya dan mereka boleh bergaul mesra
dengannya.
Terpaku
Adam Zafril melihat gadis dihadapannya ini yang tidak sombong berbicara
walaupun pada mulanya gadis itu seperti tidak menyenangi caranya.
“
Itulah namanya kuasa Allah, Izreen. Setinggi-tinggi mana pun ilmu doktor tak
akan menandingi kuasa Allah. Kirim salam saya buat mak awak nanti.” balas Adam
Zafril lembut.
“InsyaALLAH,
Zafril.” balas Shafiqah Izreen lembut dengan mengukir senyuman manis buat Adam
Zafril.
“
Awak, saya minta diri dulu. Dah lewat dah ni lagi pun saya ni takut sikit nak drive malam-malam kat kawasan perumahan saya tu.” tambah Shafiqah Izreen lagi untuk
pulang.
“
Awak duduk mana?” tanya Adam Zafril.
“
Saya menyewa dekat Taman Perling, rumah family
dekat Skudai.” Jawab Shafiqah Izreen lembut sambil berdiri dan meletakkan beg
tangan berjenama Coach miliknya di bahu.
Mereka
berdua berjalan perlahan menuju ke kawasan parkir.
“
Kenapa tak duduk dengan family ja?”
tanya Adam Zafril lagi ingin tahu. Ketika itu mereka telah pun berada di kereta
Proton Saga FL milik Shafiqah Izreen.
‘
Kenapa doktor handsome ni banyak tanya,
nak aku jadi bini dia ke,hehe’ ngomel
Shafiqah Izreen dalam hati.
“
Saya nak berdikarilah, Zafril lagi pun nak pergi tempat kerja dekat sikit. Saya
minta diri dulu ya. Assalamualaikum.” jawab Shafiqah Izreen sambil melangkah
masuk ke tempat pemandu.
“
Baguslah kalau macm tu. Awak drive
carefully,okay. Waalaikumussalam.” jawab Adam Zafril sambil memberi ruang
Shafiqah Izreen memulakan pemanduannya.
Shafiqah
Izreen pun memakai tali pinggang kelendar dan menghidupkan enjin keretanya.
Perlahan-lahan kereta Shafiqah Izreen keluar dari kawasan parkir itu sambil
mengangkat tangan buat Adam Zafril yang masih tercegat di tempat yang sama.
***
“
Seronok pergi dating, kak?” tegur
Iznani apabila melihat Shafiqah Izreen masuk ke dalam rumah teres setingkat
sewaan mereka.
“
Seronok sangat..kau cepat pulak balik, selalunya tak pukul 12 malam tak balik
lagi dari dating dengan Hafiz,” jawab
Shafiqah Izreen sambil membuka tudung dan melabuhkan punggungnya atas sofa
berbentuk L itu.
“
Aku kan baru baik sakit, dia tak bagi aku berembun malam-malam, lagi pun esok
pagi dia ada presentation untuk
projek baru,” jawab Iznani sambil mengunyah keropok Mister Potato berperisa BBQ
itu.
“
Oh, patutlah. Hmmm...Yaya dengan Zaza mana?” tanya Shafiqah Izreen apabila
melihat hanya kereta Iznani yang berada di luar.
“
Biasalah anak dara dua orang tu, mana reti duduk rumah ada ja program berdua, shoppinglah apa lagi,” jawab Iznani.
“
Kat mana, JPO?”
“
A’ahla..eh, tadi macam mana? Okay tak
abang handsome kau tu?” tanya Iznani
dengan gaya yang sengaja dikepohkan.
‘’Kalau
dah handsome mestilah okaykan? Kau
sengaja plan dengan Hafiz tadikan?”
soal Shafiqah Izreen kepada Iznani yang sedang mencari siaran televisyen yang
menarik.
“
A’ah..” jawab Iznani dengan muka langsung tak bersalah.
“
Aku dah agak dah,” ujar Shafiqah Izreen.
“
Alah, kau janganlah marah, doktor tu baikkan?” rayu Iznani.
“
Baik, dahlah aku nak masuk tidur..penatlah,” jawab Shafiqah Izreen terus masuk
ke bilik yang berdekatan dapur itu.
Terpinga-pinga
Iznani dengan tingkah laku sahabatnya itu.
***
Dia memang istimewa, tutur katanya
bersahaja dan peramah berbicara. Adam Zafril seakan jatuh cinta lagi setelah
setahun pemergian tunang tersayang, Iffah Nadhirah menemui PENCIPTA. Mana
mungkin kisah cinta yang tersemai ketika menuntut bersama-sama di Ireland dalam
bidang perubatan yang menghampiri gerbang perkahwinan dapat dilupakan dengan
mudah. Hati Adam Zafril sudah lama tidak hinggapi perasaan sebegitu. Bukan
tidak ada rakan-rakan sekerja yang cuba mendekat malah jururawat-jururawat muda
turut mendekati apabila mengetahui dia sudah single, namun tidak pernah dilayan kerana cinta dan kasihnya masih
menebal. Tetapi hari ini, gadis bernama Shafiqah Izreen berjaya membuat jantungnya
berlagu irama cinta.
“ Apa yang kau menungkan tu, Ril?”
tegur Lutfi teman serumah Adam Zafril.
“Tak ada apalah,Fie” kalis Adam
Zafril.
“ Ya ke tak ada apa-apa? Aku rasa
kau ni jatuh cinta semula ni, kalau tak akanlah termenung sana, termenung
sini,” provok Lutfi.
“ Entahlah, Fie. Nak kata aku jatuh
cinta ke suka ja aku pun tak pasti,” akui Adam Zafril sambil
mengambil alat kawalan jauh televisyen.
“ Siapa perempuan yang malang tu?”
sakat Lutfi.
Adam Zafril melempar sebiji kusyen
kepada Lutfi dan bersuara.
“ Kurang asam kau, bertuah tau dia
dapat aku, pakej lengkap untuk jadi seorang suami dan bapa yang baik,” ujar
Adam Zafril.
“ Perrggh ayat tak boleh tahan,
angkat bakul masuk sendirilah kau ni, siapa perempuan yang bertuah sangat tu, Ril?” balas Lutfi sambil memandang Adam Zafril
yang sedang mencari rancangan menarik di televisyen diwaktu malam begini.
‘’ Dia gadis yang sangat simple, kerja kerani ja tapi dia ada ciri-ciri
yang aku nak sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak aku nanti.” Jawab Adam
Zafril sambil memandang wajah teman serumahnya itu yang duduk bertentangan
dengannya.
“ Kalau macam tu, masuk jalah meminang, jangan tunggu-tunggu
lagi. Soal kerja dia tu tak penting, lagi pun aku rasa kau ni dah lebih
daripada mampu nak tanggung your future
family, soal taraf pendidikan tak akan dibangkit kalau kau dah terima dia
seadanya.” Balas Lutfi panjang lebar.
“ Yang ni yang payah ni, aku belum kenal
family dia lagi,” ujar Adam Zafril.
“ Kalau belum kenal, pergilah
kenal-kenal, apa susah sangat ni bro?”
“ Tak susah tapi aku risau dia tak
nak terima aku, lagi pun aku ni dah pernah bertunang,” jawab Adam Zafril.
“ Okay, kau ada kenal kawan baik dia
ke?” tanya Lutfi dalam diam dia membantu Adam Zafril, teman serumah yang
merangkap sahabat baikknya itu.
“ Ada.”
“ Okay, cantik! Kau minta tolong kawan
dia tu untuk kenal family dia dan masuk meminang terus, kau risik sendiri,”
cadang Lutfi dengan muka yang beria-ia.
“ Bagus juga idea kau tu, tak sangka
aku Mechanical Engineer depan mata aku ni idea dia mantap,” balas Adam Zafril
diiringi ketawa besar dan muka yang berseri-seri.
“ See the leg lah, bro.”
Balas Lutfi bangga.
‘’ Terima kasih, Fie. Kau ni bila
pula nak masuk meminang Zara? Suruh aku masuk meminang anak dara orang, kau
sendiri belum lagi,” giat Adam Zafril.
“ Aku tengah kumpul duit lagilah
Ril, insyaALLAH kalau ada rezeki aku nak terus nikah dan kenduri tak payah
tunang-tunang, kita orang pun dah lama berkawan, aku pun risau jugak ke sana ke
mari tanpa ikatan.” Jawab Lutfi tenang.
“ Baguslah kalau macam tu, aku
sokong kau daripada belakang, okay!”
sokong Adam Zafril sambil menghampiri Lutfi dan menepuk bahu kawannya itu serta
berlalu ke biliknya.
***
“ Apa mak terima?” terkejut beruk
Shafiqah Izreen mendengar apa yang diungkap oleh ibunyanya tadi perihal
peminangan daripada lelaki yang tidak begitu dikenalinya itu.
“ Kamu juga cakap hari tu, mak kalau
ada orang masuk meminang Iqa terima ja mak, “ ujar Puan Sabariah sambil
mengajuk cara percakapan anaknya.
“ Mak ambil serius ke? Iqa main-main
ja hari tu,” tutur Shafiqah Izreen dengan muka yang serabut. Dia tidak
menyangka kata-kata gurauan ketika mereka sekeluarga bercerita pasal nikah
kahwin diambil serius oleh ibunya. Ketika itu mereka bercerita mengenai
sepupunya, Kak Farah yang bertugas sebagai jurutera menolak pinangan daripada
kawan sekerja dengan alasan tidak bersedia berkahwin sedangkan usia sudah
mencecah 28 tahun.
‘’Kamu ingat soal meminang boleh buat
main-main ke?” balas Puan Salbiah sambil tangannya ligat memasukkan bahan kisar
untuk menumis Asam Pedas Ikan Pari ke dalam periuk kaca itu.
“ Yalah Iqa tahu Iqa salah, okay
tapi mak tolonglah, Iqa tak naklah kahwin sekarang, Iqa muda lagi, lagi pun Iqa
baru ja daftar kat UTMSPACE untuk
belajar out campus, “ pujuk Shafiqah
Izreen sambil memaut lengan ibunya.
‘’ Mak tak tahu, mak dah pun terima
pinangan tu lagi pun bukan calang-calang orang masuk meminang anak mak, doktor
tau you! “ ujar Puan Salbiah dengan
gaya yang mengelikan hati sesiapa sahaja yang melihat.
“ Akak, kahwin jalah dengan doktor
tu,” sokong adik perempuan bongsunya, Aisyah yang berusia 18 tahun itu.
“ Kau jalah kahwin dengan dia, akak
tak nak,” balas Shafiqah Izreen dengan bibir terjuih.
“ Syah nak ja kak, handsome pulak tu
orangnya tapi masalahnya dia tak meminang Syah, tapi akak!” balas Aisyah sambil
menunjukkan jari telunjuknya kepada akaknya.
“ Habis tu Kak Aza yang sibuk nak
kahwin tu mak tak nak kahwinkan pulak,” ujar Shafiqah Izreen mengaitkan
kakaknya yang kedua yang berangan-angan nak kahwin tahun ni tapi kerjanya
sebagai Civil Engineer pun baru
setahun jagung.
“ Kakak kau tu lain dia dengan Si
Khairul tu baru sama-sama nak hidup, Si Khairul tu entah ada berapa ringgit ja
simpanan dia nak kahwin dengan anak dara aku,” balas Puan Salbiah sambil tangannya
ligat membasuh pinggan mangkuk yang digunakan oleh mereka sekeluarga ketika
sarapan pagi tadi.
“Iqa pun baru nak hidup mak, belum
cukup tiga tahun pun kerja,” sangkal Shafiqah Izreen.
“ Kau ni ada ja alasan ya, kau
jangan risau mak akan bantu buat belanja kahwin kau tu nanti, duit KWSP (Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja) mak tu ada, yang penting sekarang ni kau terima jalah,
Adam tu baik ja mak tengok, mak ayah dia pun merendah diri ja walaupun dia orang
tu keluarga yang berada mak tengok,” pujuk Puan Salbiah.
Shafiqah Izreen tidak terkata apa
apabila ibunya sudah berkata begitu. Mati akal dia untuk menyangkal. Sebenarnya
hubungan dia dan doktor muda itu biasa-biasa sahaja malah mereka tidak pernah
berhubung setelah pertemuan makan malam itu. Dia tidak menyangka doktor tu
mempunyai niat untuk memperisterinya. Bertambah musykil bagaimana Adam Zafril
boleh mengenali keluarganya, lantas wajah Iznani terpapar di retinanya.
Puan Salbiah yang melihat anak gadis
nombor tiganya yang hanya diam tanpa membantah itu terus bersuara.
‘’Diam tandanya setujulahkan, Iqa?”
Shafiqah Izreen tidak menjawab dan
hanya berlalu keluar dari dapur yang luas itu tanpa memberi jawapan. Andainya
ibunya pasti faham apabila dia berdiam dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan
tandanya dia hanya menuruti.
***
Apalah perasaan aku pada dia, aku
pun tak tahu. Nak kata aku suka, sayang, cinta aku pun tak pasti sebab yang aku
ingat aku tak pernah ada apa perasaan yang istimewa untuk dia jadi macam
manalah aku nak kahwin dan hidup dengan dia nanti? Aku ni dahlah tak layak
langsung dengan dia, dia tu doktor, aku ni kerani cabuk yang baru belajar nak
hidup nak kumpul harta sedangkan dia dah boleh kata mantap walaupun baru
Medical Officer. Bermonolog sendiri Shafiqah Izreen ketika dalam perjalanan
pulang ke rumah sewanya. Keluarganya ditinggalkan jawapan yang mereka sendiri
tahu.
‘’ Reda jalah Iqa, mungkin ini jodoh
kau,” cakap Shafiqah Izreen sendiri ketika memasuki taman perumahan rumah
sewanya.
“ Aku kena bagi dia syarat, kalau
dia nak kahwin dengan aku,” ujar Shafiqah Izreen lagi sambil akalnya ligat
memikirkan syarat tersebut.
***
“ Itu ja syaratnya, Izreen?” tanya
Adam Zafril meminta kepastian sambil menyedut air dihadapannya.
“ Ya.” Jawab Shafiqah Izreen pendek.
“ Jangan risau saya tak akan halang
awak further study malah saya suka
dan bangga have the future wife like you
yang tak jemu nak menuntut ilmu tapi soal tinggal asing-asing untuk tempoh tiga
bulan lepas kahwin tu saya tak setuju,” ujar Adam Zafril tegas sambil matanya
memandang tepat mata gadis yang bergelar tunangannya kini semuanya atas bantuan
Iznani dan sokongan Lutfi.
“ Kenapa?” tanya Shafiqah Izreen
selamba.
“ Kita dah sah jadi suami isteri
masa tu buat apa nak tinggal asing-asing? “ jawab Adam Zafril juga selamba.
“ Tapi saya tetap dengan syarat
saya,” pintas Shafiqah Izreen sambil memeluk tubuh.
“ Saya tak setuju!” ujar Adam Zafril
tegas.
“ Peduli apa saya awak tak setuju,
saya tetap akan menyewa dengan kawan-kawan saya.” balas Shafiqah Izreen berani.
“ Peduli sebab saya ni bakal suami
awak, Izreen bukan kawan-kawan awak.” Pintas Adam Zafril pula.
Hampir kalah Shafiqah Izreen dengan
pernyataan Adam Zafril itu namun dia tidak mahu nampak lemah di hadapan lelaki
itu.
“ Awak nak penuhi syarat ni atau
saya akan batalkan perkahwinan ni?” ugut Shafiqah Izreen dengan mengangkat
kening sebelah, macam Ziana Zain gitu.
“ Berani ke awak nak batalkan?”
cabar Adam Zafril kerana dia tahu tempoh untuk mereka bergelar suami isteri hanya
tinggal tak sampai sebulan.
‘’Awak lupa ke Dr. Adam Zafril yang
kuasa ijab dan kabul tu dalam tangan perempuan dan cerai tu dalam tangan sang
suami atau yang lebih tepat lagi lelaki!” ujar Shafiqah Izreen cukup tenang dan
bersahaja.
Geram betul aku dengan bakal bini
aku ni, ada ja jawapan dia. Aku ingat dah angkat bendera putih tadi, ngomel
Adam Zafril dalam hati.
“ Okay baiklah saya terima dan pintu rumah kita tu terbuka bila-bila
masa ja untuk awak, sayang. Tapi saya nak awak kurangkan tempoh tu boleh tak,
sayang?” pujuk Adam Zafril dengan harapan syarat tersebut dapat dibatalkan
terus.
“ Tak boleh.” Jawab Shafiqah Izreen tegas
dan pendek. Geli-geleman betullah telinga aku dengar dia panggil aku sayang,
ngomel Shafiqah Izreen dalam hati.
“ Okay tak apa, saya akan pastikan
syarat akan terbatal oleh awak sendiri.” Balas Adam Zafril sambil menghadiahkan
senyuman paling manis buat gadis kesayangannya itu.
Gerun jugak Shafiqah Izreen
mendengar tapi wajahnya cuba dibiasakan.
“ Saya nak balik, dah malam ni.
Hantar saya sekarang boleh?” pinta Shafiqah Izreen untuk menamatkan pertemuan
dan perbincangan tersebut.
“ Boleh,sayang sekejap saya pergi
bayar dahulu.” Jawab Adam Zafril dengan senyuman manis dengan berlalu ke
kaunter bayaran.
***
“ Aku terima nikahnya Shafiqah
Izreen Binti Abdul Ghafar dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah
tunai.”
Sebaik sahaja lafaz akad ijab dan
kabul dilafazkan lancar dan tenang oleh Adam Zafril Bin Mohd Sufian sahlah dia bergelar isteri kepada doktor muda
itu.
Majlis menerima menantu disambut
meriah oleh keluarga Shafiqah Izreen, yang paling gembira tentulah ibunya, Puan
Salbiah yang seronok benar dapat menantu seorang doktor muda yang handsome
pulak tu. Rakan-rakan sekolahnya tidak menyangka dia akan berkahwin seawal itu
kerana ketika zaman persekolahan tidak pernah mereka mendengar dia bercouple dengan sesiapa sebab itu
mereka menganggap dia kampung girl di
tengah bandar Johor Bahru.
Malam semakin gelap ramai
saudara-mara dan jiran tetangga yang datang membantu sudah pulang ketika itu
hanya tinggal mereka sekeluarga, neneknya Hajah Hadijah serta Mak Uda dan Mak
Ateh yang berada dalam rumah tersebut.
Adam Zafril masih rancak berbual
dengan abang iparnya, Abang Faizal di luar rumah. Entah apa yang mereka
bicarakan. Ketika ini sesi urut mengurut sedang berlangsung antara ibunya, Mak
Uda, Mak Ateh dan Kak Sarah di bilik Aisyah. Dia turut memeriahkan suasana
tersebut. Neneknya sudah lena melayan mimpi. Penat sangat agaknya, padahal
nenek cuma tolong mak pegang salam kaut yang orang beri ja kot, hehehe.
“ Iqa, pergi masuk biliklah,” suruh
Kak Sarah apabila melihat Shafiqah Izreen baring atas katil bujangnya itu dalam
bilik yang dikongsi bersama Aisyah sebelum ini.
“ Alah, Iqa nak tidur sinilah,”
balas Shafiqah Izreen selamba dengan matanya yang sengaja dipejamkan. Misinya
memang nak tidur dalam bilik itu.
Puan Salbiah yang mendengar jawapan
Shafiqah Izreen terus menyampuk.
“Kau jangan mengada-ngada nak tidur
bilik ni, tu bilik pengantin kau mak dah buat besar-besar cantik-cantik tu nak
buat apa? Buat perhiasan?”
Kak Sarah pula menambah, “ Iqa,
pergi masuk bilik kau, kalau laki kau tahu kau tidur sini nanti apa pulak dia
fikir,”
Tiba-tiba Aisyah berbisik
ditelinganya,”Akak takut first night
ya?”hehe”
Serta-merta Shafiqah Izreen mencubit
lengan adik bongsunya itu dan membulatkan mata.
Puan Salbiah mengesa-gesa Shafiqah
Izreen keluar dari bilik itu.
“ Dah pergi masuk bilik kau,”
Kak Sarah dan Aisyah hanya tersenyum
sumbing bersama yang lain. Nak atau tak dia perlu keluar dari bilik itu.
***
Ketika Shafiqah Izreen memasuki
bilik pengantin yang berdekatan ruang tamu itu, Adam Zafril dilihatnya sedang berbaring
sambil membaca majalah yang mungkin diambil dari ruang tamu.
Shafiqah Izreen dengan selambanya
mengeluarkan toto dan menghamparkannya di lantai. Dia mengambil bantal kepala
di atas katil itu dengan berhati-hati agar tidak mengganggu pembacaan suaminya
itu.
“ Sayang buat apa tu?”
Hampir tersentap dia mendengar
teguran sang suami yang dibelakanginya itu.
“ Nak tidurlah,” jawab Shafiqah Izreen
selamba sambil menepuk-nepuk bantal kepalanya.
‘’ Tidur kat atas katil jangan nak ngengada nak tidur bawah,” arah sang
suami.
“ Kalau nak tidur kat sini tak boleh
ke?” tanya Shafiqah Izreen berani.
“ Nak ke dilaknati malaikat
sepanjang malam sebab mengingkari arahan sang suami untuk tidur disisinya?”
provok Adam Zafril yang berada di atas katil King Size itu.
‘ Laki aku ni kan memang sengaja buat aku takut, dahlah ni baru malam
pertama kahwin tak akan nak buat dosa pada suami’ bisik hati Shafiqah Izreen.
Akhirnya dia mengalah, dia bangun
dan meletakkan bantal peluk di tengah-tengah antara mereka kemudian barulah dia
meletakkan kepala atas bantal. Cuba berlagak selamba walhal berdebar gila takut
diapa-apakan oleh sang suami. Kali pertama tidur sekatil dengan seorang lelaki
semestinya berdebar dan malu.
Adam Zafril hanya memerhatikan
gelagat sang isteri dan tersenyum kecil sahaja seakan dapat dibaca apa yang
ditakuti oleh sang isteri.
Shafiqah Izreen hanya baring
menelentang sahaja maklumlah kalau tidur membelakangkan suamikan berdosa.
Dia cuba memejamkan mata namun
gagal. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang yang baru
diterima lantas dia bangun dan mengambil telefon bimbitnya yang terletak di
meja kecil di tepi katil itu.
Iznani
Wei, cepat sikit bagi anak sedara untuk aku. :p
Geram betul dia apabila membaca
mesej tersebut dan terus membalas.
Shafiqah
Izreen
Beranak sendirilah wei.. :p Aku nak tidurlah,bye.
Selepas membalas mesej
tersebut dia terus meletakkan handphonenya
di temaptnya semula, namun dia sangkakan Iznani sudah habis rupanya tidak.
Iznani
Aku lambat lagi..amboi, dah nak start ea..sorry
ganggu..hahaha.
Sakit hati betul Shafiqah Izreen
melihat SMS terakhir yang dihantar oleh Iznani.
Shafiqah Izreen cuba berlagak
selamba dengan meletakkan kepalanya atas bantal dan baring menelentang dengan
mata memandang kipas yang berpusing sederhana di siling bilik itu.
Adam Zafril yang sedang membaca
menegur isterinya.
“ Kenapa? Tak boleh tidur ke?”
Tersentak Shafiqah Izreen mendengar
teguran sang suami.
“ Taklah, nak tidurlah ni,” jawab
Shafiqah Izreen dengan mengambil kusyen kecil yang dipegangnya tadi dan
ditutupnya mukanya denagn menggunakan kusyen itu supaya matanya dapat
dilelapkan dengan posisinya sama seperti tadi.
Shafiqah Izreen cukup mengantuk
sebenarnya. Melalui pendengarannya, dia dapat mengetahui suaminya bangun dari
katil mereka dan menekan suis lampu. Serta merta bilik itu menjadi gelap
gelita.
‘Alamak, dia tutup lampu..kena jaga-jaga
ni,’ bisik hati Shafiqah Izreen.
Shafiqah Izreen dapat berasakan
bantal peluk yang berada di antara mereka dialihkan sang suami. Dia cuba
melenakan tidurnya namun gagal. Dia dapat merasakan tangan sang suami
melingkari badannya, kusyen yang menutupi mukanya dialihkan namun matanya tetap
dikatup rapat serapat-rapatnya.
Adam Zafril mengalihkan posisi
isterinya dengan mengiring menghadapnya, dia mengambil tangan sang isteri dan
dilingkarkan dibadannya. Dia tahu isteri yang baru dinikahinya semalam masih
belum tidur. Dia berbisik lembut di telinga isterinya.
“ Abang tahu sayang belum tidur
lagi,sayang jangan takut okay abang
tak akan minta hak abang selagi sayang tak sedia, abang tak zalim sayang. Abang
nak sayang tahu yang abang betul-betul cinta dan sayangkan,sayang.” Kemudian
dahi dan pipi sang isteri dikucup lembut dan penuh kasih sayang. Tak lupa bibir
mungil sang isteri turut diragut lembut.
Dalam diam Shafiqah terpaku dan rasa
terharu dengan apa yang dibisikkan dan dilakukan oleh sang suami. Dia berasa begitu
selamat dalam dakapan seorang suami. Dia
berasa dirinya dibius oleh doktor muda itu. Bius yang paling kuat, ubat bius
yang bisa menikam seluruh jiwa dan hatinya yang belum pernah dimiliki oleh
mana-mana lelaki sebelum ini. Itulah dia rasa seperti dibius cinta!Tidurnya
malam ni bagaikan yang paling lena sekali. Tanpa sedar dia membalas lembut
kucupan sang suami dibibirnya. Dia ingin menyerahkan seluruh jiwa dan raganya
buat lelaki ini. Mulai saat ini dia akan belajar mencintai dan menyayangi sang
suami dengan sepenuh hatinya. Dia dapat mendengar suaminya menitip doa. Dia
terpegun dengan tingkah laku sang suami yang mengikut tata tertib Islam.
Akhirnya malam merangkak pergi
membawa seribu kenangan buat pasangan pengantin baru itu.
***
Adam Zafril baru sahaja selesai
membersihkan diri. Dia mengelap tubuhnya yang basah dengan kain tuala. Matanya
terpandang wajah isteri tersayang yang masih lena lagi pantas kenangan semalam
menyinggah mindanya. Sungguh dia berasa sangat bahagia dengan apa yang
dilaluinya bersama Shafiqah Izreen. Dia bersyukur kerana memiliki seorang
wanita yang tahu menjaga kehormatan diri.
Setelah siap bert-shirt dan berkain
pelekat, dia mengejutkan isterinya. Terasa ingin disentuh dan dikucup wajah itu
sepenuhnya bagi menggambarkan sayang dan cintanya buat wanita itu namun
mengenangkan wuduk sudah diangkat maka diberhentikan dahulu niat itu.
‘’Sayang, bangun sayang, kejap lagi
dah masuk subuh,” kejut Adam Zafril perlahan sambil menyentuh bahu isteri yang
ditutupi comforter itu sambil
memandang jam di dinding yang menunjukkan 5.40 pagi.
Sedikit mamai Shafiqah Izreen
apabila terdengar namanya diseru. Serta-merta mukanya merah apabila memandang
wajah suaminya yang ‘sebenar-benarnya’ itu yang betul-betul dekat dengan
mukanya itu. Kelihatan suaminya sudah siap membersihkan diri.
Lantas dia bangun sambil menutupi
tubuhnya dengan comforter. Adam Zafril yang cukup memahami menghulurkan tuala
dan kain batiknya yang yang disidai di tempat penyidai. Disambut malu oleh
Shafiqah Izreen. Tapi mengenangkan waktu subuh yang cukup pendek terus dia
segera bangun dari katil dan keluar menuju ke bilik air yang terletak di dapur.
***
Setelah selesai mengaminkan doa oleh
suaminya, dia terus mengambil tangan kasar itu dan dikucupnya lembut, terasa
satu ketenangan dan kebahagian menjalar seluruh jiwanya apabila tangan itu
disalam dan dikucup lembut.
Adam Zafril terus menghadiahkan
kucupan didahi isterinya. Tanpa rasa segan Shafiqah Izreen pula menghadiahkan kucupan
dipipi kiri dan kanan suaminya.
Terpana Adam Zafril dengan tindakan
bersahaja sang isteri rasa bahagia tak dapat dicerita. Dia berasa dirinya sudah
diterima dengan baik sebagai suami oleh Shafiqah Izreen.
“Abang, Iqa minta maaf sebab macam
tak reda kahwin dengan abang,” ujar Shafiqah Izreen sambil memandang tepat
wajah tampan itu yang duduk bersila di hadapannya itu.
Adam Zafril tersenyum lebar kerana
panggilan istimewa itu telah pun digunakan oleh isterinya, dia fikir dia akan
kempunan untuk mendengar panggilan mesra daripada bibir mungil isterinya itu.
Sambil mengangkat sedikit dagu
isterinya dia bersuara, “ Sayang, abang faham keadaan sayang masa tu okay,
sayang terkejut mungkin, tapi apa-apa pun abang gembira sebab sayang dah terim
abang sebagai suami sayang. Kiranya syarat kedua dah batallah ni?’’ ujar Adam
Zafril dengan senyuman penuh makna.
Shafiqah Izreen tersipu malu dengan
apa yang diperkatakan oleh suaminya itu, tanpa memberi jawapan dibibir kucupan
dipipi kiri dan kanan untuk suaminya
harap dapat memberi jawapan bagi persoalan suaminya itu.
Adam Zafril terus merangkul erat
tubuh sederhana isterinya itu, kucupan
diberi didahi dan dibibir isterinya. Sempat dibisik kalimah keramat
ditelinga isterinya yang dilitupi telekung itu, “ I love you so much, sayang!”
Shafiqah Izreen turut membisikkan
kalimah keramat buat suaminya, “ Sayang, love abang ketat-ketat!”. Selepas mengucap
perkataan spontan itu meletus ketawa kecil dari bibir suaminya itu. Dia turut
ketawa bersama. Bahagia menjalar diseluruh jiwa pasangan itu. Di hening subuh
menjadi saksi penyatuan dua jiwa sepasang pengantin baru.
***
Tiga tahun berlalu...
“ Sayang, cepat sikit nanti jammed lambat pulak nak beratur nanti,”
jerit Adam Zafril dari luar rumah. Dia sedang memasukkan stroller anak mereka, Zahir Farhan yang berusia dua tahun setengah
di belakang Honda CRV. Hari ini mereka akan menghadiri majlis konvokesyen
Shafiqah Izreen di UTM,Skudai. Alhamdulilah akhirnya penat lelah isterinya
berbaloi. Pembahagian masa sebagai pekerja, isteri, mama dan pelajar cukup
berkesan. Segulung ijazah yang diimpi oleh isterinya akhirnya dalam genggaman.
“ Ya, bang. Iqa dah siap ni, “ jawab
Shafiqah Izreen yang berada di tengah pintu dengan memegang beg berisi jubah dan beg tangan. Hari
itu dia menggayakan baju kurung batik sutera yang berwarna biru turquoise dan digayakan dengan tudung
bawal senada.
‘’ Dah habis touch up dah?” usik suaminya yang sedang menghidupkan enjin kereta.
“ Dah,” jawab Shafiqah Izreen diiringi
ketawa kecil.
“ Baguslah, Zahir dah tidur
dibuatnya tunggu mamanya bersiap,” ujar Adam Zafril sambil mengunci grill rumah mereka sementara isterinya
menyarung kasut bertumit rendah berjenama Hush Pupies itu. Kalau tidak kerana
hamil tiga bulan pasti isterinya sudah menyarung high heels.
Selepas siap Shafiqah Izreen mengunci
pintu pagar rumah semi-d dua tingkat
itu mereka pun bergerak menuju ke majlis penuh bermakna buat isterinya.
***
Akhirnya perkahwinan yang dibina
tanpa rasa cinta dihati Shafiqah Izreen membawa bahagia seribu rahmat.
Keikhlasan seorang lelaki untuk mengahwini dan memiliki dirinya rupanya tidak
memerlukan rasa cinta dihatinya terlebih dahulu kerana lelaki itu punya ubat
bius yang paling kuat untuk ‘ pesakit istimewanya’ itu. Dia berasa teramat
bahagia menjadi isteri Adam Zafril Mohd Sufian sekaligus ibu buat Zahir Farhan
dan anak mereka yang bakal lahir awal tahun depan.
Ucapan terima kasih tidak terhingga
buat suaminya yang sudi menerima dirinya seadanya kerana dia kelihatan sempurna
dimata suaminya. Buat Iznani teman serumah aka sahabat terima kasih kerana membantu Adam Zafril
mendekati dan mengenali keluarganya sehingga mereka bergelar tunangan. Iznani
kini mempunyai firma guaman sendiri dan juga bahagia bersama suami dan dua
anaknya. Buat ibu tersayang, Puan Salbiah juga terima kasih diucapkan kerana
tahu jodoh yang terbaik buat anak perempuannya ini.
Kerana apendiks Iznani, Adam Zafril
dan Shafiqah Izreen bertemu dan menemui bahagia. Tidak disangka seorang doktor
mampu memberi bius cinta yang hebat! Terima Kasih Allah!