Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

TINGGALKAN PESANAN

NOVEL TERKINI

CERPEN TERKINI

Sunday, July 1, 2012

Novel : Panggil Aku Ibu - Bab 2


Di tepi kolam ikan yang terdapat di dalam kolej itu, terlihat beberapa orang lelaki sedang bergurau senda sesama mereka. Yang seorang tu pakai cap terpusing. Yang seorang lagi pakai beg bersilang ke dada. Seorang lagi seperti biasa dengan lagak muka poyo. Mereka semua kawan-kawan Arash. Yang bermuka poyo tidak berperasaan tu adalah Arash anak Dato` Shahril. Orang berduit memang kawan tapi tak pastilah sama ada Isar dan Remy tu berkawan dengan Arash secara jujur dan ikhlas ataupun sebaliknya. Apa yang pasti, apa yang Arash suruh pasti Isar dan Remy akan ikut.

Di tangan Isar pegang tin Pepsi lalu diteguknya sambil duduk atas tebing kolan tu. Remy pulak duduk dibangku dekat dengan Arash. Arash senyum dan mengucapkan syabas pada mereka berdua.

Well done!” Arash tepuk tangan. “Macam tu la yang aku nak. Korang buat apa yang aku suruh. So malam ni kita enjoy.” Seronok dengar mereka berdua pandai buat kerja.

“Tapi kan, kau tak takut ke kalau dia jadi puntianak dan hisap darah kau?” Isar bangun dan duduk di bangku pula. Ditanggalkan cap itu dan diletakkan atas meja.

“Aah la Arash… kau betul-betul cintakan dia ke? Habis tu Lisa macam mana?” Remy mencelah sambil lepaskan beg yang bersilang di dadanya dan terus letakkan di atas meja. Kemudian dicapai air Pepsi Isar.

“Weh! Beli la sendiri.” Isar tepis tangan Remy.

“Nak sikit je.”

Arash perhatikan gelagat mereka lalu ditepuk meja. “Wei wei! Aku boleh beli sepuluh la untuk korang asalkan korang terus ikut aku.”

Mereka terus berhenti berebut. Macam budak kecil je perangai. Isar tu memang kedekut. Remy bengang dengan Isar tu tapi nak buat macam mana dah kawan.

“Kami setia ikut la Arash asalkan kau dapat miliki orang yang kau cintai tu. Tapi si Lisa kau nak campak mana?” Sekali lagi Remy ingatkan Arash.

“Lisa akan berikan kau masalah untuk dapatkan cinta Rania tu. Aku yakin lepas ni perang besar akan tercetus dalam kolej kita ni selepas apa yang kita buat tadi tu Lisa dapat tahu. Lagipun aku pun pelik la dengan kau ni. Apa yang kau pandang sangat dengan si Rania tu? Dia tak setaraf dengan kau la Arash. Aku pun tak yakin famili kau dapat terima dia.” Kata-kata Isar pula membangkitkan sangsi. Ah! Cinta Lisa tu cinta apa? Aku tak suka dia. Lagipun dia sepupu aku. Tak mungkin aku dapat mencintai sepupu sendiri. Gila la mak aku tu nak jodohkan aku dengan Lisa. Arash tak akan ikut telunjuk tu. Tapi… kalau mamanya merajuk bagaimana? Arash dah hilang tumpuan.

“Ohho… nama tu kau jangan sebut. Lisa tu tetap sepupu aku.” Arash menafikan.

“Tapi dia dah cintakan kau gila-gila Arash.” Remy seolah-olah membuatkan hati Arash kucar-kacir. Terbawa ke satu sudut yang sangat sempit. Tapi otak Remy lagi sempit. Dah Arash tak suka Lisa tu buat apa nak sebut lagi nama tu?

“Kau beria-ia sangat ni kenapa?” Arash bangun dan mula melangkah. Dia berdiri tepi kolan membelakangi mereka. “Ke kau sukakan Lisa tu? Kalau kau suka kau ambik je la Remy… sesuai dengan kau…” Arash ketawa kecil.

“Ke situ pulak kau.” Remy menoleh.

Isar pula membulatkan biji mata macam nampak hantu. Lidahnya kelu tak dapat ucap apa-apa. Dalam pada itu Arash menyusun ayat. “Aku dah suka dekat Ra…”

“Arash!!!” Suara Rania memetir. Arash tersentak mendengar suara itu. Cepat-cepat dia menoleh. Terkejut dia melihat muka Rania merah padam.

Pang!

Tanpa disangka-sangka Arash dapat hadiah. Tak cukup dengan itu, Rania tolak tubuh Arash sekuat hatinya.

“Wowowo!” Arash hilang timbang setelah tubuhnya bergoyang dan akhirnya. ‘Syyruuhhh.’ Basah kuyup.

Rania berlalu dari situ. Isar dan Remy ketawa melihat Arash terhumban ke dalam kolam ikan. Fuh! Arash meraup wajahnya. Tak apa Nia… kau buat la apa sahaja, aku suka tengok bila kau marah. Selagi kau marah semakin bertambah sayang aku terhadap kau, bisik hatinya. Dia menggosok pipinya sendiri sambil tersenyum. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dirinya ditampar oleh gadis bernama Rania Fitri.

Remy bangun untuk membantu. Dia menghulurkan tangan tapi Arash bagi upah. Dia tarik Remy turut terhumban dalam kolam tu. Tidak semena-mena Isar kasihankan Remy lalu menghulurkan bantuan.

“Tidak!!!” Isar terpekik. Remy turut tarik Isar masuk dalam kolam. Mereka bertiga ketawa.

“Kan aku dah cakap, dia takkan biarkan kau punya… tadi muka dia dah macam puntianak nak hisap darah.” Isar senyum walaupun lencun satu badan.

Arash melangkah naik ke tebing. “He he he…” tawa Arash.

Remy menggeleng. Fuh!
Baca Selanjutnya...

Saturday, June 30, 2012

Novel : Panggil Aku Ibu - Bab 1


Bab 1

“Rania Fitri!” Erh! Tersentak Rania setelah namanya diseru bagaikan halilintar yang menerjah ke cuping telinga.

Selalunya kalau dirinya dipanggil seperti itu pasti ada yang tidak kena. Tambahan pula waktu sedang belajar di dalam kelas bersama Encik Rashid sepatutnya diberikan perhatian. Enciknya itu memang pantang kalau pelajarnya termenung. Merepek! Rania tidak pernah berkeadaan sedemikian sebelum ini.

Sebab tesis aku ke? Rania gelisah. Nabiera mencuit lengan Rania supaya tersedar dari gelabah. Nabiera kenyit mata. Apa makna tu?

“Ira…” Sebut Rania perlahan. Dia bangun dan mendapatkan Encik Rashid yang berwajah bengis bermisai lebat. Gelora di hati kian ganas tambah pula sekarang ni pensyarahnya itu sedang mengamuk.

“Ya encik…” Rania sudah berada di hadapan. Pelajar lain memerhatikan sahaja. Masing-masing diam tidak berani membantah atau mengeluarkan sebarang bunyi. Pendek kata, seperti kelas yang tidak berpenghuni.

Nabiera senyum. Senyuman tu memang nampak biasa bagi segelintir pelajar lain. Tapi bagi Rania yang sekilas pandang macam mengerti. Apa boleh buat kalau semua itu terpaksa.

“Kalau awak macam ni, prestasi awak akan jatuh.” Tesis dihulurkan. Aku gagal ke? Rania kecut perut. Tak mungkin. Dia tidak menerima hakikat itu. Nabiera dekat belakang tu sudah boleh agak tapi apa yang penting Rania mesti menjawab dengan bijak.

“Sudi encik keluar minum dengan saya petang ni? Saya ada benda nak cerita.” Desis Rania perlahan. Riak wajah Encik Rashid dah berubah.

“Oh okey.” Encik Rashid bersetuju. Terus berubah mood. Macam pelik aje Rania ni. Nabiera yang sudah nampak Encik Rashid mengangguk terus tahan tawa. Kalau ikutkan hati memang bergegar kelas tu dengar suara Nabiera ketawa bagaikan puntianak ketagih darah.

Tidak jadi marah sebaliknya rasa itu bertukar jadi sesuatu yang sangat indah. Boleh tahan juga tahap gatal Encik Rashid tetapi itu tidak bermakna kesempatan perlu diambil. Rania rasa bingung pula terpaksa ajak Encik Rashid keluar minum. Sudah sedia maklum pensyarahnya itu memang gatal tapi pergi jugak masuk dalam mulut buaya ni. Bini dah dua tapi sibuk cari calon lagi. Spesis Arash juga ler kut. Rania senyum kelat kemudian melangkah duduk semula. Encik Rashid buat-buat sibuk tengok tesis Rania yang terconteng sejuta masalah. Kalai ikutkan hati mahu aje diberikan markah kosong! Eh!

***

Rania geleng laju-laju. Dia pun hairan kenapa dia silap faham tentang lukisan tu? Sepatutnya dia lebih peka mengintai peluang untuk idea yang baru. Ternayata idea itu idea lapuk dan ketinggalan zaman. Patutlah Encik Rashid tu marah-marah. Lagi satu, Nabiera macam dah tahu dia akan buat silap. Cepat-cepat tuang idea dalam mangkuk kepala. Rania ikut aje, kalau tak ikut nanti lain pula jadinya. Erh! Rania bangun dari duduknya. Nak masuk perpustakaan sekejap nak cari bahan repeat! Tension betul asyik kena repeat sejak kebelakangan ini.

Sebagai seorang pelajar pintar kenapa hal itu boleh berlaku? Rania sendiri tidak pasti tapi sebab yang paling ketara adalah ganguan emosi yang diberikan oleh Arash kepadanya. Tertekan gila dengan si mangkuk hayun tu. Anak orang kaya tapi sibuk kejar perempuan macam aku! Rania tak puas hati.

“Relaks Nia, kau nak pergi mana pulak tu?”

“Aku kena repeat la. Paper test baru ni aku gagal. Pelik betul aku. Apa sal aku boleh gagal pulak ni hah? Aku buat yang terbaik tapi ada yang tak kena.” Rania dah musykil.

Nabiera menyedut sirap ais sampai habis kemudian menurut langkah Rania meninggalkan kafe. Dia terkocoh-kocoh mengejar. Rania laju sangat melangkah.

Takpe. Kau ikut je plan aku. Petang ni kau keluar minum dengan Encik Rashid. Mana tahu kau dapat tahu something.”

“Idea kau ni memang pelik Ira.” Rania menoleh sekilas.

“Tapi ni semua untuk kebaikan kau Nia. Aku pun pelik kenapa kau asyik repeat je. Alasan Encik Rashid berikan tu langsung tak relevan. Masa ni la kau kena buktikan yang kau tak mudah dipermainkan cuma…” kata Nabiera terhenti di hujung ayat tu.

Langkah Rania juga terhenti. Dipegang bahu Nabiera tu supaya menyambung ayat. Tak suka Nabiera buat tergantung macam tu. Kalau drama bersiri dalam televisyen memang dah buat jiwa tertekan dan jenuh menunggu episod seterusnya. Sekarang sudah di hadapan mata. Telinga hendak mendengarnya.

Rania merenung ke dalam mata Nabiera dengan penuh harapan supaya si kawan tu berterus terang. Jangan berlengah lagi kerana hatinya tak tenang. Sarat dengan masaalah. Bukan senang berpura-pura gembira di hadapan semua orang.

Redup si hati yang melarat. Redup lagi pohon melambai ditiup angin resah kerana terang mentari dipasung awan. Susah untuk diperkatakan kerana ada sesuatu yang cuba disembunyikan Nabiera. Tolonglah jangan ada rahasia antara kita. Rania berkelip mata layu.

“Cuma apa Ira? Kerana aku sengaja membiarkan diri aku dipermainkan? Kau kawan aku dank au lebih kenal siapa aku.”

Yes, I know who you are, tapi kau still naif Nia… kau tak boleh fikir ke macam mana semua tu boleh berlaku? Aku cadangkan kau keluar dengan Encik Rashid tu bersebab. Sebabnya kau kena cungkil rahsia si kasanova tu.”

“Maksud kau Arash?”

Nabiera terus mengangguk.

“Jadi?”

Nabiera senyum kelat. Rania pula terbabas hati. Kenapa Arash terlibat? Apa kena mengena dengan Encik Rashid tu? Rania tertanya-tanya dalam kepalanya. Tempurung kepalanya penuh terisi seribu persoalan yang tak mungkin akan terjawab tanpa penjelasan.

Oh, jadi patutlah Nabiera beria-ia suruh aku dating dengan Encik Rashid tu, ampes betul. Rania berpaling tubuh dan meneruskan langkah bersama hati yang gelisah.

“Jadi aku dapat agak lelaki macam Arash tu takkan biarkan kau duduk diam selepas kau reject dia.” Nabiera melaju langkah sebab Rania dah tambah kelajuan menuju ke pintu perpustakaan.

Sekali lagi Rania berhenti. “Kenapa dia nak ganggu aku?”

“Kau ada jawapannya. Aku dah lama syak yang semua tu rancangan dia nak gagalkan kau dalam pelajaran. Lelaki tu memang tak guna la Nia. Pendendam!” Nabiera pula terasa sakit apabila Arash cuba mempengaruhi Encik Rashid. Lagi Nabiera bengang, kenapa pensyarahnya itu mengikut telunjuk Arahs. Tahulah ayah si Arash tu kaya raya. Tak perlu nak beli semua orang. Macamlah bagus sangat! Bebel Nabiera dalam hatinya.

“Okey sekejap. Aku nak masuk dalam dulu. Apa-apa hal kita bincang kemudian. Nak kena siapkan assignment dulu ni. Mati la aku nanti kalau tak siapkan awal-awal.” Rania seperti malas nak berfikir lagi. Dia cuba alihkan perhatian dengan tugasan itu.

“Tapi kau kena jumpa juga dengan Encik Rashid tu. Kau kena tanya dia.”

“Masalahnya sekarang dari mana kau dapat tahu? Entah-entah bukan dia yang buat.”

“Nia… semua orang tahu la perangai Arash tu macam mana. Senior kita semua masak dengan sikap Arash yang suka batu api tu. Orang kata dia tu singa liar, kalau tak dapat mangsa, dia akan tunggu juga sampai mangsa tu sendiri datang menyerah.”

“Gila ke apa? Ingat aku ni senang-senang nak menyerah dekat dia tu?”

“Dia dah suka dekat kau la.” Tiba-tiba mata Nabiera terlihat sesuatu. Membulat besar biji mata Nabiera lalu menujukkan ia kepada Rania. “Nia,”

“Erh!!!” Terperanjat Rania melihat kain rentang di hadapan pintu masuk perpustakaan.

‘Selamat Datang Ke Syurga Cinta Rania & Arash,’

Rania merenung geram! Hatinya panas semacam. Aku nak belajar bukan nak bercinta! Rania mengumam geram dan kali ini betul-betul dia percaya bahawa Arash bukan seorang lelaki yang mudah mengalah.

Gosip panas muncul di kolej ini. Kolej UniMEP pasti kecoh dengan gosip liar semamngnya sengaja diciptakan Arash.

“Arash!!!” Pekik Rania sekuat hati. Wajah Rania berubah dan beroa merah.

“Nia!” Nabiera sabarkan Rania yang tiba-tiba nak bertukar jadi puntianak terbang. “Sabar.” Rania terus dipujuk Nabiera.

Berasap kepala Rania tengok kain rentang tu. Malu tidak terkira. Ada di antara pelajar-pelajar lain sibuk pandang dan ada yang terkejut mendengar suara Rania terpekik tu. Huh!


p/s : maaf jika ada kekurangan. Ia mungkin tidak disunting dengan baik memandangkan saya budka baru belajar. Segala komen pembaca amat dialu-alukan. Terima kasih... nantikan bab seterusnya...

Baca Selanjutnya...

Friday, June 22, 2012

Novel : Panggil Aku Ibu - Prolog

Penulis : Miqael Arshad

Pendiam sifatnya, malu juga sifatnya dan mudah percaya merupakan kelemahannya. Dia sedar semua itu akan mendatang masalah padanya tapi yang lebih bermasalah lagi adalah jiwanya sendiri yang tertekan. Di birai katil dia terjelepuk sambil menangis terkenang hakikat kehidupan. Rasa rimas menakluki hatinya. Digenggam kemas jari jemarinya seperti mahu melepaskan tumbukan. Memang betul tangannya menghempuk-hempuk bantal melepaskan geram. Kipas di dalam bilik terpasang kuat sehingga rambutnya menerbang. Angin kipas itu pun tidak mampu untuk sejukkan hati Rania yang berat memikirkan realitinya.

Dia mendongak dan memandang jam dinding biliknya. Dinding yang berwarna kuning sepatutnya menjadi terang namun terlihat berkabus dek matanya yang berair serta hatinya yang gundah dan tidak tenteram. Dari situ dia menilai sampai bila mesti berhadapan dengan tekanan ini?

Dari luar biliknya itu bertengkar suami isteri mengenai soal hidup. Terasa sangat sial berhadapan dengan bedilan kata-kata di antara mereka. Sungguh mahu ditikam sahaja mulut lelaki yang sedang buat bising di luar itu dengan pemutar skru biasa bisu!

Pukul satu pagi suasana masih panas seperti rumah sedang marak dijilat api. Susah untuk Rania menerima pertengkaran itu apatah lagi jiwanya sedang kacau. Cukuplah! Jangan bising lagi! Rania sudah tidak sanggup berhadapan dengan semua itu. Rania bangun dan terus ke pintu bilik. Pintu terkuak laju.

“Boleh senyap sikit tak? Aku nak tidur.” Rania terus hempas pintu kuat-kuat tunjuk perasaan. Biar rasa yang terbuku itu terlerai. Baru puas hati.

“Nia! Kau jangan biadap!” Suara ibunya memecah tembok biliknya.

“Diam la!” Marah Rania berapi kepala.

Seterusnya suara yang kacau tadi sepi. Rania terpaksa bertindak diluar jangkaan kerana selama ini dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Selama mana dia hidup selama itu dia rasakan hidup ini tidak ada erti. Seakan mati.

Ibunya sudah tentu terkejut melihat perubahan Rania. Perasaan itu jelas ditunjukkan melalui perbuatan Rania gadis yang bertubuh langsing dan memiliki bebola mata yang cantik iaitu berwarna coklat cair persis mata arwah ayahnya.

Farisya di sofa duduk tersentak dan anak matanya tertumpu pada kelibat lelaki buncit yang bermisia lebat bercekak pinggang. Sudah pasti di dalam jiwa raga lelaki itu menahan marah dan geram terhadap Rania. Bermacam perkara dilakukan untuk mendapat hati Rania namun gadis masih tidak dapat menerima dirinya. Farisya pula seperti tewas dan seringkali bertikam lidah dengan bekas adik iparnya itu, Adam.

Adam melangkah dan duduk di tepi Farisya yang tiba-tiba menitiskan air mata. Bukan niat untuk bertengkar tetapi layanan Rania terhadapnya sudah jauh berubah berbanding dahulu sebelum Fitri meninggal dunia. Salahkah dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa? Apa kurangnya dia berbanding Fitri abangnya itu?

“Saya mintak maaf Sya.” Adam kesal bertengkar tadi. Adam pak cik saudara Rania. Tapi Rania tidak dapat terima, pak cik saudara menjadi ayahnya pula. Sukar Rania hendak memanggil Adam itu ayah. Jengkel! Adam adik kepada arwah Fitri. Rania binti Fitri. Bukan Rania binti Adam!

Sudah 5 tahun Rania menafikan realiti. Dia tidak mampu menelan hakikat tersebut. Sakit dalam hati kerana pak ciknya berani menggantikan tempat ayahnya.

“Dah la. Saya dah tak tahu nak buat apa. Saya sebenarnya tak suka awak selalu marahkan Rania. Awak patut bagi dia masa.” Butir ucapan Farisya yang kalah menikam jiwa.

“Berapa tahun lagi Sya? Saya dah pening ni.” Adam garu tengkuknya yang melekit. Dia bukan nak bertengkar dengan Farisya tetapi kepulangan Rania pada pukul tengah malam memang tidak masuk akal. Keluar dengan jantan mana sampai balik tengah malam?

“Awak sabar la. Lambat laun dia boleh terima jugak.” Farisya mengesat air matanya sendiri. Dia bangun untuk meluru ke bilik untuk sambung tidur walaupun dia tahu malam ini sukar untuk dia lelapkan mata.

“Awak kenal ke siapa lelaki yang hantar dia balik tadi?” Adam ungkit hal tadi.
Langkah Farisya mati. Menoleh dan merenung tajam kea rah Adam semula. “Kau nak bertengkar lagi ke?”

Adam juga bangun dan melangkah ke tempat Farisya berdiri lalu bahu Farisya dipaut untuk menenteramkan jiwa wanita itu supaya tidak lagi tinggikan suara.

“Aku cuma nak tahu je. Takkan tu pun salah Sya? Rania tu perempuan, macam-macam orang boleh buat.”

“Dia dah besar la Awak. Tau la dia jaga diri. Mak mana yang tak risau tapi berilah dia sikit kepercayaan. Kalau hari-hari kita macam ni nanti serabut la kepala otak dia tu. Dia masih study lagi. Saya tak nak masa depan dia gelap sebab sikap kita.” Farisya sedar hakikat itu tapi pokok pangkalnya, Rania masih muda dan masih mentah untuk meneliti asam garam kehidupan, Rania baru berusia 20 tahun. Usia semuda itu mudah terpengaruh.

Adam pula tidak mahu perkara buruk berlaku. Kalau boleh dia nak awasi Rania siang dan malam. Dengan siapa Rania berkawan, dengan siapa Rania keluar, semua itu penting untuk diambil berat. Bukan Adam tidak mahu percaya tetapi peredaran zaman yang membuatkan Adam jadi tidak keruan. Terlalu banyak kes yang terjadi melibatkan anak gadis remaja.

Perbualan itu didengari Rania. Dia masih mahu mengetahui topik perbualan walaupun hatinya berdarah. Dia yang berdiri disebalik pintu bilik itu tunduk. Sebenarnya tiada langsung kepercayaan yang diberikan untuk dia. Setiap hari telinganya dijamu dengan pertengkaran. Ia sungguh membosankan.

***

Langkah Rania dikejar lelaki yang sangat popular di kolej, seorang lelaki yang berhidung mancung dan berkulit sawo matang. Gaya dan perwatakan lelaki itu memang menjadi kegilaan gadis-gadis kolej. Bukan setakat itu sahaja, cara mengayat juga sangat kasanova. Siapa tidak kenal dengan Arash Dato` Shahril? Pendek kata ramai gadis tergoda dek lirikan mata. Panahan renungan itu mampu membuatkan hati sesiapa saja cair.

Walau sehebat mana pun lelaki itu tidak sedikit pun mampu mengoyahkan hati Rania biarpun namanya dipanggil-panggil.

“Nia tunggu!”

Dalam ramai gadis yang ada di kolej itu, Rania juga yang dikejar. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya tertambat dengan kelembutan gadis itu. Pada hakikat sebenar, Arash tidak tahu situasi sebenar gelora di hati Rania.

Setibanya di sisi Rania, Arash terus memintas dan menghalang langkah Rania untuk ke kelas Encik Rashid. Dia perlu segera berjumpa dengan pensyarahnya itu bagi menyerahkan tesis lukisan pelan yang melibatkan pembinaan kolam renang. Itulah jurusan yang diambil Rania di kolej itu.

Berbeza dengan Arash yang mengambil jurusan office management. Semua itu terpaksa walaupun dia tidak langsung berminat. Dia lebih minat untk hidup berfoya-foya. Keluar dengan kawan-kawan serta melepak di pusat-pusat hiburan. Mungkin disebabkan perkara itu Rania tidak suka dengan cara hidup Arash. Cuba untuk mengelak.

“Kenapa dengan awak ni? Saya pangggil-panggil buat tak tahu la.”

“Dah la Arash, tolong la jangan ganggu saya lagi. Saya merayu sangat.” Rania menarik nafas lalu cuba memboloskan diri namun Arahs tetap menghalang. “Arash…”

“Beritahu dulu kenapa?”

“Sebab saya sibuk.” Rania ketap bibir.

Arash tidak menerima alasan itu. Kalau betul dirinya dianggap sebagai kawan, tidak salah sekiranya Rania meluahkan masalah tentang kesibukan itu kepadanya. Tidak salah kalau Rania sudi berkongsi rasa dan tidak salah juga Rania berterus terang. Arash dapat merasakan bahawa Rania memang bermasalah dan sengaja disembunyikan semua itu disebalik ketenangan yang terpancar pada riak wajah.

Arash laju memegang tangan Rania dan masa itu juga biji mata Rania membulat besar. Tidak pernah selama ini Arash begitu tetapi kali ini Arash begitu berani. Segera Rania menyentap tanganya semula.

“Jangan sentuh aku!” Marah Rania. Jangan fikir semua perempuan Arash boleh buat perkara yang sama. Berpegangan tangan dan pergi bersosial. Rania bukan perempuan seperti itu. Cukuplah sekali dia mempercayai Arash yang sengaja menghantarnya pulang lewat malam. Cukuplah hanya sekali dan dia berharap selepas ini tidak akan berlaku lagi.

Arash mengulum senyum melihat Rania marah. Semakin Rania marah semakin cantik. Rambut Rania segera disental. Wajah Rania mula berubah. Dia tidak menyangka bahawa Arash bersikap sedemikian.

“Arash!” Rania membentak.

Arash tergamam. Dia tersedar agaknya. Mungkin juga dia terlupa bahawa dia sekarang berhadapan dengan Rania yangs angat berbeza dengan gadis-gadis lain. Ala!!! Kenapa aku buat macam tu? Arash menyalahkan dirinya. Sepatutnya Arash bersabar dan tidak perlu terburu.

“Maafkan saya.”

“Tepilah!” Rania terus melanggar bahu Arash yang masih cuba menghalang.

Arash yang terpaku terus menoleh dan memerhati langkah kelam kabut Rania itu. Selepas itu Rania didatangi oleh seorang kawan perempuan. Kawan satu kelas dengan Rania melangkah bersama-sama.

***

“Kau jangan layan sangat mamat tu Nia. Buat sakit kepala je. Mamat tu memang kasanova.” Nabiera tahu Rania tengah geram. Sebentar tadi dia perhatikan Arash cuba untuk mengambil kesempatan.

Langkah Rania mati.

“Memang aku tak nak layan dia. Tapi dia selalu je ganggu aku. Dia ingat aku ni apa? Huh!” Rania merengus geram.

Mendengar keluhan Rania itu, Nabiera kawan baik Rania bersimpati. Mungkin kali ini Arash cuba jadikan Rania mangsa cinta pula. Nabiera gadis genit itu berharap Rania tidak terperangkap dengan kata-kata manis lelaki buaya darat tu lagi.

“Sebab dia banyak duit kut. Jadi dia nak umpan perempuan dengan semua tu. Aku pun tak faham la dengan perangai senior macam tu. Tahu la anak dato` tapi tak perlu la nak berlagak.” Nabiera pula terlebih sentap.

Rania menyambung langkah.

“Okey, sekarang stop cakap pasal dia. Kau dah siapkan tesis yang Encik Rashid beri minggu lepas?”

Nabiera berubah wajah. Seperti ada yang tidak kena. “Tak perfect.”

“Tu la kau. Sibuk kerja part-time sangat.”

“Nia… aku cuma nak tambah duit saku je. Gaji kerja jadi waitres tu boleh aku buat belanja. Kita bukannya anak orang senang…”

“Okey, sesuai… kau pergi bodek Arash. Ha ha ha.” Sempat lagi Rania berseloroh.

“Kata stop cakap pasal dia tapi kau juga yang sebut nama Arash tu. Kau dah jatuh hati dekat dia ke? Kau jangan Nia… kau memang cari nahas kalau masuk dalam mulut buaya.” Nabiera mahu ingatkan Rania berkenaan sikap Arash tu.

“Gurau pun tak boleh.”

“Bukan tak boleh tapi aku tengok malam tu kau keluar dengan dia.” Nabiera ungkit apa yang berlaku dua hari lepas. Cerita tentang Rania keluar dengan Arash.

Saat cerita itu mula dibuka oleh Nabiera, Rania berkerut dahi. Malas hendak bercerita mengenainya lagi. Memang dia keluar dengan Arash tapi kena tipu. Siapa tidak sakit hati kalau soal hidup dan mati dibuat main-main?

“Dia kencing aku. Tak guna betul si Arash tu.” Rania membebel.

Sebetulnya Rania hanya bercakap selebat itu dengan orang yang dia rapat sahaja. Khususnya Nabiera. Hanya Nabiera seorang sahaja perempuan yang rapat dengannya semenjak dari semester satu dan sampailah ke semester lima. Lagi pula Nabiera juga memang suka berkawan dengan Rania budak pandai. Kalau hendak menjadi pandai maka mesti berkawan dengan orang pandai.

“Aik? Kah kah kah.” Nabiera ketawa menggila. Pelajar yang lalu dekat koridor itu terhenti dan menoleh. Hilang akal ke?

“Kau kenapa? Bengong!”

Cis! Macam mana benci pun kau tetap kena kencing jugak kan? Dah la Nia… aku tahu kau syok kat dia. Tapi aku yakin la hanya kau je yang boleh tundukkan si Arash tu.” Ketawa Nabiera masih bersisa. Kata-kata itu tidak langsung lahir dari hati, sekadar cakap lepas sahaja. Nabiera pun tidak sedar apa yang dia cakap itu akan membuatkan Rania berfikir.

Perlu ke aku tukar sifat buaya jadi kucing jinak? Tidak mungkin Rania mahu menjadikan dirinya mangsa kasanova. Lebih baik dia tumpukan pada pelajaran. Masa hadapan dia lagi terjamin dari memikirkan soal cinta.
Baca Selanjutnya...
 

Kafeteria 1 »

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

close button

Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella