Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Kompas Tempo Detiknews
Google Yahoo MSN
Blue Sky Simple News Simple News R.1 Simple News R.2 Simple News R.3 Simple News R.4

Friday, June 22, 2012

Utama » , , » Novel : Panggil Aku Ibu - Prolog

Novel : Panggil Aku Ibu - Prolog

Penulis : Miqael Arshad

Pendiam sifatnya, malu juga sifatnya dan mudah percaya merupakan kelemahannya. Dia sedar semua itu akan mendatang masalah padanya tapi yang lebih bermasalah lagi adalah jiwanya sendiri yang tertekan. Di birai katil dia terjelepuk sambil menangis terkenang hakikat kehidupan. Rasa rimas menakluki hatinya. Digenggam kemas jari jemarinya seperti mahu melepaskan tumbukan. Memang betul tangannya menghempuk-hempuk bantal melepaskan geram. Kipas di dalam bilik terpasang kuat sehingga rambutnya menerbang. Angin kipas itu pun tidak mampu untuk sejukkan hati Rania yang berat memikirkan realitinya.

Dia mendongak dan memandang jam dinding biliknya. Dinding yang berwarna kuning sepatutnya menjadi terang namun terlihat berkabus dek matanya yang berair serta hatinya yang gundah dan tidak tenteram. Dari situ dia menilai sampai bila mesti berhadapan dengan tekanan ini?

Dari luar biliknya itu bertengkar suami isteri mengenai soal hidup. Terasa sangat sial berhadapan dengan bedilan kata-kata di antara mereka. Sungguh mahu ditikam sahaja mulut lelaki yang sedang buat bising di luar itu dengan pemutar skru biasa bisu!

Pukul satu pagi suasana masih panas seperti rumah sedang marak dijilat api. Susah untuk Rania menerima pertengkaran itu apatah lagi jiwanya sedang kacau. Cukuplah! Jangan bising lagi! Rania sudah tidak sanggup berhadapan dengan semua itu. Rania bangun dan terus ke pintu bilik. Pintu terkuak laju.

“Boleh senyap sikit tak? Aku nak tidur.” Rania terus hempas pintu kuat-kuat tunjuk perasaan. Biar rasa yang terbuku itu terlerai. Baru puas hati.

“Nia! Kau jangan biadap!” Suara ibunya memecah tembok biliknya.

“Diam la!” Marah Rania berapi kepala.

Seterusnya suara yang kacau tadi sepi. Rania terpaksa bertindak diluar jangkaan kerana selama ini dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Selama mana dia hidup selama itu dia rasakan hidup ini tidak ada erti. Seakan mati.

Ibunya sudah tentu terkejut melihat perubahan Rania. Perasaan itu jelas ditunjukkan melalui perbuatan Rania gadis yang bertubuh langsing dan memiliki bebola mata yang cantik iaitu berwarna coklat cair persis mata arwah ayahnya.

Farisya di sofa duduk tersentak dan anak matanya tertumpu pada kelibat lelaki buncit yang bermisia lebat bercekak pinggang. Sudah pasti di dalam jiwa raga lelaki itu menahan marah dan geram terhadap Rania. Bermacam perkara dilakukan untuk mendapat hati Rania namun gadis masih tidak dapat menerima dirinya. Farisya pula seperti tewas dan seringkali bertikam lidah dengan bekas adik iparnya itu, Adam.

Adam melangkah dan duduk di tepi Farisya yang tiba-tiba menitiskan air mata. Bukan niat untuk bertengkar tetapi layanan Rania terhadapnya sudah jauh berubah berbanding dahulu sebelum Fitri meninggal dunia. Salahkah dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa? Apa kurangnya dia berbanding Fitri abangnya itu?

“Saya mintak maaf Sya.” Adam kesal bertengkar tadi. Adam pak cik saudara Rania. Tapi Rania tidak dapat terima, pak cik saudara menjadi ayahnya pula. Sukar Rania hendak memanggil Adam itu ayah. Jengkel! Adam adik kepada arwah Fitri. Rania binti Fitri. Bukan Rania binti Adam!

Sudah 5 tahun Rania menafikan realiti. Dia tidak mampu menelan hakikat tersebut. Sakit dalam hati kerana pak ciknya berani menggantikan tempat ayahnya.

“Dah la. Saya dah tak tahu nak buat apa. Saya sebenarnya tak suka awak selalu marahkan Rania. Awak patut bagi dia masa.” Butir ucapan Farisya yang kalah menikam jiwa.

“Berapa tahun lagi Sya? Saya dah pening ni.” Adam garu tengkuknya yang melekit. Dia bukan nak bertengkar dengan Farisya tetapi kepulangan Rania pada pukul tengah malam memang tidak masuk akal. Keluar dengan jantan mana sampai balik tengah malam?

“Awak sabar la. Lambat laun dia boleh terima jugak.” Farisya mengesat air matanya sendiri. Dia bangun untuk meluru ke bilik untuk sambung tidur walaupun dia tahu malam ini sukar untuk dia lelapkan mata.

“Awak kenal ke siapa lelaki yang hantar dia balik tadi?” Adam ungkit hal tadi.
Langkah Farisya mati. Menoleh dan merenung tajam kea rah Adam semula. “Kau nak bertengkar lagi ke?”

Adam juga bangun dan melangkah ke tempat Farisya berdiri lalu bahu Farisya dipaut untuk menenteramkan jiwa wanita itu supaya tidak lagi tinggikan suara.

“Aku cuma nak tahu je. Takkan tu pun salah Sya? Rania tu perempuan, macam-macam orang boleh buat.”

“Dia dah besar la Awak. Tau la dia jaga diri. Mak mana yang tak risau tapi berilah dia sikit kepercayaan. Kalau hari-hari kita macam ni nanti serabut la kepala otak dia tu. Dia masih study lagi. Saya tak nak masa depan dia gelap sebab sikap kita.” Farisya sedar hakikat itu tapi pokok pangkalnya, Rania masih muda dan masih mentah untuk meneliti asam garam kehidupan, Rania baru berusia 20 tahun. Usia semuda itu mudah terpengaruh.

Adam pula tidak mahu perkara buruk berlaku. Kalau boleh dia nak awasi Rania siang dan malam. Dengan siapa Rania berkawan, dengan siapa Rania keluar, semua itu penting untuk diambil berat. Bukan Adam tidak mahu percaya tetapi peredaran zaman yang membuatkan Adam jadi tidak keruan. Terlalu banyak kes yang terjadi melibatkan anak gadis remaja.

Perbualan itu didengari Rania. Dia masih mahu mengetahui topik perbualan walaupun hatinya berdarah. Dia yang berdiri disebalik pintu bilik itu tunduk. Sebenarnya tiada langsung kepercayaan yang diberikan untuk dia. Setiap hari telinganya dijamu dengan pertengkaran. Ia sungguh membosankan.

***

Langkah Rania dikejar lelaki yang sangat popular di kolej, seorang lelaki yang berhidung mancung dan berkulit sawo matang. Gaya dan perwatakan lelaki itu memang menjadi kegilaan gadis-gadis kolej. Bukan setakat itu sahaja, cara mengayat juga sangat kasanova. Siapa tidak kenal dengan Arash Dato` Shahril? Pendek kata ramai gadis tergoda dek lirikan mata. Panahan renungan itu mampu membuatkan hati sesiapa saja cair.

Walau sehebat mana pun lelaki itu tidak sedikit pun mampu mengoyahkan hati Rania biarpun namanya dipanggil-panggil.

“Nia tunggu!”

Dalam ramai gadis yang ada di kolej itu, Rania juga yang dikejar. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya tertambat dengan kelembutan gadis itu. Pada hakikat sebenar, Arash tidak tahu situasi sebenar gelora di hati Rania.

Setibanya di sisi Rania, Arash terus memintas dan menghalang langkah Rania untuk ke kelas Encik Rashid. Dia perlu segera berjumpa dengan pensyarahnya itu bagi menyerahkan tesis lukisan pelan yang melibatkan pembinaan kolam renang. Itulah jurusan yang diambil Rania di kolej itu.

Berbeza dengan Arash yang mengambil jurusan office management. Semua itu terpaksa walaupun dia tidak langsung berminat. Dia lebih minat untk hidup berfoya-foya. Keluar dengan kawan-kawan serta melepak di pusat-pusat hiburan. Mungkin disebabkan perkara itu Rania tidak suka dengan cara hidup Arash. Cuba untuk mengelak.

“Kenapa dengan awak ni? Saya pangggil-panggil buat tak tahu la.”

“Dah la Arash, tolong la jangan ganggu saya lagi. Saya merayu sangat.” Rania menarik nafas lalu cuba memboloskan diri namun Arahs tetap menghalang. “Arash…”

“Beritahu dulu kenapa?”

“Sebab saya sibuk.” Rania ketap bibir.

Arash tidak menerima alasan itu. Kalau betul dirinya dianggap sebagai kawan, tidak salah sekiranya Rania meluahkan masalah tentang kesibukan itu kepadanya. Tidak salah kalau Rania sudi berkongsi rasa dan tidak salah juga Rania berterus terang. Arash dapat merasakan bahawa Rania memang bermasalah dan sengaja disembunyikan semua itu disebalik ketenangan yang terpancar pada riak wajah.

Arash laju memegang tangan Rania dan masa itu juga biji mata Rania membulat besar. Tidak pernah selama ini Arash begitu tetapi kali ini Arash begitu berani. Segera Rania menyentap tanganya semula.

“Jangan sentuh aku!” Marah Rania. Jangan fikir semua perempuan Arash boleh buat perkara yang sama. Berpegangan tangan dan pergi bersosial. Rania bukan perempuan seperti itu. Cukuplah sekali dia mempercayai Arash yang sengaja menghantarnya pulang lewat malam. Cukuplah hanya sekali dan dia berharap selepas ini tidak akan berlaku lagi.

Arash mengulum senyum melihat Rania marah. Semakin Rania marah semakin cantik. Rambut Rania segera disental. Wajah Rania mula berubah. Dia tidak menyangka bahawa Arash bersikap sedemikian.

“Arash!” Rania membentak.

Arash tergamam. Dia tersedar agaknya. Mungkin juga dia terlupa bahawa dia sekarang berhadapan dengan Rania yangs angat berbeza dengan gadis-gadis lain. Ala!!! Kenapa aku buat macam tu? Arash menyalahkan dirinya. Sepatutnya Arash bersabar dan tidak perlu terburu.

“Maafkan saya.”

“Tepilah!” Rania terus melanggar bahu Arash yang masih cuba menghalang.

Arash yang terpaku terus menoleh dan memerhati langkah kelam kabut Rania itu. Selepas itu Rania didatangi oleh seorang kawan perempuan. Kawan satu kelas dengan Rania melangkah bersama-sama.

***

“Kau jangan layan sangat mamat tu Nia. Buat sakit kepala je. Mamat tu memang kasanova.” Nabiera tahu Rania tengah geram. Sebentar tadi dia perhatikan Arash cuba untuk mengambil kesempatan.

Langkah Rania mati.

“Memang aku tak nak layan dia. Tapi dia selalu je ganggu aku. Dia ingat aku ni apa? Huh!” Rania merengus geram.

Mendengar keluhan Rania itu, Nabiera kawan baik Rania bersimpati. Mungkin kali ini Arash cuba jadikan Rania mangsa cinta pula. Nabiera gadis genit itu berharap Rania tidak terperangkap dengan kata-kata manis lelaki buaya darat tu lagi.

“Sebab dia banyak duit kut. Jadi dia nak umpan perempuan dengan semua tu. Aku pun tak faham la dengan perangai senior macam tu. Tahu la anak dato` tapi tak perlu la nak berlagak.” Nabiera pula terlebih sentap.

Rania menyambung langkah.

“Okey, sekarang stop cakap pasal dia. Kau dah siapkan tesis yang Encik Rashid beri minggu lepas?”

Nabiera berubah wajah. Seperti ada yang tidak kena. “Tak perfect.”

“Tu la kau. Sibuk kerja part-time sangat.”

“Nia… aku cuma nak tambah duit saku je. Gaji kerja jadi waitres tu boleh aku buat belanja. Kita bukannya anak orang senang…”

“Okey, sesuai… kau pergi bodek Arash. Ha ha ha.” Sempat lagi Rania berseloroh.

“Kata stop cakap pasal dia tapi kau juga yang sebut nama Arash tu. Kau dah jatuh hati dekat dia ke? Kau jangan Nia… kau memang cari nahas kalau masuk dalam mulut buaya.” Nabiera mahu ingatkan Rania berkenaan sikap Arash tu.

“Gurau pun tak boleh.”

“Bukan tak boleh tapi aku tengok malam tu kau keluar dengan dia.” Nabiera ungkit apa yang berlaku dua hari lepas. Cerita tentang Rania keluar dengan Arash.

Saat cerita itu mula dibuka oleh Nabiera, Rania berkerut dahi. Malas hendak bercerita mengenainya lagi. Memang dia keluar dengan Arash tapi kena tipu. Siapa tidak sakit hati kalau soal hidup dan mati dibuat main-main?

“Dia kencing aku. Tak guna betul si Arash tu.” Rania membebel.

Sebetulnya Rania hanya bercakap selebat itu dengan orang yang dia rapat sahaja. Khususnya Nabiera. Hanya Nabiera seorang sahaja perempuan yang rapat dengannya semenjak dari semester satu dan sampailah ke semester lima. Lagi pula Nabiera juga memang suka berkawan dengan Rania budak pandai. Kalau hendak menjadi pandai maka mesti berkawan dengan orang pandai.

“Aik? Kah kah kah.” Nabiera ketawa menggila. Pelajar yang lalu dekat koridor itu terhenti dan menoleh. Hilang akal ke?

“Kau kenapa? Bengong!”

Cis! Macam mana benci pun kau tetap kena kencing jugak kan? Dah la Nia… aku tahu kau syok kat dia. Tapi aku yakin la hanya kau je yang boleh tundukkan si Arash tu.” Ketawa Nabiera masih bersisa. Kata-kata itu tidak langsung lahir dari hati, sekadar cakap lepas sahaja. Nabiera pun tidak sedar apa yang dia cakap itu akan membuatkan Rania berfikir.

Perlu ke aku tukar sifat buaya jadi kucing jinak? Tidak mungkin Rania mahu menjadikan dirinya mangsa kasanova. Lebih baik dia tumpukan pada pelajaran. Masa hadapan dia lagi terjamin dari memikirkan soal cinta.
Comments
2 Comments

2 comments:

Anonymous said...

menarek..xsbr nak taw kisah selanjutnya..harap cpt sambung ya..hihi

RYHS said...

:)

Post a Comment

 
Copyright © 2012 - All right reserved |Kafe Novella