Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Tuesday, July 8, 2014

Utama » , , » Novel : Complete Of Me! - 1, 2, 3

Novel : Complete Of Me! - 1, 2, 3

Penulis : SILENCER



Bab 1

“NAH!!” Afiqa menghulurkan sehelai tisu kepada Katrina. Air mata merembes laju menuruni lekuk pipi gadis itu.. Afiqa yang melihatnya sekadar menggeleng.
“Sudah-sudahlah tu, Rina oii.. Tak guna kau menangis sebab lelaki tak guna tu!” nada suara Afiqa sedikit meninggi.. Menzahirkan rasa geramnya.. Katrina menjeling tajam pada Afiqa.. Bahu rakannya ditumbuk halus..
“Aduh! Sakitlah! Kasar betul..”
“Padan muka kau.. Jangan kutuk dia lagi!” marah Katrina.
“Buat apa kau nak bela lelaki macam tu.. Bukannya dia sayangkan kau pun..” bicara Afiqa spontan.. Tidak menyedari apa yang telah diungkapkannya sendiri.. Katrina semakin sebak. Tangisan dan raungannya semakin menjadi-jadi.. Resah Afiqa jadinya.. Bahu rakannya pantas diusap-usap lembut..
“I’m sorry..” Afiqa cuba untuk memujuk, namun tidak menjadi pula apabila tangisan itu masih lagi sama nadanya.. Aduh! Kau punya pasallah ni!
“Okey.. Aku mintak maaf, Rina.. I’m so so sorry..”
Berkepul-kepul tisu dicapai Katrina.. Dilap pula pipinya yang basah.. Nafasnya yang tidak teratur itu, ditarik dan dihembus berulang kali sehinggalah dia kembali tenang. 
“Kau memang kawan tak guna, Fiqa!” bahu Afiqa dicubit Katrina perlahan.. Bak kata orang cubit-cubit manja.. Afiqa tergelak halus dengan perangai rakannya itu..
“I think, I need some space to have peace in my mind… by going to some place, maybe?” 
Lambat-lambat Afiqa mengangguk setuju.. Dah okey ke kawan aku ni?
“Baguslah! Daripada kau duduk memerap aje dalam banglo bapak kau tu, baik kau keluar sikit.. Kasi tengok dunia ni, macam mana.. Biar mata kau terbeliak tengok, masih banyak lagi lelaki….” 
Afiqa menghentikan biacaranya selepas sedar akan ketelanjuran akan ayatnya yang mungkin akan mengundang kembali tangis gadis itu.. Huh.. Nightmare aku nak melayannya..
“Kau nak pergi mana?” Afiqa mengajukan soalan lain pantas. Gelas jus oren di atas dulang yang terletak elok di atas meja kopi, dicapai lalu dihulurkan pada Katrina..
“Oh.. Tak surelah… Nanti-nantilah aku fikir..” Afiqa mengangguk sahaja.. Segala rancangan rakannya akan sentiasa disokong..
“Ikut suka hati kaulah.. Asalkan kau bahagia!”

KACA matanya dibetulkan posisinya agar dapat dibetulkan dengan kedudukan yang selesa. Matanya merenung tajam pada skrin komputer di rumahnya.. Satu persatu ayat dibacanya, kemudian diulang lagi.. Mahu mencari ideanya yang sudah hilang itu.. Page itu discrollkan ke atas sedikit lalu bacaannya diulang lagi.. 
Usai membacanya, bibirnya laju mengungkapkan kata dengan sendirinya.. Ha! Dah dapat idea! Papan kekunci laju menulis itu dan ini mengikut setiap gerak tari jarinya itu.. Sekejap jari itu menari ke kiri kemudian ke kanan.. Dan begitulah sebaliknya. Tiba-tiba, jarinya terhenti menulis… Dahinya berkerut-kerut seperti menahan kentut seribu lamanya untuk dilepaskan…
“Kemudian… kemudian.. kemudian apa, ya? Ha! Kemudian, Syarul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan….”
Ting tong! Ting tong!!
“Kejap! Sebelum mengungkapkan… mengungkapkan..”
Ting tong!
“Mengungkapkan.. argh! Dah tak ingat! Siapa tu?!!” marah Afiqa. Berang apabila ada orang yang menganggunya ketika konsentrasinya pada penulisannya..
Ting tong!!
Afiqa merengus! Dah lebih loceng ni..! Kakinya menapak laju ke arah pintu utama.. Loceng itu masih juga belum berhenti daripada berbunyi.. Afiqa melepaskan dengusan yang kasar! Nasib tak ada keluar asap dari hidung aku ni! Kalau tak, memang dah aku bakar pintu ni!
Pintu rumahnya dibuka.. 
“Siapa?” mata Afiqa berlari-lari mencari mana orang yang bermain dengan locengnya tadi. Ligat sekali mata itu mencari, namun hampa bayang satu orang pun tak kelihatan. Takkanlah hantu kut! Matanya tertacap pada pagar rumahnya apabila dirinya dirasakan bagaikan diperhatikan seseorang..
“Lari!! Lari!!” bising sekali suara budak-budak yang bertempiaran berlari ke sana sini saat mata Afiqa tajam membunuh anak mata anak-anak kecil itu.. Huh! Budak-budak ni.. Memang sengaja nak cari pasal! Macam tak ada tempat lain nak main!
Pintu itu ditutup Afiqa kembali. Kerusi di hadapan komputer ditarik lalu duduknya dilabuhkan di situ.. Nafasnya ditarik dalam-dalam.. Mencari kembali moodnya untuk menulis.. Dia perlu fokus kembali.. Tangannya diregangkan seketika.. Ayat terakhir diulang bacaanya..
“mengungkapkan.. yang, I love you? Hesy! Apa ni.. Tak syok langsung.. Takkanlah ayat dia jadi, kemudian, Syahrul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan yang I love you? Hisss.. Tak patut..” jari Afiqa rancak mengetuk-ngetuk perlahan atas meja kerjanya. Jauh sekali angan itu terbang. Mahu mencari di mana hilangnya ayatnya tadi..
“Ahh! Dah dapat! Mengungkapkan yang…”
Ting tong!!
Afiqa merengus kasar.. Hiss.. Siapa pulak tu? Kalau budak-budak tu lagi... siaplah.. Aku kejar sampai hujung kampung nuh!
“Siapa?” Pintunya dibuka.. Kelihatan ada seorang wanita yang sekian berabad juga, berdiri di hadapannya.. Dahi wanita itu berkerut-kerut.. Entah kenapa, datang rumah orang dengan dahi berkerut macam tu sehinggakan dia sendiri mahu berkerut-kerut juga dahinya.
“Cari siapa?” Afiqa menyoal sopan..
“Mak cik cari anak-anak mak cik.. Tadi, mak cik nampak dia ada main dekat sini..” wajah Afiqa sedikit berubah.
“Oh.. anak mak cik ke tu? Tadi, dah berlari ke sana.. Tapi, ke mana saya tak pasti.” Balas Afiqa sopan.. sisa geramnya ditahankan saja.. Alah, depan mak dia aje.. Nanti kalau jumpa budak tu, aku seligi kepala budak-budak tu nanti!
“Oh.. Ya, ke? Kalau macam tu.. tak apalah. Mak cik pergi dulu.” Afiqa mengangguk sambil tersenyum manis, memandang pemergian mak cik itu.. Pintu rumahnya mahu kembali ditutup.
“Tumpah se air.. Tumpah dua air.. Numu neja ne kia, sapene dikeair.. Habbatum, merademmmm….” bulat mata Afiqa saat melihat Sulaiman yang datang dari arah pintu pagar rumahnya sambil memetik gitar dan menyanyi lagu hindustan itu..
“Suka tak?” soal Sulaiman tersengih panjang.. Giginya terserlah.. Afiqa sekadar memberi senyuman sinis..
“ Suka? Suka sangat.. Thanks.. Terharunya..” balas Afiqa meluat. Nada suaranya seprti ditahan-tahankan sahaja.. Sulaiman tersenyum penuh makna, sangkanya akan kata-kata Afiqa itu semuanya benar.. Topi di kepalanya, dibetulkan..
“Dah tak ada apa-apa kan? Fiqa nak masuk.. Bye!” balas Afiqa seraya mahu menutup pintu rumahnya namun segera dihalang Sulaiman..
“Tunggulah dulu.. Kenapa awal sangat? Baru aje jumpa.. Tak puas lagi..”
“Tapi, Fiqa dah puaslah! Dahlah! Fiqa ada banyak benda lagi nak buat!” pintu itu mahu ditutupnya lagi.. Saat pintu rumahnya mahu ditutup, Sulaiman lantang memanggil namanya. Afiqa merengus kasar..
“Hih.. Apa lagi?” bentaknya namun matanya membuntang apabila budak-budak dan mak cik tadi berdiri di hujung pagar rumahnya sambil mengangkat tinggi kertas yang dibawa mereka.. Matanya memerhati satu persatu perkataan itu..
“I Love You!” sambung Sulaiman.. Lantas, sebuah kotak dikeluarkannya.. Badannya didudukan dan kotak itu dibuka.
“Sudi tak… Fiqa kahwin dengan Man?” 
Afiqa tergelak kecil.. Lebih kepada ketawa mengejek..
“Ah.. So sweet of you, Man.. Thanks.. But, no!!!”
Dummm!!!
Pintu rumahnya ditutup sekuat hati.. Kahwin? Oh.. Please.. Dia tidak pernah lagi memikirkan tentang itu semua.. Tubuhnya disandarkan di pintu.. Degup jantungnya berdegup tidak kena pada temponya.. Kenapa berdebar sangat ni? Huh! Takkanlah…
Afiqa menggeleng.. No! Jangan harap aku jatuh hati pada si Man tu! No! Akalnya yakin, jantungnya berdebar hanya kerana belum pernah ada mana-mana lelaki yang meluahkan perasaan mereka padanya.. Biarpun, dia hampir-hampir dulu, tapi itu sudah sejarah.. Nyatanya, dia belum pernah melaluinya lagi.. Huh.. Just rilekslah.. Tak ada apa-apa pun. Kakinya mahu disambung kembali ke arah meja kerjanya..
Ting tong!
Ah!! Once again.. Matanya mengerling sekilas pada pemukul bola lisut yang disandarkan pada rak kasut di tepi bahagian pintu utamanya.. Pemukul bola lisut itu dicapai..
“Kau nak apa lagi, Man? Nak aku sumbatkan pemukul ni ke dalam mulut kau?!” marah Afiqa saat pintu itu dibuka.. Geramnya semakin menjadi-jadi.
“Wehh.. Apahal ni?” soal gadis itu terkejut dengan sergahan yang tidak disangka-sangkakannya..
“Eh.. Rina?”
Afiqa sempat melirik pada temannya yang sangat santai pakaiannya.. Gadis itu siap membawa bagasi lagi… Bagasi? Nak buat apa?
“Ada apa ni?” Katrina tersenyum panjang.. 

“CEPAT, Fiqa!! Cepat!!” Katrina termengah-mengah berlari sambil membawa bagasinya.. Penat betul! Tak cukup tanah rasanya, dia berlari.. Penat!!
“Sabarlah!” Afiqa membetulkan gengamannya pada beg bimbit yang mahu dibawanya.. Sengal rasanya sendi dilengannya.
“Hiss.. Tak boleh! Dah lambatlah!” Katrina berpatah kembali, berlari semula ke arah Afiqa.. Lengan gadis itu ditarik Katrina laju agar membuntutinya.. Panggilan terakhir penerbangan ke Bali sudah diumumkan menyebabkannya semakin melajukan lariannya..
“Sabar.. Sikit aje lagi.. Dah nak dekat tu!” 
Sesampainya mereka di kaunter, mereka terus check-in segera.. Semuanya diuruskan oleh Katrina.. Kalau disuruh Afiqa? Jangan harap dengan nafasnya yang turun naik ni.. Nak bercakap pun susah.. Mahu semput jadinya.. Sesudahnya, dia hanya berdiri sahaja di sisi bagasi-bagasi itu.. 
“Dah siap! Fuh! Lega!” Katrina menayangkan kedua-dua passport di dalam tangannya sambil tersenyum manis. Bunyi riuh rendah yang secara tiba-tiba di KLIA itu menarik perhatian mereka.. 
“Ada apa tu?” soal Katrina.. Lehernya memanjang melilau ke sana sini.. Afiqa yang berdiri bertentangan dengannya turut mahu memusingkan badannya namun.. malangnya bahunya tiba-tiba dilanggari seseorang dari arah belakang..
“Ouch..” Afiqa mengaduh.. Bahunya yang sudah sengal semakin sengal dirasakan.. Lelaki yang terjatuh akibat terlanggarnya, direnung.. Lelaki itu lantas berlari meninggalkan Afiqa begitu sahaja.
“Apa kena dengan mamat tu?! Bukannya nak mintak maaf!” bebel Afiqa.. Sakit hati! Sakit jiwa! Biadap betul lelaki tu! Bahunya diurut-urutkan, mahu menghilangkan rasa sengal di bahunya.. Sedang ralit matanya, memerhatikan bahunya, matanya terhenti pada sesuatu objek di lantai itu..
Apa ni? Pen? Pen itu dicapai lalu dibeleknya.. Matanya terhenti pada satu arah.. Ada namalah.. Airish..
“Siapa lelaki yang langgar kau tu?” soal Katrina mendekati ke arah Afiqa.. Bahu rakannya diusap lembut..
“Okey, tak?”
“Okey, je..” balas Afiqa sambil tersenyum.
“Siapa lelaki tu?” Afiqa menjungkitkan bahunya..
“Tak tahu…”
“Apa tu?” mata Katrina menuju ke arah pen yang dipegang Afiqa.. 
“Pen.. Lelaki tu punya, mungkin.. Terjatuh tadi lah tu..” Katrina merampas pen yang dipegang Afiqa.. Pen itu turut dibeleknya.. Matanya terhenti lama pada nama yang terpapar di pen di situ. Kemudian, kepalanya mendongak memandang akan banyak manusia yang sedang mengejar seseorang yang agak jauh dari mereka.. Matanya menikam tajam pada Afiqa.
“Oh My God, Fiqa… You’re so lucky..”
“Kenapa?” soal Afiqa tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Katrina.
“Pen ni!”
“Yeah.. So, what dengan pen tu?”
“It’s belongs tu Airish!”
“Airish? Who is he?”
“Airish! Lelaki yang popular di Malaysia ni!” 
Afiqa termenung.. Pen yang berada di tangannya dilihat lama.. Airish? Tak pernah kenal pun.. Sesekali di benaknya terfikir akan adakah dia yang tak up-to-date ke, atau kawannya yang gila?

“I’M so sorry, Fiqa.. I only got this, for us..” Katrina melabuhkan duduknya di sebelah Afiqa yang berada di hujung tingkap. Afiqa sekadar melemparkan senyuman manis..
“It’s okey! Alah, no worries.. Lagipun, economy class is not too bad.. Still okey..” 
“Serious?”
Afiqa mengangguk yakin.. 
“Time aku nak booking this tickets, semuanya dah penuh untuk first class. So, only this left. Jadi, aku ambil ajelah.. Tak sangka pulak, ramai yang nak pergi bali bulan ni!”
“Mungkin musim orang putus cinta kut..” usik Afiqa.. Katrina sempat membalasnya dengan menghantar jelingan tajam buat rakannya..
“Kau perli aku, eh?” 
Afiqa menggeleng sambil tersengih. Sengihannya akhirnya mati tatkala, memandang wajah serius Katrina. Marah ke kawan aku ni? Afiqa pantas turut memandang ke hadapan, arah yang sama dilihat oleh Katrina.. Matanya membulat tiba-tiba.. Kepalanya digeleng.. Oh, tidak!!
“I think, this vacation will be the tragic one!” Katrina mahu bangun tapi lengannya ditarik Afiqa.
“No! Jangan buat kecoh kat sini, Rina! You can’t do that..” Afiqa memberikan peringatan. Suaranya ditekankan sedikit.
“Siapa yang mula dulu! Dia kan? So, this is not my fault!” Katrina pantas melangkah ke arah ruangan di mana letaknya ruangan first class. Wajahnya dimimikkan serius.
“I’m sorry, miss. Only first class passenger can go through..” halang seorang pramugari apabila menyedari Katrina yang mahu menapak ke arah ruangan itu.. Afiqa sekadar membuntuti Katrina dari belakang, bimbang akan rakannya akan melakukan sesuatu di luar jangkaan nanti..
“Do I look care about it? If you want me to buy this whole aeroplane, I still can afford it! Now, move aside! I have something to settle down, right here!” Katrina memberi amaran.. Naik gerun juga pramugari dengan amarah Katrina itu.. Apatah lagi melihat wajah berang gadis ini..
“I said, get aside!!” terus ditolak pramugari itu.. Laju langkah Katrina dihalakan pada gadis yang duduk di bahagian hadapan untuk ruangan kelas pertama itu.. Afiqa membantu pramugari tersebut bangun..
“I’m so sorry.. Don’t worry.. I’ll comfort her, right away..” Afiqa terus mengikuti jejak langkah Katrina..
“Rina! Stop!” bisik Afiqa perlahan di telinga Katrina.. Malangnya, Katrina hanya berlagak umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan pula.. Wajah perampas kekasihnya dipandang dengan penuh dendam.. Tubuh Katrina berdiri tegak di sisi kerusi Maria itu.. Gadis itu kelihatan khusyuk merenung sekeping pamplete.. Dengan kasar, pamplete itu dirampas Katrina lalu dikoyakkan.. 
“What you’re doing?!” bentak Maria.. Agak kaget dengan tarikan daripada Katrina tentang pamplete yang dipegangnya..
“What I’m doing? Buta ke? Aku berdiri depan kau ni!.. perempuan bodoh!” serpihan kertas-kertas yang dikoyakkan tadi, dihembuskan kuat ke arah wajah Maria.. Berang Maria jadinya.
“What? Bodoh?! Hello! Watch out, when you want to talk! I’m not that type.. Lagipun, siapa yang bodoh sekarang ni? I ke? Kalau I bodoh…” sinis mata Maria mengerling pada Katrina yang sedang bepeluk tubuhnya.
“tak adalah aku hilang BOYFRIEND aku, kan!” sambung Maria lagi.. Perkataan boyfriend itu sengaja ditekankan tinggi.
“Kurang ajar, kau!” rambut Maria ditarik kuat Katrina.. Begitu juga dengan Maria.. Mereka saling tarik menarik.. Semua orang di dalam kabin first class, semuanya memandang pada mereka yang sedang bergaduh sakan.. Pramugari-pramugari yang ada, sibuk untuk menolong meleraikannya.. Kecoh seketika suasana di situ.. Masing-masing begitu khusyuk memerhati drama babak istimewa ini.. Afiqa segera menarik bahu Katrina.. Keadaan yang semakin tak terkawal itu begitu membimbangkannya.. 
“Rina.. Dah.. Let’s go!” akibat daripada pergaduhan antara Maria dan Katrina, Afiqa ditolak tidak semena-menanya.. Tubuh Afiqa terdorong ke belakang.. Afiqa yang tidak dapat mengimbangkan badannya terus terjatuh..
“Arghh!” jerit Afiqa.. Jeritan kecil itu menghentikan pergaduhan yang sedang hebat berlangsung tika itu.. Katrina berpusing ke belakang.. Matanya membulat.. Berliter-liter air liurnya ditelan..
“Sakit tahu, badan aku! Asyik kena tolak aje, hari ni!” omel Afiqa geram.. Tangannya yang berada di lantai, mahu ditolak ke atas, untuk menolak tubuhnya agar bangun berdiri pantas.. Tapi, tolakkannya tidak menjadi apabila dirinya terperasankan sesuatu. Ini bukan lantai ni… Lantas, diraba-rabanya lantai itu.. Kenapa lantai ni tak flat?
A’ahh.. Bukan lantai lah tapi rasanya macam… paha seseorang! Oh My… Nafas Afiqa bagaikan tersekat-sekat menahan perasaanya sendiri.. Wajahnya diraupkan.. Wajah seseorang di sebelahnya tidak mahu dipandang.. 
“I’m sorry..” paha yang diduduki Afiqa tadi, lantas digosok-gosok kembali..
“Sakit?” soal Afiqa seraya tersenyum.. “Sorry..” 
“Airish?” Katrina menyoal.. Bibirnya melongo luas.. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.. Airish sekadar mengangguk dengan wajah masam mencukanya.. Langsung tiada sebarang senyuman diberikan.. 
“Dah! Jom!” Afiqa lantas menarik lengan Katrina agar mengikutinya.. Wajahnya sudah cukup merah.. Bahang di wajahnya masih jelas terasa.. Apa yang berlaku tadi, bagaikan diulang tayang kembali.. Afiqa menggeleng laju.. 
Ah!! Malunya!! 
Bab 2

“RINA.. Kau bawak laptop, tak?” tenang Afiqa menyoal.
“Laptop?” wajah Katrina berubah.. Serba salah gadis muda itu. Afiqa yang melihat tingkah aneh rakannya bergerak ke hadapan sedikit..
“Rina..”
“Yess..”
“Don’t tell me that…” ayatnya dibiarkan bergantung. Wajah Katrina yang pucat sedikit sudah memberikan gambaran padanya akan apa yang sebenarnya berlaku..
“Why you’re doing that?!” marah Afiqa.. 
“I’m sorry, Fiqa.. But, I nak datang sini sebab nak enjoy!”
“Yeah, I know it already.. But, the one who wants enjoy here is you!”
“So?”
“So? So what?”
“Siapa nak temankan aku nanti kalau bukan kau… takkan kau nak berkepit aje dengan laptop tu.. Kalau macam tu, baik tak payah datang sini..” perlahan sahaja suara Katrina.. Wajah gadis muda ini tertunduk sayu.. Afiqa mengigit bibirnya..
“Okey.. Look, Rina.. I’m sorry.” Ucap Afiqa lembut.. Intonasinya beransur reda, daripada tadi..
“Tak boleh ke kau berhenti aje, menulis untuk sementara waktu.. Bukan senang tau, aku keluar dengan kau, macam ni..” Afiqa diburu perasaan serba salah.. Nafasnya dihembus lembut.. Selembut angin laut yang menyapa mereka tika ini. Topi yang diperbuat daripada jerami di kepalanya dibetulkan.
“Okey.. Aku mintak maaf. My bad.. Can’t we just forget it and…” tangan Katrina diraih Afiqa.. Wajah temannya dipandang.
“enjoy!!” Katrina mengangguk laju. Kakinya terus berlari mengajak Afiqa sekali ke arah gigi air di situ.. Seronok mereka bermain-main bersama.. Kedengaran gelak tawa mereka menghiasi setiap detik perbualan mereka. Angin laut begitu lembut dan segar menyapa tubuh mereka.. 
Waktu begini, memang ramai yang turun bergembira menikmati pemandangan cantik di Bali.. Ramai yang sedang berjemur di sana, yang mandi laut dan ada yang sedang hangat bercinta membawa pasangan mereka berjalan-jalan sana-sini.. 
“Huh!!” keluhan Katrina menyentakkan Afiqa yang sedang leka tadi..
“Kenapa?”
“Taklah.. Seronok betul tengok pasangan tu! Mesti diaorang bercinta gila-gila kan..” Afiqa menoleh ke arah yang ditunjukkan Katrina itu. Matanya mencari-cari di mana pasangan tersebut kerana di sini banyak sekali yang berdua!
“Siapa yang kau cakapkan ni? Perempuan beramput perang dekat sana tu ke?” Afiqa memuncung mulutnya menunjukkan ke arah pasangan yang sedang berjalan ke arah mereka tika itu. Mata Katrina membulat tiba-tiba..
“Woi, Maria!!” tempik Katrina.. Afiqa terkejut.. Itu bukan ke… Perempuan yang dekat flight tu? Alamak… Kenapa aku tak perasan tadi.. Aduh! Habislah..
“Rina!!” Afiqa pantas mengejar Katrina dari belakang.. Maria yang sedang elok melentokkan kepalanya pada bahu lelaki muda yang kacak bergaya itu mengangkat wajahnya menentang pandang pada Katrina.
“You ni kan!! Memang betina tembaga tahu!!” lurus telunjuk Katrina menghala tepat pada wajah Maria.. Maria tergelak halus..
“So?? Apa salahnya?” soal Maria sinis..
“What? Apa salahnya? Hey, you tahu kan Ryzal cintakan, you.. Habis kenapa you berkepit dengan lelaki ni! You, tak patut buat macam ni pada boyfriend I tahu!” marah Katrina.. Berang sekali dia pada orang yang tidak setia ini.. Walaupun, teman lelakinya tidak setia padanya, tidak bermaksud perempuan ini pun, akan melakukan perkara yang sama pada ex-boyfriendnya! 
“Dah nama pun boyfriend you..So, I tak naklah rampas, kan..” senyuman sinis terukir di bibir Maria.. Katrina mengempalkan penumbuknya.. Mahu kena perempuan ni.. Aku bagi karang! Setahun kau koma nanti!
“Tak nak rampas you, kata?! Sekarang ni, I dah putus dengan dia disebabkan you, tahu?!!”
“Oh, yeah? Congrates, then..” Maria melangkah pergi.. Lengan lelaki tadi, dipaut manja..
“Eeee!! Tak boleh jadi ni..” Belakang Katrina diusap lembut Afiqa.. Bimbang dengan emosi rakannya yang tidak menentu sekali..
“Rina.. Calm down, please.. Let her go.”
“What do you mean? Let her go? No way!! Now, it’s the right time! Remember, chances does not come twice…” Afiqa tercengang.. Revenge? Katrina pantas menyauk segempal tanah laut yang basah..
Pircchhhh!!
Terbahak-bahak Katrina mentertawakan Maria.. Habis belakang badannya terkena pasir laut yang basah itu..
“Oh my… Arghh!! What you’re doing on my shirt?!!” tengking Maria sekuat hati.. Belakang bajunya diraba.. Argh!! Penuh dengan pasir.. Matanya terarah pada Katrina dan Afiqa yang sedang enak ketawakan dirinya..
“Apa you nak buat ni?” soal pemuda di samping Maria.. Maria hanya mempamerkan senyuman manisnya.. Tangannya turut melakukan perkara yang sama.. Kali ini, Maria menyauk pasir laut yang basah dengan kedua-dua tangannya. Lagi banyak dari yang disaukkan Katrina.
“Not need to worry.. just a simple meeting with an old friend!” balasnya lembut.. Terus pasir yang disauknya dilemparkan terus pada Katrina..
Katrina terkejut. Habis, pasir laut itu terkena pada seluruh tubuh bahagian hadapan serta wajahnya.. Berpasir wajahnya.. 
“Ni dah lebih ni.. You tahu tak berapa lama I kena buat facial nanti!!” Kali ini, Katrina menggengam pasir yang kering pula lalu dilemparkan sekali lagi pada belakang Maria.. Maria tersentak.. Rasa bagaikan makin melekit di belakangnya.. Terus, diraba-raba..
“Oh my god..” Maria kaku.. Pasir-pasir yang kering yang dilemparkan tadi, habis melekat pada belakangnya.. gigi Maria diketap. Terus, pasir yang sama dicapai sebelum tubuhnya dipusingkan ke belakang..
“Hai!” Maria terkejut saat wajah Katrina terjengul di hadapannya tiba-tiba..
“Nah!! Kita buat facial sama-sama, okey?! Baru fair.. Fair and square.!” Kini, wajah Maria sudah penuh diseliputi dengan pasir-pasir laut yang basah.. Berasap kepalanya.. Giginya dikancing kuat.. Berombak-ombak nafasnya menahan gegaran yang maha hebat.. Afiqa yang melihat dari jauh, naik gerun juga menyaksikan pertempuran dua wanita gila ni..
“You ni…. memang,… nak kena!!!” Katrina lari bertempiaran.. Kuat Katrina menempik, takut dengan amarah Maria yang tidak terkawal itu.. Tangannya penuh membawa pasir sana sini mengejar Katrina.. 
“Fiqa!! Tolong aku!!” Katrina pantas menyusup ke belakang Afiqa.. Pinggangnya dipegang kejap oleh Katrina.. 
“Tepi!!” arah Maria pada Afiqa. Afiqa sekadar menurut..
“Jangan, Fiqa!!” saat tubuh Afiqa ke kanan, Katrina turut mengikutinya.. Badannya ditundukkan sedikit.. dan apabila tubuh Afiqa ke kiri pula, Katrina juga menurut.. Maria merengus kasar.. Lalu, dia berlari dari belakang, tangannya sudah melayang ke udara mahu melemparkan pasir yang penuh di tangannya.. Dengan pantas, tubuh Afiqa dipusingkan Katrina menghadap Maria..
Pircchh..
Habis basah baju Afiqa.. Afiqa merenung seketika tubuhnya… Ternganga dirinya saat terperasankan bahawa bajunya yang basah adalah di bahagian dadanya.. Terserlah sedikit dek bajunya yang berwarna putih dan jarang tika itu.. Nafas Afiqa sudah tidak teratur.. Wajah Maria direnung tajam..
“Oppss! Silap sudah.. Tapi, it’s okey.. Take it as a gift!” Maria menapak ke belakang sedikit demi sedikit.. Melihat wajah bengang Afiqa membuatkannya sedikit takut sebenarnya.
“Apa? As a gift? Hah?!!” Laju tangan Afiqa menyauk sama pasir-pasir laut itu.. Katrina juga membuat perkara yang sama..
“Jom! Kita ajar perempuan gedik tahap petala langit nak mati ni!!” Afiqa mengangguk setuju.. Terus, mereka berdua mengejar laju Maria yang sudah berlari jauh itu.
“Arghhh!!!” Maria menempik kuat sambil berlari.. Mukanya dipusingkan ke belakang.. Membuntang matanya apabila jarak memisahkan antara mereka semakin dekat.. Lantas, lariannya semakin dilajukan.
Afiqa mengeluh.. Naik lenguh kakinya berlari di atas pasir-pasir ini.. 
“Cepat, Fiqa!! Cepat!!” laung Katrina yang sedikit di hadapannya.. 
Afiqa sudah letih.. Lariannya sudah tidak kencang seperti awal-awal tadi. Namun, digagahkan jua.. Katrina agak jauh daripadanya mengejar Maria yang semakin jauh darinya, pasti.. 
Afiqa memberhentikan langkahnya seketika.. Mahu menghilangkan penat.. Nafasnya tercungap-cungap.. Mahu menyerap oksigen sebanyak mungkin. 
“Fiqa!! Cepat!! Jangan berhenti, minah gedik ni dah jauh dah!!” kuat Katrina menempik.. Afiqa menarik nafas dalam-dalam.. Lariannya disambung kembali.. Pasir laut yang basah tadi digantikan pula dengan pasir kering.. Lariannya bersambung sambil matanya difokuskan ke hadapan, mencari lokasi di mana keberadaan Maria.. 
Sedang ralit matanya, mencari jejak Maria matanya tidak terperasan akan seseorang yang melintasinya.. 
“Tepi!! Tepi!!” amaran dikeluarkan Afiqa laju.. Kuat suaranya menempik.
Belumpun sempat Afiqa memperlahankan lariannya… dan.. 
Dumm!!! 
Segalanya sudah terlambat…
Afiqa membuka matanya yang terasa pedih.. Matanya susah untuk dibuka. Tubuhya terasa seperti melekap pada sesuatu.. Terus, diraba-raba.. Kat mana aku ni? Ligat, tangannya meraba-raba sana sini.. Tak rupa macam pasir pun.. Bukan ke aku jatuh ke tadi? Rabaanya disambung..
“Woii!! Apa ni?!!” Terkejut Afiqa dengan jerkahan itu.. Badannya segera dinaikkan.. 
“Buta ke?!!” marah suara itu.. Macam suara lelaki.
“A’ah..” jawab Afiqa selamba.. Suara itu seperti sudah diam. Sentap ke?
“Separa buta.. Mata saya masuk pasir..” jawan Afiqa jujur.. Membetulkan jawapannya tadi.
“Kenapa kau tak buta aje, terus?! Lagi bagus!” Afiqa mengetap bibirnya.. Siapa mamat ni? Kenal pun tak, tiba-tiba nak doakan orang buta pulak.. Aku doakan dia cacat nanti lagi bagus!
“Eh.. Awak!! Awak ada lagi ke? Awak!!” tempik Afiqa laju apabila suara lelaki itu diam sahaja.. Tangannya meraba-raba sana sini.. Gelap pekat pandangannya.. Tak nampak apa-apa.. Ya Tuhan.. Beginikah perasaan orang buta. Aduhai.. Seksanya.. Aku tak nak buta!
“Awak!!”
Sepi…
“Awak!!” 
Suasana makin sunyi.. Hanya kedengaran derapan angin sahaja menyapa halwa telinganya.. Afiqa semakin berdebar-debar.. 
“Awak!! Jangan tinggalkan saya!!” Entah kenapa Afiqa rasa mahu menangis pun ada.. Mana lelaki tadi.. Hanya dia sahaja yang boleh tolongnya.. Rasanya saat dia lari ke sini, orang semakin kurang.. Entah kat sini, ada orang ke tidak.. Seram sejuk Afiqa jadinya..
“Awak!! Tolonglah!!” tempik Afiqa sekuat hati..
“Hihhhh..Apa lagi kau nak? Hah?!!” Afiqa menarik nafas lega.. Tangannya meraba-raba lelaki itu..
“Woii!! Kau memang kerja peraba ke?” Afiqa tersenyum malu..
“Tak adalah.. Saja aje, nak raba sikit.. Takut suara tadi, suara hantu aje..”
“What?! Kau ingat aku hantu ke?”
“Alah.. Biar ajelah.. Hantu ke, lanun ke, apa ke.. Yang penting tolong saya.. Mata saya masuk pasir ini.. Tolonglah.. Tangan saya semuanya melekit dengan pasir-pasir ni..” rayu Afiqa..
“Hih.. Macam budak-budak main pasir-pasir.. Kau buat istana pasir ke?”
“Hih.. Banyak soal pulak! Tolong dah lah.. Sibuk pulak!” marah Afiqa..
“Sombong betul minah ketiak ni..”
“Minah ketiak awak kata?!”
“Yelah.. Bau ketiak kau tu busuk!” 
Pantas, Afiqa mengangkat ketiaknya, lalu dihidu.. Biasa aje.. Habis, kenapa dia kata ketiak aku busuk? Oh my.. Akalnya seperti menangkap sesuatu.. Bajunya diraba-raba bahagia dada.. Masih basah! Mesti dia cakap macam tu, nak suruh aku angkat ketiak aku.. Lepas tu, dia bolehlah…. Tak sanggup nak cerita.
“Eee!! Gatal!!” pasir-pasir di sekelilingnya dicapai dan dilemparkan sana sini.. tidak nampak di mana lelaki itu berada.. So, lempar ajelah mana-mana yang patut.
“Woi! Apa ni?! Main kasar pulak..”
“Awak tu yang miang keladi tahap gaban kenapa?!”
“What? Miang keladi tahap… what? What was that?”
“Tak guna betul!” omel Afiqa geram.
“Dahlah! Menyesal aku datang sini! Baik aku biarkan kau buta aje, kat sini..” Afiqa kaget.. Ha.. Buta? Tak nak!! Wajah cemas Afiqa semakin ketara..
“Awak!! Tolonglah.. Okey.. Saya mintak maaf.. Awak tak gatal..” Afiqa mengalah.
“Apa?”
“Awak tak gatal!!” 
“Ha? Saya tak jelas..”
Afiqa mendengus.. Pekak pulak..
“Awak tak gatal..” mendatar aje suaranya.. 
“Macam tu lah.”
“Macam tu, macam tu, macam tu! Tolong saya ni..” ejek Afiqa..
Lantas, lelaki tersebut membantu Afiqa membuang pasir di matanya.. Lembut mata Afiqa ditiupnya.. Lalu, wajah itu disapu-sapu menghilangkan pasir di sekitarnya.. Namun, lelaki tersebut bagaikan leka seketika melihat wajah menarik Afiqa dari jarak yang dekat..
Lelaki tersebut tersenyum herot.. Hehehe.. Bukan senang nak sentuh perempuan bertudung litup ni.. Lalu, wajah Afiqa diusap-usap lembut.. Ternyata, usapan di wajahnya menyentakkan Afiqa.. Ni apa pasal lain macam aje ni? Perlahan-lahan matanya dibuka..
“Apa awak buat ni?!!” terus tubuh lelaki di hadapannya ditolak sekuat hati..
Lelaki tersebut jatuh tertidur di atas tanah.. Mata Afiqa dibuka seluas-luasnya.. Sebaik sahaja, matanya membuka, matanya bagaikan mahu terbuntang pula..
“Airish?!!”
Wajah lelaki itu direnung lama.. Segenap inci wajah itu ditilik.. Adakah aku cakap tadi dengan… dengan dia?



Bab 3

HULURAN tangan Afiqa disambut dengan sebal oleh Airish.. Matanya tajam merenung wajah Afiqa yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah dengan apa yang terjadi.
“Jom.. Ikut saya..” ajak Afiqa.. Airish tercengang.. Berani betul dia ni! Namun, langkahnya tetap diiukut menuju ke arah air laut itu..
Afiqa pantas, menyauk sedikit air laut itu dan disapukan ke arah baju kemaja Airish.. Terkejut Airish seketika dengan tindakan spontan gadis ini..
“Saya mintak maaf.. Habis kotor baju awak ni.. Habis, pasir ni melekit kat sini.. Saya tak sengaja..” ujar Afiqa.. Matanya setia pada kotoran yang terdapat pada dada Airish itu.. Ligat, tangannya mengosok-gosok sekuat hati.. Namun, kotoran itu tetap tidak tertanggal..
“Hish.. Tak tanggallah.. Bak sinilah.. Saya basuhkan. Esok, saya hantarkan..” Airish kaget.. Bibirnya tergelak kecil..
“Kenapa gelak?”
“Do you know who you’re talking with?” mata Afiqa mendongak menentang pandang pada anak mata Airish yang sedari tadinya galak merenung Afiqa..
“Entah..” Bahu Afiqa dijungkitkan sedikit..
“Kawan saya cakap awak ni artis popular.. But.. it seems too impossible.. Quite unlogical..” ucap Afiqa selamba..
“What?!!” kuat suara itu bertanya sehinggakan mengejutkan Afiqa yang ligat menyental akan kotoran di baju Airish..
“Kenapa? Salah ke apa yang saya cakap?” 
“Memang sahlah salah! Aku ni artis tahu.. Pelakon popular!! I’m star!!” ucap Airish sambil tersenyum bersama lagaknya.. Pantas, lagaknya diserlahkan lagi dengan menggayakan dirinya seperti sedang shooting untuk mengambil gambar bagi cover majalah saja. Tubuhnya dipeluk kemas..
Ternyata, gelagatnya hanya mengundang tawa besar sahaja oleh Afiqa.
“Artis? Tak nampak macam rupa artis pun.. dengan rambut serabai macam tu..” omel Afiqa.. Sempat lagi, matanya menilik Airish seketika. Kacak memanglah kacak, tapi macam tak sesuai aje jadi artis.. Afiqa masih ragu-ragu..
“Hey!! Watch out, when you’re saying… Rambut aku okey aje tahu.. Ni.. jadi macam ni disebabkan kau, tahu tak!! Habis rambut korea aku!!” terkejut Afiqa mendengarnya.. Tawanya pecah sekali lagi..
“Omo!! Omo!! Omo!! Korea? Korea sesat kat bali?”
Airish bercekak pinggang..
“Kau tak percaya ke?”
Afiqa menggeleng..
“Aishhh… susah betullah!”
“Apa yang susahnya? Nak suruh saya basuhkan tak kemaja tu?” Airish menjeling sahaja Afiqa di sebelahnya.. 
“Huh! Tak payah! Nanti kau santaukan aku pulak..”
“What? Santau?”
“Yeah.. When you’re find out soon, that I’m an artist, maybe you’ll do it.. Kan?”
“What? Do you think I’m kind of that person?”
“Who knows?? Bila peminat fanatik, semuanya boleh jadi..”
“Tapi, itu kalau peminat fanatik.. Tapi, aku tak usah kata fanatik, minat pun tak!! Nak suruh basuh tak?”
“Huh! Sorry naik lorry, tak payah..”
“Eee!! Kangaroo bawak anak, aku pun tak nak!!” Afiqa terus meninggalkan Airish bersendirian di sana.. Huh.. Artis? Dalam mimpilah! Airish melirik senyuman sejurus sahaja Afiqa meninggalkannya.. what’s your name, little girl.. It’s not fair if you know my name, but I’m not.. But… just forget it!!
Airsih pun turut meninggalkan tempat itu sekali.. Jauh matanya memandang sekeliling sama seperti seseorang yang sedang memerhatikan segala aksi mereka tadi.. Segala aksi tadi bermain di mindanya..
“Booom!! Meletop!!” bibirnya mengukirkan senyuman.. Bersiap sedialah Tengku Airish Shah!! 

AH!! Leganya.. Afiqa menepuk-nepuk halus pipinya.. Segar bugar rasa badannya sejurus sahaja mandi.. Rambutnya dibungkus dengan tuala sebelum menghampiri Katrina yang tertiarap di atas katil..
“Kau buat apa ni?” soal Afiqa.. 
Matanya sempat menjeling majalah yang dibaca Katrina.. Khusyuk sangat dia menelaah buku tu.. Apa yang ada? Afiqa cuba melirik seketika akan artikel yang dibaca Katrina.. Siapa lelaki tu? Dadanya tiba-tiba berdebar kencang.. Peristiwa petang tadi bermain lagi di mindanya.. Maksudnya…
“Airish?” Katrina mendongak memandang Afiqa..
“Kenapa? Salah ke aku baca? Pelik?” Afiqa menggeleng..
“No.. What I mean is, he’s an artist?” Katrina mengangguk..
“Yeah.. Kan aku dah bagitahu kau..”
“I thought it was just a lie..” Katrina bangun terduduk menghadap rakannya..
“A lie? How could you say that? He’s popular, you know..”
Afiqa mencebik..
“Popular apanya.. Aku tak pernah pun nampak dia kat drama ke or filem ke dekat Malaysia ni?”
“Memanglah sayang oii.. But, he’s popular in here, Indonesia.. Tapi, dia baru aje datang dekat Malaysia.. Macam baru berjinak-jinak lah in our own industry..” Afiqa tercengang..
“Buat apa nak beralih ke Malaysia pulak? Menyibuk aje.. Berlakon ajelah dalam sinetron dia tu..” omel Afiqa bersahaja..
“Hello! He’s Malaysian..”
“What? Malaysian?”
“Yeah.. Malaysian..”
Afiqa terdiam.. Jadinya betullah aku terserempak dengan artis tadi? Macam tak percaya aje? Pen Airish di atas meja dipandang.. Kata-kata Airish tadi diingat kembali..
“Huh! Tak payah! Nanti kau santaukan aku pulak..”
Bibirnya mengukirkan senyuman nipis.. Santau… macam menarik aje.. Hehehe..

SEBAIK sahaja mereka sampai di KLIA, mereka terus menghala ke ruangan bagasi, untuk mengambil beg mereka.. 
“Ah!! Tak puas betul.. Menyesal pulak just booking three days..”
Afiqa sekadar tersenyum.. Dah tak larat nak lama-lama kat sana.. Letih betul.. Bahunya ditepuk-tepuk sedikit bagi menghilangkan rasa sengalnya..
“Mana beg aku ni?” bebel Katrina.. Sibuk matanya memerhatikan sekeliling ruangan itu.. Bayang begnya maih belum kelihatan..
“Ha! Itu pun beg aku..” Afiqa terus mencapai bagasi biru terangnya.. Katrina mencebik..
“Tak aci! Tunggu aku dulu! Cari beg aku sekali!”
“Huh.. Yelah.. Oh.. Tu!! Kat sana..” lurus Afiqa menunjukkan keberadaan bagasi merah jambu Katrina.. Katrina mengangguk sahaja.. Kakinya pantas bergerak ke sana.. Sedang tangannya mahu mencapai bagasinya, ada tangan lain yang turut mencapai sama bagasi merah jambunya..
“Eh, apa ni! Ni beg saya..” Katrina mendongak.. Berubah air mukanya tatkala wajah Maria terjengul di ruang matanya..
“Kau lagi!! Hey! Ni beg aku tau.. Jangan nak menyibuk..”
“Hello! Beg I warna merah jambu macam ni jugak okey.. Ni beg I!!” putus Maria.. Afiqa menggeleng sambil tergelak kecil..
“Tengoklah nama kat bagasi tu.. Yang kau punya Rina, kau ada tulis nama kan?” cadang Afiqa.. Katrina mengangguk setuju.. Tag nama dicari..
“Hah!! See! This is mine!” tag namanya dibuang dari sampulnya lalu ditayangkan di hadapan Maria..
“Buta ke? Tak nampak lagi? Nak zoom besar mana?” Maria merengus lembut.. Rambutnya diselak ke belakang.. 
“Huh!!” Terus, Maria berlalu mencari begnya di hujung sana.. Jauh daripada mereka berdua.. Katrina tersenyum kemenangan. Malulah tu, minah kerek ni..
Mereka berdua terus meninggalkan ruangan bagasi dan menuju terus ke arah laluan susur keluar daripada KLIA itu..
“Eh.. Airish?” ucap Afiqa spontan apabila tubuh Airish menyapa matanya.. Lelaki itu bergerak ke arah laluan susur keluar VIP.. 
“Airishlah!! Jodoh betul.. Asyik jumpa aje ni.. Tak sempat nak ambik autograph.. Tapi, tak apalah kan.. Kau kan dah ada pen dia.. Kira halallah tu.. Tak dapat autograph dapat pen dia pun jadilah..” omel Katrina bersahaja.. Kaca mata hitamnya diselitkan di atas rambutnya.. 
Kata-kata Katrina menyentakkan Afiqa.. Yess! Pen! Beg tangannya dibuka lalu dicari mana pen tersebut.. Katrina yang melihat tingkah aneh rakannya bersuara..
“Kau cari apa?”
“Pen Airish tu..”
“Kenapa kau nak pulangkan ke? Hesy, tak payahlah..”
“Jumpa!!” Afiqa berjalan terus membuntuti ke arah laluan susur keluar VIP, mengejar kedudukan Airish yang agak jauh ke hadapan.. Katrina yang melihat rakannya menuruti langkah Airish, pantas diikutinya jua..
“Airish!! Excuse me… wait… wait..” laung Afiqa.. Pen Airish digengam kuat..
“I’m sorry miss.. Please use the other line.. This line is only for the VIP passenger..” halang pegawai di situ.. Afiqa menggigit bibir bawahnya..
“No.. It’s like this.. This is belong to him.. I must hand in to him!”
“Please miss.. Go over there..”
“Aisyhhh!! Susah betul.. Hey, pak cik!!” nada Afiqa mulai berubah.. Panggilannya juga turut berubah.
“Rileks, Fiqa! Biar aku yang uruskan.. Kau pergi masuk..” lantas Katrina terus, menghentakkan kuat kasut tumit tingginya ke atas kasut pegawai di situ.. Terjerit pegawai itu menahan kesakitan.. Melongo Afiqa jadinya..
“Cepat, Fiqa!! Masuk!!” Afiqa menurut.. Langkahnya semakin dilajukan mengejar Airish yang bersama dengan beberapa orang.. Mungkin bodyguard dia barangkali..
“Miss!! You can’t go in there!!”
“Hey!!” tangan pegawai itu dicapai Katrina, menghalangnya mengejar Afiqa.. Terkejut pegawai itu jadinya.. Lantas, pegawai itu merentapkan tangannya kasar.. Tanpa sedar, tangan pegawai itu hampir tersentuh di bahagian dada Katrina.. Katrina terkejut.. Wajahnya tergamam habis.. Idea jahatnya menjelma.
“Tolong!!! Help me!! Help me!!” tempik Katrina kuat.. Pegawai itu mulai cemas..
“Miss.. Miss.. I didn’t mean to do that..” terang pegawai tersebut.. Namun, Katrina tidak mengendahkannya..
“Tolong!! Lelaki ni cuba meraba saya.. Tolong!!” orang ramai yang lalu lalang semakin ramai menyaksikan drama sebabak yang dimainkan Katrina dengan jayanya.. Ada orang yang berbisik sesama sendiri.. Ada orang yang sanggup berhenti daripada berjalan semata-mata mahu melihat apa yang berlaku.. Pegawai itu semakin cemas jadinya.. Semakin ramai orang yang melihat mereka..
“Miss.. Please, don’t be like this.. Okey.. I’m so sorry..” pinta pegawai muda itu..
“What’s going on, here?!!” Katrina dan pegawai tersebut pantas mengangkat wajah mereka serentak.. Liur ditelan sebanyak mungkin.. Kelat rasanya tekak Katrina.. Alamak…

AIRISH memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Lisa.. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin.. Matanya sempat melirik akan begitu banyak wartawan-wartawan daripada stesyen telivisyen mahupun akhbar-akhbar tempatan berdiri di belakang Lisa.. Wajah Lisa yang sedang berpeluk tubuh itu dipandang..
“Hey, darling…” Airish mendekat.. Tangannya didepakan mahu memeluk tubuh gadis genit ini.. Begitu banyak sekali cahaya-cahaya lampu yang menyimbah ke arahnya.. Merakamkan akan aksi-aksinya.. So, dia mestilah tonjolkannya.. Namun, langkahnya kaku saat Lisa mengisyaratkan agar Airish memberhentikan langkahnya..
“Why?”
“Why? You asked me, why?” 
Airish tidak faham.. Lisa tersenyum sinis.. 
“Don’t act like you don’t know anything, dear..”
“Know about what? Act like what? I don’t understand..” jujur Airish meluahkan kata.. Lisa mengetap bibirnya.. Tas tangannya dibuka lalu dikeluarkan beberapa keping gambar.. Lantas, gambar itu diberikan pada Airish..
“How would you find about this?” soal Airish kaget.. Gambarnya bersama Afiqa di Bali tempoh hari semuanya dirakam.. Bermula daripada insiden Afiqa jatuh menghempap badannya sehinggalah insiden di mana dirinya membantu menghilangkan pasir di mata gadis itu..
“Why? Are you scared? Takut rahsia you bocor?”
“What… should I? Ni bukan salah I pun..”
“Huh!! Bukan salah you?? Habis, salah perempuan ni?”
“….maybe..” jawab Airish lambat-lambat..
“You ingat I bodoh? What both of you doing there?” bentak Lisa kasar..
“Lisa.. Please.. Can we talk about this later?” lengan Lisa diusap Airish lembut.. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di sini.. Apatah lagi, di hadapan pelopor-pelopor idea yang maha gila yang bisa menghilangkan segala peluang untuknya mengembangkan bakatnya di Malaysia nanti.. Lisa menolak kasar tangan Airish dari menyentuh kulitnya..
“Kenapa? Because there’s a lot of reporters here? Let them be! Now, tell me!!” 
“Airish..” Serentak Airish dan Lisa mengangkat wajah.. Suasana semakin bingit, haru-biru jadinya.. Flash-flash kamera semakin galak menyimbahi wajah Afiqa pula.. Riuh suasana di KLIA di sini.. Afiqa melajukan lariannya..
“This!! I just wanna give this.. You left it..” selamba sahaja Afiqa bereaksi.. Pen Airish dihulurkan.. Airish sekadar menjeling cuma, pandangannya kembali pada Lisa.. Mata gadis itu kelihatan berkaca-kaca..
“Airish? Dah serapat tu ke?” lembut suara Lisa menyapa.. Suaranya sedikit sebak.. Pandangannya mulai kabur…
“Pen? Wow.. How times, did you guys met?” Airish dan Afiqa terdiam.. 
“At first, I really hopes that it was a lie.. But, now I’m wrong..” Tergamam Afiqa seketika.. Wajah Lisa yang penuh dengan air mata dipandangnya.. Tidak sangka di sini berlaku pergelutan.. Kalau tidak, memang dia tak akan datang tadi.
“Hah?!! I asked you, Airish!! Answer me..” hambur Lisa kuat.. Pandangannya dialihkan pada Afiqa di sebelah Airish.. 
“Airish.. From now on,….” Lisa menarik nafas..
“we’re end here.” putus Lisa.. Berubah air muka Airish.. Mata Afiqa membulat besar… 
“Lisa!!” laung Airish memanggil Lisa yang jauh meninggalkannya.. Langkahnya terus mengejar Lisa.. Afiqa mengigit bibirnya.. Airish ni.. Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang kat sini? Kini, semua mata-mata wartawan memandang dirinya.. Tubuh Afiqa menjadi tumpuan kini pada semua yang ada di situ..
“Miss!! Please, give a words.. What had happened?” pinta semua para wartawan-wartawan di situ.. Afiqa diburu resah.. Lalu kepalanya ditundukkan hormat..
“Anyonghaseyo!! (Hello)”
“Miss.. Are you Airish girlfriend?”
Afiqa terdiam seketika.. Persoalan apa ni?
“Bang-gap-sum-ni-da. (Nice to meet you)” Afiqa beransur mahu beredar..
“Miss… Please answer it..” halang mereka..
“Mi-an-ham-ni-da.. (I’m sorry)…”
Sempat Afiqa memerhati sekeliling.. Suasana bertukar sedikit sunyi.. Kenapa? Pelik ke jika dia berbicara sebegitu? Huh.. Baguslah.. Kepalanya kembali, ditundukkan sedikit..
“Annyonghi kaseyo.. (Goodbye)…”
Terus, Afiqa berpatah kembali ke arah di mana Katrina berada.. Wartawan-wartawan di situ kelihatan sedikit tercengang..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella