Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Sunday, July 1, 2012

Utama » , , » Novel : Panggil Aku Ibu - Bab 2

Novel : Panggil Aku Ibu - Bab 2


Di tepi kolam ikan yang terdapat di dalam kolej itu, terlihat beberapa orang lelaki sedang bergurau senda sesama mereka. Yang seorang tu pakai cap terpusing. Yang seorang lagi pakai beg bersilang ke dada. Seorang lagi seperti biasa dengan lagak muka poyo. Mereka semua kawan-kawan Arash. Yang bermuka poyo tidak berperasaan tu adalah Arash anak Dato` Shahril. Orang berduit memang kawan tapi tak pastilah sama ada Isar dan Remy tu berkawan dengan Arash secara jujur dan ikhlas ataupun sebaliknya. Apa yang pasti, apa yang Arash suruh pasti Isar dan Remy akan ikut.

Di tangan Isar pegang tin Pepsi lalu diteguknya sambil duduk atas tebing kolan tu. Remy pulak duduk dibangku dekat dengan Arash. Arash senyum dan mengucapkan syabas pada mereka berdua.

Well done!” Arash tepuk tangan. “Macam tu la yang aku nak. Korang buat apa yang aku suruh. So malam ni kita enjoy.” Seronok dengar mereka berdua pandai buat kerja.

“Tapi kan, kau tak takut ke kalau dia jadi puntianak dan hisap darah kau?” Isar bangun dan duduk di bangku pula. Ditanggalkan cap itu dan diletakkan atas meja.

“Aah la Arash… kau betul-betul cintakan dia ke? Habis tu Lisa macam mana?” Remy mencelah sambil lepaskan beg yang bersilang di dadanya dan terus letakkan di atas meja. Kemudian dicapai air Pepsi Isar.

“Weh! Beli la sendiri.” Isar tepis tangan Remy.

“Nak sikit je.”

Arash perhatikan gelagat mereka lalu ditepuk meja. “Wei wei! Aku boleh beli sepuluh la untuk korang asalkan korang terus ikut aku.”

Mereka terus berhenti berebut. Macam budak kecil je perangai. Isar tu memang kedekut. Remy bengang dengan Isar tu tapi nak buat macam mana dah kawan.

“Kami setia ikut la Arash asalkan kau dapat miliki orang yang kau cintai tu. Tapi si Lisa kau nak campak mana?” Sekali lagi Remy ingatkan Arash.

“Lisa akan berikan kau masalah untuk dapatkan cinta Rania tu. Aku yakin lepas ni perang besar akan tercetus dalam kolej kita ni selepas apa yang kita buat tadi tu Lisa dapat tahu. Lagipun aku pun pelik la dengan kau ni. Apa yang kau pandang sangat dengan si Rania tu? Dia tak setaraf dengan kau la Arash. Aku pun tak yakin famili kau dapat terima dia.” Kata-kata Isar pula membangkitkan sangsi. Ah! Cinta Lisa tu cinta apa? Aku tak suka dia. Lagipun dia sepupu aku. Tak mungkin aku dapat mencintai sepupu sendiri. Gila la mak aku tu nak jodohkan aku dengan Lisa. Arash tak akan ikut telunjuk tu. Tapi… kalau mamanya merajuk bagaimana? Arash dah hilang tumpuan.

“Ohho… nama tu kau jangan sebut. Lisa tu tetap sepupu aku.” Arash menafikan.

“Tapi dia dah cintakan kau gila-gila Arash.” Remy seolah-olah membuatkan hati Arash kucar-kacir. Terbawa ke satu sudut yang sangat sempit. Tapi otak Remy lagi sempit. Dah Arash tak suka Lisa tu buat apa nak sebut lagi nama tu?

“Kau beria-ia sangat ni kenapa?” Arash bangun dan mula melangkah. Dia berdiri tepi kolan membelakangi mereka. “Ke kau sukakan Lisa tu? Kalau kau suka kau ambik je la Remy… sesuai dengan kau…” Arash ketawa kecil.

“Ke situ pulak kau.” Remy menoleh.

Isar pula membulatkan biji mata macam nampak hantu. Lidahnya kelu tak dapat ucap apa-apa. Dalam pada itu Arash menyusun ayat. “Aku dah suka dekat Ra…”

“Arash!!!” Suara Rania memetir. Arash tersentak mendengar suara itu. Cepat-cepat dia menoleh. Terkejut dia melihat muka Rania merah padam.

Pang!

Tanpa disangka-sangka Arash dapat hadiah. Tak cukup dengan itu, Rania tolak tubuh Arash sekuat hatinya.

“Wowowo!” Arash hilang timbang setelah tubuhnya bergoyang dan akhirnya. ‘Syyruuhhh.’ Basah kuyup.

Rania berlalu dari situ. Isar dan Remy ketawa melihat Arash terhumban ke dalam kolam ikan. Fuh! Arash meraup wajahnya. Tak apa Nia… kau buat la apa sahaja, aku suka tengok bila kau marah. Selagi kau marah semakin bertambah sayang aku terhadap kau, bisik hatinya. Dia menggosok pipinya sendiri sambil tersenyum. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dirinya ditampar oleh gadis bernama Rania Fitri.

Remy bangun untuk membantu. Dia menghulurkan tangan tapi Arash bagi upah. Dia tarik Remy turut terhumban dalam kolam tu. Tidak semena-mena Isar kasihankan Remy lalu menghulurkan bantuan.

“Tidak!!!” Isar terpekik. Remy turut tarik Isar masuk dalam kolam. Mereka bertiga ketawa.

“Kan aku dah cakap, dia takkan biarkan kau punya… tadi muka dia dah macam puntianak nak hisap darah.” Isar senyum walaupun lencun satu badan.

Arash melangkah naik ke tebing. “He he he…” tawa Arash.

Remy menggeleng. Fuh!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella